Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Petang tadi pergi makan bersama keluarga, lepas tu singgah solat Maghrib di masjid baru Kg. Selamat, Tanjung Api. Masjid (dulunya surau) yang pernah aku hadiri sempena kenduri doa selamat rakan, juga surau port tabligh yang jugak kawan aku join. Dalam aku menggoogle senarai masjid terkini, namanya diberi Masjid al-Munir, Kg. Selamat. Besar dan cantik masjidnya.

Selesai solat, masuk jugaklah kuliah Maghrib yang disampaikan oleh ustaz yang aku tengok macam kenal. Rupanya ustaz tu kakitangan Jabatan Falak, Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP). Takde la kenal rapat, tapi pernah bersama menganjurkan Seminar Falak Kebangsaan. Terdengar jugak sikit bagaimana zaman sekarang ni anak-anak lebih kenal bulan Masihi berbanding Hijrah.

Malam tadi jugak, berpusu-pusu bebudak Sg. Isap naik basikal menghala ke bandar sampai menghalang lalu lintas. Mesti nak celebrate new year. Hmmm... no comment...

Cuma perlu tentukan apa yang perlu diutamakan. New Year, semakin tua kita, semakin hampir dengan kematian. Banyak perkara belum disetelkan dalam kehidupan. Kalau ada Melinda Gordon ( Jennifer Love Hewitt) dari Ghost Whisperer takpe la jugak, boleh mintak tolong dia setelkan.

Semoga kehidupan kita lebih baik dari semalam, err.. tahun lepas..

Selamat membaiki diri!

1 comment:

  1. selamat tahun baru beb...

    feb nanti gua turun kuantan lagi...harap2 kali ni ada rezeki...

    ReplyDelete