Friday, December 24, 2010

My side of discovery: Grand Funk Railroad


Aku: Abang, main mende tu?
Brader: Woodball..
Aku: Oooo.. Ni lagu ni sape main bang?
Brader: Grand Funk Railroad..
Aku: Amende?
Brader: Grand Funk Railroad.. nah.. tengok ni (sambil hulur cover CD GFR - Capitol Collector Series)
Aku: Ooooo (sambil belek beria cover CD ni)
Brader: (terus main woodball, mungkin dalam hati dia kata.. POSER!!)


Grand Funk Railroad.. Nama ni aku mula kenal waktu ada pameran di Felda Chini. Tahunnya dah tak ingat, somewhere in 2003 tak silap aku. Selepas perasmian (pun tak ingat siapa perasminya), lepas solat Zohor, aku lepak kat booth. Maka time tu la terdengar irama rock n roll yang first time menusuk jiwa jugak.

The truth is, aku kurang memberi tumpuan pada 60s/70s rock. Led Zeppelin pun kurang layan. Tapi GFR lain, membuatkan aku merapati booth yang pasang lagu tu kuat-kuat (sebab pengunjung dah mula kurang). So, ada la brader tu sorang tengah main woodball (yep, kat tengah-tengah tempat pameran tu dia main woodball). Bermula la dialog bangang di atas.

Lepas daripada insiden tu, aku baru la digging into GFR, Led Zeppelin, Uriah Heep, cuma Deep Purple kurang. Tak lupa jugak, dalam tahun gitu jugak aku mula dengar band 70s prog, Camel (yang diperkenalkan oleh Bentara) masih bermain dalam winamp aku. Journey (1975 debut) pun sama jugak. Black Widow, ish, banyak lagi la..

Masih banyak boleh diterokai dalam muzik 70s, era hippies. Muziknya sungguh bersahaja tapi layan tu lain macam. Mungkin pengaruh dadah pada waktu itu mempengaruhi proses komposisi lagu. Dan untuk menceritakan secara detail berkenaan 70s prog-rock ni, bukanlah dalam kemahiran aku. Cuma untuk menceritakan that it's worth the listening untuk band-band prog-rock.

Mungkin juga umur diri sendiri yang dah masuk separuh daripada purata usia rakyat Malaysia (belum separuh abad) yang menyebabkan minat mendengar muzik mellower.

No comments:

Post a Comment