Saturday, January 8, 2011

My side of discovery: LANGSUYR (formerly known as LANGSUIR) - Part I

LANGSUIR (aku prefer ejaan "I" instead of "Y" dan akan gunakan LANGSUIR untuk bebelan aku seterusnya), nama band yang banyak memberi impak kepada scene metal tempatan. Pada aku, imej "Malay" dalam band metal Malaysia yang wujud sehingga sekarang lebih terpengaruh dari LANGSUIR, bukan AS SAHAR, pada aku la. Aku pun tak tau lirik AS SAHAR secara detail, tapi aku tau lirik track dalam demo LANGSUIR, so aku tau kemelayuan yang cuba diketengahkan oleh LANGSUIR pada waktu tu.

Antara dua darjat
Ok la, perkenalan aku terhadap LANGSUIR bermula melalui medium biasa yang digunakan, flyers. Maka aku pun dapat flyer demo "Occultus Mysticism" dari kawan aku. Seingat aku, masa tu tahun 1993, aku form 5 di MRSM Jasin (sekarang MRSM Tun Ghafar Baba). Tergerak untuk order direct, seingat aku Lan guna address Balai Polis Menglembu. Dapat-dapat demo tu, covernya warna oren, tape Sony 90-min (seperti dalam gambar). Yup, tu la copy yang aku dapat dari Lan Langsuir. Kasetnya aku pasang guna walkman Sony aku, bateri baru lepas jemur tengah panas. Aku grab cover, baca tempat recording ialah kat Universal Sound Studio, Klang. Terus teringat pada demo Social Infection, juga pada tahun yang sama, direkod pada Universal Sound Studio jugak. Tapi tak pelik sebab diorang pun orang Klang.

Kenapa, pelik ke address Perak, tapi rekod kat Klang?

Waktu tu, pada kebanyakan band, untuk berhijrah negeri lain just to record a demo memang janggal sikit (pada aku la). Sebab? It indicates kesungguhan to get something quality just for a so-called "demo". Kalau full length lain la. Braindead rekod demo rasa aku kat Camy Studio, Taiping. Waktu tu, rasa aku banyak band memang tertumpu kat KL, so kebanyakan demo direkod kat area KL, pun tak silap aku jugak la. Maklumla, aku marhaen dalam scene tempatan, hohohoho..

Bila first dengar demo Langsuir, frankly, aku sense something lain daripada yang lain yang ada dalam Malaysia. Maksud aku, in term of song structure, waktu tu kalau death metal namanya, memang kurang band yang gunakan stail Langsuir ni main. Aku pun susah nak cakap sebab aku bukannya musician, kayu dalam main gitar. Tapi yang ketara lainnya ialah dari segi drumnya. Ketiga-tiga lagu ada banyak variasi drum. Tak semua main fast macam Morbid Angel ke, Carcass ke, Napalm Death ke, Sepultura (era Beneath the Remains ke bawah). Ye la, time tu pun mana ada banyak influence lain dalam scene metal tempatan.. Drum stail core gitu memang takde yang main dalam death metal..

Pandangan bawah, er, belakang, er,. bawah..
Thanks list panjang wehhh...

Nak close up, tapi tak cukup cerah pulok..

Macam model...

Sila telengkan kepala anda ke kiri 90 darjah.


Pada waktu tu juga, aku dengan member-member Kuantan yang telah berjaya mengeluarkan "Devour Your Soul" compilation tape pada tahun yang sama (aku rasa kitorang yang pertama kat Malaysia keluarkan compilation tape dengan printed cover, hahahahaha, riaakkkk), dan projek seterusnya ialah zine berjudul "Devourment of Souls". Masa tu, Azli (founder Evil Grinder Productions, later known as East Gothic Productions) nak concentrate pada distribution, so, aku dengan rendah diri dan rasa keterpaksaan yang tinggi, terpaksa mengambilalih kerja-kerja zine yang dah bermula sekali dengan bermulanya compilation tape tu. Interview dah dibuat dengan banyak band. Aku pulak baru dapat dari Langsuir, so aku rasa, ni part aku untuk aku interview Langsuir pulak.

So, aku pun berutus surat dengan Lan. Ye la, takkan nak harap sms masa tu, email apa lagi, ye dok? Semua dibuat dengan penuh kesabaran waktu tu. Hari ni kau hantar interview, bukan 2-3 hari dapat reply, makan 2-3 minggu. Tupun kalau band tak peram soalan. Dari itu jugak la aku kenal dengan lebih rapat band Langsuir, masa tu kenal Lan je la. Tulang belakang Langsuir, Sam, yang korang mesti kenal, heheheheh, tak kenal lagi. Dia lagi la tak kenal aku..

to be continued...

7 comments:

  1. perghh..dapat by hand dari band members tu..rare ni bro..hehe..gua ada kompilasi yg nebiula keluarkan dan full album ASYIK..ms demo ni dorang black lg ke atau dh start men death metal?

    ReplyDelete
  2. err..sila sambung cepat...

    gua nak tunggu part lu start berkasih sayang ngan en batara guru ajer...hahahaha...

    ReplyDelete
  3. hahaha... kasih sayang tidak berbelah bahagi antara sam dengan azli the evil slaughter.. bukan dengan aku..

    ReplyDelete
  4. masa ni Occult and Mystical Death Metal (seperti yang diiklankan dalam flyer) hehehe

    ReplyDelete