Thursday, December 29, 2011

Lawatan Kerja ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Sepertimana lawatan ke USIM dan menghasilkan MoU, kini sasaran berikutnya ialah UMT, terletak di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Perbincangan bersama Dekan FPE dan Timbalan Dekan FST UMT. Duduk di belakang sebab delegasi lain tak bawak kamera, hampeh..

Selesai di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, terus dibawa berjumpa TNC Akademik dan Pengantarabangsaan, Prof. Dr. Noor Azhar, very sempoi Perakian. Patut cuti, tapi hadir menerima kunjungan kami.
Sesi berposing depan Canseleri (atau Canselori) UMT. Nasib ada pak guard tolong ambik gambar.

Sementara menunggu lunch time, Prof. Dato' Shaharudin bawa pusing FST bersama Timbalan Dekan FST, Prof. Dr. Zamri.
Yah, acara paling kemuncak.

Kami ucapkan terima kasih kepada Prof. Dato' Dr. Shaharudin (Dekan Fakulti Pengurusan Maritim merangkap Ahli Lembaga Pengurus KIPSAS/ Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Kolej Universiti KIPSAS) atas segala layanan dan arrangement. Juga tahniah kerana dapat profesor penuh.

Sesudah di UMT, kami terus ke UniSZA untuk perbincangan akademik. Cuma disebabkan kesibukan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), kami hanya berjumpa dengan Dekan mereka.

Dengar taklimat, Prof. Hadi, Dekan FKI UniSZA

Apakan daya, hidangan depan mata. Memang lebih mengasyikkan.

Wednesday, December 28, 2011

Review: IMMOLATION "MAJESTY AND DECAY" CD 2010

Immolation
Majesty and Decay 2010
Nuclear Blast Records


Sebenarnya sudah lama saya tidak mendengar Immolation. Sewaktu awal penubuhan mereka, demo mereka adalah di antara terawal saya dengar, waktu itu saya aktif dengan tape trading. Album pertama mereka, "Dawn of Possession" adalah di antara yang paling saya gemari, cukup lengkap album tersebut untuk menggambarkan apa death metal cara US sebenarnya.


Meskipun begitu, saya kurang mengikuti perkembangan Immolation selepas itu. "Failures for G*ds" (1999) adalah antara yang saya miliki, tetapi sebelum itu, "Here in After" (1996), Close to a World Below (2000), Unholy Cult (2002), Harnessing Ruin (2005) tidak saya miliki atau cari. Selepas itulah, Shadows in the Light (2007), Immolation kembali bermain dalam radio saya.

Album "Shadow in the Light" tidak banyak menarik perhatian saya. Death metal yang ditawarkan agak hambar dan sekadar mid-paced sahaja. Walau bagaimanapun, setelah mendapat mood kembali dengan "Majesty and Decay", saya rasa macam perlu digali semula semua rilisan Immolation. "Majesty and Decay" saya rasakan lebih laju dan bertenaga berbanding "Shadow in the Light". Muziknya lebih tersusun rapi, aspek kepantasan muzik memang dikekalkan daripada lagu ke-2 (The Purge) sehingga ke-12.

Bagi saya, selain daripada muzik yang baik ditunjukkan dalam album in, Immolation juga terkenal dengan tshirtnya yang melampau mahal kerana susah dijumpai. Sama seperti Bolt Thrower, Immolation hanya menjual tshirt dalam gig, tanpa ada distributor tetap. Oleh itu, hanya mereka yang hadir pada gig Immolation sahaja berupaya memiliki (dan menjual semula dengan markup harga yang tinggi) tshirt mereka.

Friday, December 23, 2011

HUMILIATION dan review gig..

Bukan saya yang review, cuma sedutan daripada website metalunderground.com mengenai gig 3 Disember 2011 di Bangkok:

Malaysia’s Humiliation were next, as the five-piece old school, warfare-themed death metal band brought the chugging, rolling, mid-paced Bolt Thrower and Jungle Rot inspired tunes in a huge way that left the audience calling for an encore for the first time. You can always tell how well a band has won over a crowd by how much merch they sling after their set, and Humiliation sold out each of the full lengths, EPs, and seven-inch records they carted in with them, not to mention all their shirts. I went home with one of everything they had and can only tip my hat and say, “Well done.” All the bands destroyed, but Humiliation might have had the set of the fest.
Mungkin satu Malaysia perlu menaruh harapan pada band sebegini. Selepas tour Jepun mereka, terus ke Bangkok. Saya tumpang berbangga. 31 Disember ini di Ampang bersama Wormrot..

Tuesday, December 13, 2011

Knowledge Management.. boleh ke?

Satu topik yang saya dah agak lama baca..

In brief, it is how we turn tacit knowledge (embed in mind) to explicit (documented, free access availability). Problem? Knowledge hoarding, do you mind to share the precious knowledge that you owned with other people? Man, you are just letting your strengths flow to others, are you willing to do that?

Saja teringat nak menulis sedikit tentang tajuk ini sebab semalam waktu bekerja bersama Presiden KIPSAS, Dato' menceritakan tentang seorang mekanik yang beliau pernah jumpa. Kereta lama susah nak start, ada contact point dalam enjin yang perlu dicuci/digosok sebab kalau berabuk/kena minyak memang enjin susah start, spark plug tak berperanan dengan baik (pernah saya alami waktu saya awal bekerja, bawa kereta Datsun SSS ayah saya yang dibeli tahun 1972).

Apa yang berlaku ialah mekanik tu bukak contact point, gosok sikit, pasang balik dan caj RM10.00. So bertanyalah hamba Allah tu, "gosok aje takkan RM10.00?".

Maka jawablah mekanik tu, "Itu gosok aje balu RM1.00 maa.. Mau tau itu tempat mau gosok caj RM9.00" (diubah dan ditokoktambah dialog untuk disesuaikan dengan cerita).

That is knowledge. The same story goes with international folklore, when a mechanic repairs a ship, high bills for a simple work, that was to tighten the screw. Tapi bila ditanya, caj kerja tu murah je, nak tau skru mana kena ketat, tu yang mahal.

Not interesting enough eh?

Gambar tiada kena mengena, saja untuk menunjukkan mekanik

Sunday, December 11, 2011

hibernate...

Hibernation is a state of inactivity and metabolic depression in animals... (wikipedia)..

Dengan hujan tak berhenti hujung minggu ni, saya rasa macam dalam keadaan berhibernasi pula. Mujur terjaga juga kadang-kadang, tengok air longkang depan rumah sampai tahap mana. Malam tadi dah cecah tayar kereta.

Friday, December 9, 2011

Things are getting better, Alhamdulillah.

Alhamdulillah anak saudara yang dilanggar mat rempit bangang semakin sembuh dan extra care has been given once he was transferred to a local private hospital. Dia cukup kuat dan tabah. Dengan melihat keadaan beliau, saya yang terasa nak menitis air mata.

Get a life mat rempit!!

Tuesday, December 6, 2011

Review: SLEEP "SLEEP'S HOLY MOUNTAIN" CD 1993

Sleep
Sleep's Holy Mountain CD 1993
Earache Records


Salah satu rilisan yang sudah hampir 20 tahun lamanya, tetapi baru saya jumpa maklumat dalam 3 tahun lepas dan memilikinya pada tahun ini. Poser betul rasanya. Seingat saya tahun 1993, saya sudah mengetahui banyak band Earache, tetapi tahap keperasanan tersebut rupanya salah. Memanglah pada tahun tersebut, maklumat lebih banyak diperolehi daripada flyers dan katalog sesebuah label.


Stoner metal, itulah label yang diberi terhadap genre muzik SLEEP, termasuklah daripada kitab online metal terkenal, metal-archived.com. Dan dari kesinambungan ulasan ringkas Celestial Season yang saya baru tulis, terasa ingin juga mengulas album stoner dari tahun 1993 ini.

Terdapat 9 lagu dalam album ini. Ada instrumental juga. Bunyi mirip kepada Black Sabbath, Count Raven, walaupun saya sebenarnya hanya mendengar sedikit Black Sabbath dan Count Raven. Apapun, saya kira kebanyakan band stoner metal akan menghasilkan bunyi yang berkisar dengan Black Sabbath. Tak tau kenapa, mungkin kerana itulah band doom metal akan turut merujuk bunyinya kepada Black Sabbath, walaupun pada saya, Black Sabbath bukannya doom metal.

Mungkin pertimbangan saya terhadap doom metal mestilah memiliki muzik yang sangat berat dengan vokal yang sangat growl. Apapun, saya memang merasakan susah untuk melabel sesuatu genre muzik.


Berbalik kepada album ini, semestinya ramai yang bersetuju bahawa band ini telah terlepas pandang. Album ini bagus, gabungan gitar yang saya kira hebat juga terutama dalam solo-solo yang mengasyikkan (mungkin gitaris tengah khayal), bass yang mendominasi, drum yang simple, dan variasi ketukan. Memang saya akui, album stoner metal terbaik yang saya dengar setakat ini ialah album ini.

Kesukaran saya, untuk memilih dan menentukan yang mana lebih berkait dengan muzik sebegini: progresif rock? doom? sludge? psychedelic rock? Atau stoner rock memang telah diiktiraf sebagai satu genre? Saya mesti mendapatkan pendapat rakan saya, Faizal (ex-Anguish) yang amat meminati muzik sebegini!

Review: SATYRICON "THE SHADOWTHRONE" CD 1994

Satyricon
The Shadowthrone CD 1994
Moonfog Productions


Saya tidak sukakan sangat muzik black metal, tetapi ada beberapa pengecualian yang saya masih dengar dahulu sehingga sekarang. Satyricon adalah salah satunya. Bermula dengan album "Dark Medieval Times" (1994) sehingga "Nemesis Divina" (1996 - terbaik!), selepas itu saya sudah tidak mengikutinya. Mungkin kerana perubahan dalam arah tuju muzik black metal waktu itu. Tetapi 1994 merupakan satu remark yang besar dalam dunia muzik black metal! Sehubungan dengan itu, Satyricon telah menambat hati saya.

Satyricon saya kira bukanlah berstatus cult sangat, bukanlah terletak di kalangan Bathory, Mayhem, Darkthrone, Absu dan lain-lain sekapal muziknya. Namun begitu, kemunculannya dari Norway tepat pada masa dan tempat. "The Shadowthrone" merupakan album kedua yang dihasilkan pada tahun yang sama dengan album pertama. Mungkin disebabkan oleh Satyr yang memiliki kemahiran dan semangat untuk menghasilkan opus, di samping keluaran menggunakan labelnya sendiri, Moonfog Productions, membuatkan band ini tampak aktif.

Sekali lagi, saya tidak mengikutinya dalam aspek perkembangan band. Begitu juga dengan muzik yang dimainkan oleh Satyricon di awal penubuhannya. Black metal tidaklah kedengaran original, terutama dalam tahun 1994 - 1998. Perkembangan ketara dapat dilihat sekiranya ada penggunaan keyboard untuk menambah suasana ambient, seram dan melodik dalam muzik genre ini.


"The Shadowthrone" tidak ketinggalan. Muziknya agak sebu, black metal yang tipikal. Ada keyboard mengiringi beberapa lagu. Gitarnya seperti black metal biasa, teknik permainan yang menghasilkan bunyi setaraf Darkthrone "Soulside Journey". Agak kuat pengaruh Norwegian Black Metal sehinggakan semua band ingin menghasilkan muzik yang sedemikian.

Secara keseluruhan, album "The Shadowthrone" tidak layak menduduki takhta atau masuk ke dalam carta album black metal yang baik. Titik.

Sunday, December 4, 2011

Timo Tolkki (ex-Stratovarius) called the day off..

Saya masih meminati karya Timo Tolkki dalam Stratovarius. Tapi sebagaimana yang diwar-warkan, memang kreativiti beliau semakin menghilang selepas album

Album Stratovarius (di mana hampir 95% lagu dikarang oleh beliau) yang amat saya minati ialah "Episode" (1996), "Visions" (1997) dan "Destiny" (1998). Pada album "Infinite" (2000), telah mula berkurangan kerana lagunya hampir sama, semakin perlahan, kurang melodik.

Saya petik kata-kata beliau daripada sumber blabbermouth.net. (sila klik di sini untuk bacaan penuh):

"When I got the sales figures from Edel Records [for the debut SYMFONIA album] and the report from the booking agency for the festivals of summer 2012, I decided to call it a day. It didnt make any sense to try to 'conquer' the metal world since it was obvious that there was not enough interest. Don't get me wrong, it's totally cool if there is no interest. Then I thought about my career. Around 3000 gigs, 20 years, 20 CDs, productions, clinics, travelling. I realised that I have done a lot.

"I guess most of you know that I am suffereing from bipolar disorder, one of the worst mental disorders, but with medication and non-stressful lifestyle, this illness can be controlled but never cured. Playing in a touring band is far from 'non stressful lifestyle' and in fact the rock 'n' roll life itself is manic with its highs and lows.

"In those long STRATOVARIUS tours being undiagnosed with the illlness, I could have died. I am not kidding.

"[On March 3] next year I will be 46.

"This autumn I made a decision to take some time off from music business and concentrate on something else.

"I have a wonderful wife and daughter, who also happens to be a world-class singer. I started giving guitar lessons again. I'm taking lots of photos. In other words, living quite normal life.

"I do realize the marks the years have left in me and that I should rest and heal the wounds. There is a lot to heal.

"The music business is in extremely sick state in this moment and it's not gonna get any better. In a few years we will know what kind of form it will take. Maybe I one day take some part of it, maybe I don't. I really don't know at the moment.

"So what about my future? If you are interested in that, I can only say that it is possible that I will never record anything again. For some of you this might come as a relief.

"I don't know what the future will hold for me but I want to thank all of you who have supported me in these 22 some years.

"For you who haven't supported me and continuosly are mocking me, for example at Stratoboard ([the official STRATOVARIUS message board] which makes me really sad mainly due lack of respect from a band that was my vision for 22 years and that still plays 80% of my songs although there is two guys left in the band called STRATOVARIUS), I also want to thank you because without you guys, I could never have done everything I have done.

"It's been a great career. I hope the future brings more music, but most likely it will not. But still after all I can say... I did it my way.

Jadi, adakah bahawa scene metal semakin musnah? Apa yang memusnahkannya? Sikap? Teknologi? Masyarakat? Ekonomi? Apapun, saya memang sedang menulis post berkaitan kemusnahan scene metal tempatan daripada perspektif seorang pendengar biasa.

Dan saya masih memainkan CD Stratovarius sehinnga sekarang. Terima kasih kepada Russlan SSVS (Upanishad zine, Perlis) kerana memperkenalkan band ini kepada saya pada tahun 1997.

Saturday, December 3, 2011

Review: ANATHEMA "CRESTFALLEN" MCD 1992

Anathema
"Crestfallen" MCD 1992
Peaceville



Satu rilis yang cukup kult bagi saya. Sebabnya:

a) saya memang meminati Anathema selepas "All Faith Is Lost" demo.
b) saya pernah memiliki longsleeve Crestfallen dan menjadi tarikan kepada Fathul Infectious Maggots.
c) saya memang suka pada doom/death begini.

"Crestfallen" saya kira adalah satu eksperimen besar Anathema dan Peaceville yang akhirnya membawa kepada album "Serenade" pada tahun 1993. Satu jambatan di antara demo 1991 dan album 1993. Ini tidak mengambilkira peranan EP "They Die" yang turut dikeluarkan pada tahun 1992. Memang menarik kerana lagu dalam MCD ini tidak terkandung dalam "Serenade" langsung kecuali "They Die" yang diubah tajuknya kepada "They (Will Always) Die" dalam album.

Anathema dalam era 90-an mengandungi lebih banyak elemen doom berbanding Paradise Lost dan My Dying Bride. PL dan MDB masing-masing ada bahagian lajunya, terutama dalam permainan drum. Anathema langsung tiada! Elemen gothic turut dirasai dalam keluaran ini, menjadikan "Crestfallen" satu gabungan death/doom dan gothic yang amat menjadi. Elemen melodi gitarnya memang melankolik. Vokal Darren White lebih berat, growlnya lebih memberi rasa doom/death yang sejati.



Dalam era ini juga, elemen doom/death tidak dapat dikaitkan langsung dengan doom yang sebenar. Bukanlah seperti Thergothon, Disembowelment atau Winter. Anathema adalah tetap menjadi Anathema.

Friday, December 2, 2011

Review: CELESTIAL SEASON "ORANGE" CD 1997

Celestial Season
Orange CD 1997
Big Bloke Records



Sebuah rilisan yang dah lama, kira-kira 14 tahun yang lalu. Pernah saya membuat sedikit ulasan mengenai 7"EP band dari Holland ini. Secara umumnya, band yang berunsurkan death/doom metal dari Holland memang banyak menarik perhatian saya suatu masa dahulu. Faktanya, Holland banyak band yang bagus, tetapi agak kurang mendapat perhatian label besar seperti Relapse, Osmose dan Nuclear Blast. Sebab itulah, label Displeased Records dari Holland juga berperanan untuk menaikkan band tempatan mereka. Celestial Season adalah salah satu daripada band tersebut.

Entah mengapa kebanyakan band yang saya gali dan minati akan bertukar corak muziknya. Begitu juga dengan Celestial Season (diringkaskan sebagai C.S.). Daripada salah satu band pelopor genre doom/death dari Holland, C.S. telah banyak berubah kepada groove/stoner metal bermula pada tahun 1995 dengan rilisan "Sonic Orb" EP, selepas mereka mengeluarkan album kedua, "Solar Lovers" juga pada tahun yang sama. Bayangkan mungkin dalam masa beberapa bulan di mana "Solar Lovers" masih mempunyai elemen doom telah dioverwrite dengan "Sonic Orb". Begitu mudah dan cepat perkembangan yang dicapai (perkembangan ini bukan bermaksud kejayaan, tetapi merujuk kepada perubahan arah muzik yang saya labelkan sebagai "progress").


"Orange" merupakan album pertama selepas transisi mereka ke arah groovy/stoner metal. Bila disebut tentang stoner, saya tidaklah begitu arif tentang rujukan band lama. Kecuali beberapa band yang boleh saya buat perbandingan ialah Black Sabbath (semestinya!), Cathedral, Sleep, dan mungkin ada elemen progresif rock yang boleh didengari dalam album ini.

Lagu-lagunya tidaklah sesedap mana. Bukanlah sesuatu yang saya boleh dengar setiap kali saya membuka PC saya. Namun begitu, mungkin ada sesuatu dalam stoner metal yang membuatkan kita asyik dan tidak hairan namanya "stoner". Cuma mungkin orang yang betul menghayati stoner metal inilah yang dapat menjelaskan apa perasaan itu. Dan saya bukanlah orang tersebut.


Cuma beberapa track daripada album ini yang masih dapat memikat hati, sebagai contoh, "Daisy's Lunch" dan "The Orleans Capsule". Muziknya didominasi oleh bass yang tidak begitu ekstrim. Mungkin itu boleh membuatkan kita terhangguk-hangguk kecil semasa melayan album stoner metal.

Secara keseluruhan, "Orange" merupakan satu cubaan yang berani dari Celestial Season dan ianya bersambungan dengan 2 buah album lagi, "Chrome" dan "Lunchbog Dialogues". Insya-Allah saya akan ceritakan yang lain-lain itu kemudian.

Stoner.. Genre penuh pelik..

Saddening Friday..

Anak saudara berumur 7 tahun dilanggar oleh seorang mat rempit.
Sekarang sedang dibedah untuk dimasukkan besi ke kaki.
Dan mat rempit tersebut masih belum ditemui..

Tuesday, November 29, 2011

Zakat daripada BIMB

Tarikh : 22 November 2011
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, KIPSAS

Alhamdulillah KIPSAS dapat lagi duit zakat daripada BIMB untuk diagihkan kepada pelajar/ asnaf di KIPSAS. Terima kasih..

Monday, November 28, 2011

Tokoh Ma'al Hijrah 1433H/2011

Sekalung tahniah buat Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin di atas anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 2011 Malaysia, khas dari kami di KIPSAS.

Prof. Shukor memang tidak asing bagi warga kerja KIPSAS dan Pahang secara umumnya.

Beliau adalah antara yang terlibat dalam penubuhan Kolej Islam Pahang (KIP) dahulu. Dalam waktu KIP masih merangkak, beliau terlibat dengan syarahan secara sambilan, berulang dari UKM ke KIP, menabur bakti untuk membangunkan KIP.

Kini, beliau masih dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengurus KIPSAS, satu badan yang bertanggungjawab dalam hal dalaman, terutama akademik dan pembangunannya. Pernah dicadangkan untuk menjadikan Prof sebagai Ahli Lembaga Pengarah (yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Pahang) tapi masih belum direalisasikan.

Sepanjang saya terlibat dengan Prof sebagai ahli dalam mesyuarat Lembaga Pengurus, Prof adalah insan yang moderate dan humble dari segi percakapan, namun pendirian beliau amat tegas. Sangat berpandangan jauh dan ciri intelligent ada terdapat dalam setiap butir perkataan yang dikeluarkan. Pengalaman beliau sewaktu menyandang sebagai Naib Canselor USIM dicurahkan ke KIPSAS walaupun dalam konteks 2 organisasi yang berbeza (IPTA dan IPTS).

Kini beliau masih lagi menyandang Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), pejabat beliau masih di USIM, dan saya kira setiap kali dijemput ke majlis dianjurkan KIPSAS, beliau sedaya-upaya cuba memenuhinya.

Tahniah saya ucapkan kepada Prof!

Review: PATHOGEN "LUST OF EVIL"

Pathogen
Lust of Evil kaset EP
Afterlife Productions



Saya tidak berkesempatan untuk membuat ulasan demo ini ketika saya mula-mula mendapatnya. Agak sibuk dengan kerja dan keluarga.

Pathogen muncul dari Filipina. Sebuah negara yang tidak kurang hebatnya dalam scene metal Asean. Saya masih teringat mendapat demo Ebwa di pertengahan 90-an dahulu. Tidak dilupakan, band kult black metal Deiphago turut datang dari Filipina. Tapi saya masih rasakan kekurangan kualiti dalam aspek sound dan recording band Filipina.

Pathogen memainkan death metal dengan mood yang klasik. Keseluruhan struktur lagunya amat mengingatkan saya terhadap Braindead (Malaysia) pada album mereka. Nampaknya saduran bunyi Braindead amat jelas, dan juga satu lagu Braindead, "Rites of The Tyrant" turut direkodkan semula oleh Pathogen dan dimuatkan dalam kaset EP ini.

Pada saya, secara keseluruhannya EP Pathogen ini tidak mempunyai sebarang faktor-X untuk dipuji. Terutama sekali dalam gelombang metal di mana kebanyakan band ingin bermain old-school death metal, Pathogen tidak mempunyai sesuatu yang dibanggakan. NAMUN BEGITU, Pathogen memiliki tahap brutaliti yang agak baik, vokalnya sangat mengingkatkan saya terhadap Morbid Angel, Hate Eternal, Braindead, Krisiun, dan bagi mereka yang memang "kaki" band death metal sedemikian, Pathogen adalah untuk anda! Kaset dicetak profesional ini dijual dengan harga RM10 (Malaysia) kalau tak silap saya. Sila hubungi Afterlife Productions (http://www.afterlifeprod.com ) atau email: afterlifeprod@yahoo.com

Friday, November 18, 2011

Jerantut Revisited Part 1

Pada hari Ahad, 13 November 2011, saya membawa abah dan mak pergi menziarahi Ustaz Ramli yang terlantar sakit, katanya sejak malam pertama Raya Aidilfitri Ustaz telah sakit. Sakitnya sakit orang tua, gout, jantung. Akibatnya, makan makanan bersantan (lemang) di pagi raya.

Ustaz Ramli merupakan seorang Ustaz di Sekolah Menengah Jerantut (SMJ) di sekitar tahun 70-an. Apabila abah mengajak saya menjadi supir ke Jerantut, saya tidak menolak.

Jerantut merupakan daerah yang banyak memberi pengalaman manis kepada saya. Antara sebabnya ialah:

a) Abah Guru Besar di SMJ sewaktu saya dilahirkan pada 70-an (meskipun jauh lebih muda dari En. Nasarudin)! Beliau berkhidmat bermula tahun berapa saya kurang pasti, tetapi pada tahun 1983, kami berpindah ke Pekan di mana abah menjadi Guru Besar Sekolah Menengah Ahmad, Pekan sehingga hujung tahun 1984). Jadi, saya membesar hampir 6 tahun di Jerantut!

b) Saya bersekolah di SMK(A)TAHAP Jerantut bermula 1989 hingga 1991. Kenakalan saya banyak diajar di situ, tetapi alhamdulillah, masih dibatasi hukum agama yang diterapkan. Jadi, banyak pengalaman berasrama saya alami selama 3 tahun di situ, yang penting ialah perkenalan dengan dunia underground metal banyak bermula di Jerantut.

Jerantut banyak sejarah. Dan abah merupakan seorang sejarahwan. Beliau mempunyai daya ingatan yang cukup hebat! Setelah 20 tahun meninggalkan Jerantut, saya sudah terlupa jalan akibat perkembangan yang pesat. Abah? Beliau ingat banyak jalan, sehinggakan jalan dari Jerantut ke Kuala Tembeling, melalui kampung yang beliau ingat lagi namanya.

Dan ketika bersembang dengan Ustaz (tujuan asal adalah untuk menziarahi), mereka berdua dilihat banyak mengenang kembali nostalgia zaman bekerja di SMJ. Ingat saja mereka terhadap nama bekas pelajar mereka yang nakal di sekolah, dengan cerita kenakalan di zaman 70-an.

Ustaz Ramli tidak banyak bercerita. Uzur sangat gayanya.

Namun begitu, kehadiran seorang bekas kerani abah, tak ingat dah namanya (ya Allah pelupanya saya!) menghangatkan kembali cerita mereka di SMJ. Saya cuma tersenyum mendengar di tepi mereka (mentaliti masih berpegang "budak-budak jangan masuk campur cerita hal orang tua").

Balik daripada rumah Ustaz Ramli, saya membawa abah mencari ikan sungai di Kuala Tembeling. Saya pernah sampai ke Taman Negara (dah Hulu Tembeling), tetapi mengikuti jalan darat yang telah berturap. Tiada rasa thrill. Zaman dulu, waktu saya bersekolah di SMK(A)TAHAP pun, ke Taman Negara mesti melalui Kuala Tembeling.

Sebabnya?

Ke Hulu Tembeling (Taman Negara, Kg. Pagi, Kg. Bantal) mesti menaiki bot. Di Kuala Tembelinglah disediakan perkhidmatan ini.

Beberapa gambar yang diambil sepanjang lawatan semula (revisited) ke Jerantut.

Gambar SMKATAHAP daripada Google Maps, betul-betul di Jalan Kg. Temin, daripada Temerloh ke Jerantut.
Abah sangat suka pergi Pekan Sehari (Pekan Sari cakap mudahnya). Di Jerantut, barangan kampung memang segar. Saya sempat beli kulat sisir. Banyak di sini berbanding Kuantan kerana di sini, pokok getah masih banyak. Di Kuantan, pokok getah tiada.


Sampai dah pukul 11, dah banyak gerai tutup.

Demi sesuap rezeki. Nak zoom takut apa kata orang.

Akan Datang: Part 2.. Bagaimana keadaan Kuala Tembeling dan Sungai Pahang?

Langsuir Rehearsal 12/6/1994


Apabila Dr. Ben menyebut tentang band obscure, saya secara berseloroh telah menyebut betapa Malaysia pun apa kurangnya. Kita pernah ada band Mutilation "Massacre On Bodies" yang agak terkenal dengan bunyi Carcass (saya telah kehilangan demo originalnya!). Siapa pernah dengar band noisecore dari Perak bernama Obnoxious? Demonya hampir 50 buah lagu, tetapi siapa ada demonya? Dan saya menyebut tentang Infernal Flame, band UTM dianggotai oleh Dr. Ben sendiri dan kalau tak silap saya, bersama Dark Lord Araya apa nama entah yang memegang jawatan bassist dalam The Eastern Cruelty. Saya pernah menonton persembahan Langsuir di Penang dengan Dark Lord Araya Yeanz Bathory Sodom Kreator Megadeth, kecil saja orangnya (juga kalau tak silap).

Secara peribadi, saya tidak sukakan bunyi Infernal Flame, dan saya tidak meminati sangat black metal. Jadi rehearsal Infernal Flame saya sebutkan kemudian.

Kisah rehearsal Langsuir ini pendek. EGP (Evil Grinder Prod./ East Gothic Prod.) telah mengeluarkan semula demo Langsuir "Occultus Mysticism" dalam bentuk profesional (rujuk cerita lama). Setelah berjaya dikeluarkan, kami memikirkan apa seterusnya untuk Langsuir. Saya kurang terlibat dalam pemikiran itu sebenarnya sebab masih menyambung pengajian. Jadi saya hanya mendengar cerita daripada Azli (pengasas EGP) dengan Lan (vokalis Langsuir).

Menurut ceritanya, Langsuir pernah menaruh harapan untuk EGP meriliskan album mereka. Mungkin disebabkan kacau-bilau dengan kes royalti demo yang diulangcetak itu, maka harapan EGP untuk terus mengeluarkan rilisan Langsuir tidak kesampaian. Namun begitu, Dr. Ben telah memberi satu salinan rakaman lagu baru Langsuir yang ketika itu (kalau tidak silap) dirakamkan di studio Black Widow (di PJ mungkin) bertarikh 12 Jun 1994. 4 lagu baru sebagai teaser untuk rakaman Langsuir, follow up kepada demo mereka.

Azli telah memberi saya dubbing rehearsal tersebut, dengan pesanan "jangan bagi kat sesiapa pun dengar". Saya sangat menjaga amanat tersebut, di inlay kaset tersebut saya nyatakan sebagai "No Trade, No Spread". Dan selepas hampir 17 tahun mungkin, ini kali pertama saya kongsikan bersama Dr. Ben, ahli kumpulan itu sendiri.

Saya menggunakan software Audacity untuk mencuba. Hasilnya tidak seberapa baik, saya biasa gunakan Soundforge untuk kerja mengedit bunyian analog ke digital. Tapi apabila didengar berulang kali, inilah bunyi rehearsal sebenar! Raw!

Dengan kebenaran diberikan oleh Dr. Ben, anda boleh download rehearsal tersebut (format .rar daripada server mediafire, 4 lagu keseluruhannya).

DOWNLOAD DI SINI!

Thursday, November 17, 2011

Penggunaan perisian open-source

Saya bukanlah seorang tech-geek.
Tapi perasaan ingin mencuba tetap ada.

Cuma sejak mempunyai anak yang ramai, masa untuk saya betul explore software amat terhad. Dulu pernah cuba software music. Mungkin bakat tak ke mana, jadi bila Drumkits From H*ll tak dapat hasilkan sesuatu, saya terus give-up.

Baru-baru ini mencuba Audacity untuk convert beberapa lagu analog. Masih susah untuk menggunakan Audacity, tapi kena terus mencuba! Saya juga sedang menunggu kebenaran Dr. Ben untuk share link hasil conversion tersebut.

Bercakap tentang open-source, saya juga masih dalam peringkat percubaan untuk uBuntu, Joomla dan Open Office. Sekadar untuk mendapatkan pengalaman.



Wednesday, November 16, 2011

Di antara objektif dan subjektif..

Kelebihan soalan objektif:
Mudah dan cepat ditanda, sesuai sekiranya subjek anda berada di penghujung minggu peperiksaan dan marking period singkat, ada kebarangkalian pelajar diberi carrying mark walaupun jawapan salah tapi masih ada kena-mengena (selagimana berkaitan dan tidak melanggar skima jawapan), sesuai untuk pensyarah yang mempunyai ratusan pelajar.

Kelemahan soalan objektif:
Mengambil masa yang lama untuk dibentuk, lebih sukar sekiranya ingin mematuhi Jadual Spesifikasi Ujian, absolute loss sekiranya pelajar salah menjawab.

Kelebihan soalan subjektif:
Mudah dibentuk, sesuai untuk pensyarah yang suka buat soalan last minute, pelajar ada peluang mendapat hatta setengah markah sekiranya jawapan salah tapi masih ada kena-mengena, sesuai untuk pensyarah yang pelajarnya sedikit.

Kelemahan soalan subjektif:

Mengambil masa yang lama untuk menanda, perlu pembacaan yang teliti untuk mengelakkan bias/ tidak bertanggungjawab/ tidak beretika.

Saya biasa menggunakan kedua-dua jenis soalan dalam pembentukan item penilaian. Sakitnya sekiranya terdapat jawapan sebegini...

Monday, November 14, 2011

KIPSAS dan MyQuest


Alhamdulillah, KIPSAS mendapat rating 4-star dalam penilaian MyQuest yang telah dijalankan oleh MOHE. Terdapat 3 kolej swasta yang berjaya mencapai tahap tertinggi 6-star, laporan boleh dibaca di sini atau sini.

Apakah itu MyQuest?

Saya ceduk sedikit info.

MyQuest is an evaluation system that was developed by MOHE as an instrument to evaluate the current performance of private colleges in Malaysia in terms of students, programmes, graduates, resources and governance, with the aim of encouraging a higher standard of education.

As well as being a means of evaluation for MOHE, the system was also intended to be a useful tool in helping colleges drive further improvement by providing clear indicators and benchmarks.


Mungkin banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki di KIPSAS. Dan petunjuk juga bahawa kami perlu lebih bekerja kuat. Yang penting, niat untuk mendidik perlu ada pada semua pengajar di KIPSAS, kerana Allah, perlu diteruskan.

Pada saya, terlalu banyak cabaran dalam dunia pengajian tinggi sekarang, terutama di kalangan kolej swasta. Survival, kualiti, modal intelektual, dan banyak lagi, perlu digembeleng, diadun sebaik mungkin. Aspek survival kena jaga, kurangkan kualiti tak menjadi juga. Kalau sekadar melahirkan graduan yang tidak mampu menjadi modal intelektual semata-mata untuk menjaga survival juga tidak menjadi.

Seumpama ketupat yang En. Berteromber buat, jalinan daun mesti seia dan sekata, baru lengkap. Samalah dalam menghasilkan manusia, kena digabungjalin sebaik mungkin.

Thursday, November 10, 2011

The great power of demand and supply.. Part 4

Yah, tshirt Napalm Death pada harga EUR800.00!!

Review: SWALLOWED "SWALLOWED" EP 2010

Swallowed
Swallowed Cassette EP 2010
Emptiness Productions


Saya tertinggal keluaran 7"EP mereka!

Pada awal keluaran demo mereka, saya telah membaca ulasan bahawa muzik mereka lebih bertepatan dengan funeral doom, agak kurang sambutan sekarang ini agaknya kecuali ada juga beberapa band daripada label Southern Lord yang menarik minat saya. Saya telah menyasarkan untuk memesan 7"EP mereka, tetapi ini juga adalah ketinggalan berbanding keutamaan lain.


Baru-baru ini saya menghubungi semula Samu, vokalis/gitaris untuk Swallowed. Beliau memberitahu bahawa 7"EP telah habis dijual tetapi dikeluarkan semula oleh label Samu sendiri, iaitu Emptiness Productions.

Setelah memainkan track pertama, saya merasakan seolah-olah saya sedang mendengar Thergothon "Strems From The Heaven", Disembowelment, SunnO))), Ea, dengan dicampurkan elemen laju, dan kadang kala kesan gitarnya seolah-olah band ini bukan bermain doom metal. Agak unik dan berat lagunya, memang sesuai untuk peminat Modar (bagi rujukan kita di Malaysia).


Tiada melodi yang indah untuk dilayani dalam album ini. Ia tidak mengandungi sebarang unsur gothic langsung. Ia memang total doom!! Sudah lama saya mencari semula bunyi sebegini. Bak kata Boboiboy, TERBAEKKK!!!

Wednesday, November 9, 2011

Review:OPETH "HERITAGE" CD 2011

Opeth
Heritage CD 2011
Roadrunner Records



Sejak kebelakangan ini saya mula menggali semula CD Opeth. Mungkin setelah sekian lama tak melayan progresif death metal. Album terakhir "Watershed" (2008) telah lama tidak dipasang. Setau saya juga, selepas itu mereka banyak mengeluarkan rilisan bukan album, contohnya DVD "The Roundhouse Tapes", dan Live di Royal Albert Hall (bukti muzik metal diterima dan diiktiraf profesionalismanya), dan beberapa single dan Boxed Set. Semuanya tidak saya ikuti, memang terakhir sekali ialah "Watershed" itulah.

Saya mungkin tidak akan menceritakan album ini secara teknikal. Ini kelemahan bagi orang yang buta muzik seperti saya.


Yeah, let's do something for true musicians appreciate us, not for some geeks like devourmentovsouls blogspot! they just suck!!

Setelah 3 track pertama (track pertama lebih berbentuk intro), saya merasakan bahawa kebanyakan elemen death metal telah mula menyurut dalam Opeth. Lebih baik saya katakan bahawa muzik dan liriknya lebih menekankan kepada pertunjukan skil, tiada lagi melodik progresif death metal. Saya membayangkan seolah-olah mendengar My Dying Bride yang terkini, tiada keserasian antara lirik dengan muzik sebagaimana lazimnya muzik "biasa" tonjolkan.

3 track berikutnya telah menyebabkan saya hilang fokus. Saya mula mencari kerja lain untuk dibuat selain daripada mendengar album ini dengan teliti. Mungkin disebabkan pengetahuan yang terhad dalam muzik yang progresif, saya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan dan minat terhadap album ini.


Di separuh track ke-7, saya telah menamatkan CD ini. Saya jangkakan Opeth masih lagi mengekalkan, walaupun sedikit growl, elemen death metal. Tapi jangkaan saya ternyata meleset. Mungkin track ke-8 hingga ke-10 ada, tapi saya sudah tak mampu untuk meneruskan pendengaran saya.

Opeth "Heritage" mungkin sesuai untuk pendengar dan peminat muzik teknikal progresif yang tegar, mungkin seperti rakan saya, Faizal ex-Anguish, yang kini berada di JB, album ini memang untuk anda!


Saya ditakdirkan tidak mengumpul gitar sebegini...