Monday, January 10, 2011

My side of discovery: LANGSUYR (formerly known as LANGSUIR) - Part II

Errr, kat mana tadi yek..

Aaa.. pasal aku dengan Lan berutus surat. Kalau sekarang orang baca, kedengaran begitu gay. Auwww..






Ok la, dipendekkan cerita. Interview untuk d.O.S ada dua part, first part Azli dah buat dengan Sam's Art of Death (aka Bentara, sorry bannggg tersebut dalam ni). Disebabkan aku tak puas hati dengan interview yang cukup tipikal waktu tu, aku pun decide untuk buat sekali lagi dengan Lan. So ada dua part la interview. 2 parts also indicate two different perspectives, two different time line, yang aku rasakan agak sesuai sangat dengan trendy black metal waktu tu.

Not until 1995, rasanya aku dapat releasekan zine tu. Print kat Kompleks Peruda Alor Setar. Itu aje yang paling cun aku dapat cari dengan delay yang maha besar. Nasib aku baik, news yang ada dalam zine tu berkenaan Langsuir aku dah arrange 2 part dengan baik menjadikan ianya tak outdated sangat.. Ok la tu..

Berbalik pada Langsuir tadi. Dalam usaha Azli EGP untuk mendapatkan kebenaran untuk re-release "Occultus Mysticism" demo pro-printed, banyak halangan yang ditempuhi. Aku tau Azli ada vision yang besar waktu tu. Cuma mungkin usaha dan management dia tak menjadikan ianya realiti. Takpe la, malas nak cerita. Dipendekkan juga, bahawa Azli dah dapat persetujuan dari Langsuir untuk re-release "Occultus Mysticism" demo. Satu berita yang sangat kami banggakan. Kenapa?

First sekali, memang Langsuir band local faveret aku time tu. Aku memang tak layan sangat Sil-Khannas ke, Silent Death ke. Masa tu, Social Infection, Langsuir dan Mutilation.

Kedua kali, kami akan release pro-printed. Maksudnya? Kami adalah label underground pertama di Malaysia sebenarnya yang mengeluarkan rilisan pro-printed. Waktu tu, duit merupakan resource yang sangat terhad. Kami berempat waktu tu menubuhkan EGP, dan mencari jalan untuk release jugak demo Langsuir. Waktu tu, aku tak tau macamana Azli buat, aku keluarkan simpanan tabung haji aku dalam RM500 kot, Azli pegi ayat ayah member-member yang lain untuk masing-masing laburkan RM500 untuk release 500 copies demo tersebut pro-printed.

Maka, Azli la yang arrange semua. Aku masa tu memang takde kat Kuantan sebab ada kat Kedah. Yang aku tau, 2 kawan lain memang tarik diri dan kurang berminat dengan EGP dah. Tinggal kami berdua, errr, dia sorang banyak arrange. Aku kat Kedah yek..

Aku masih ingat, masa order tu sampai dari KL. Ye la, Kuantan mana ada facilities nak release tape pro-printed. Datang dengan lori trelar, kami tunggu kat Kompleks Teruntum seawal jam 10 pagi. Sampai dalam beberapa kotak, kami bukak terus kat kompleks dan dah ada buyer yang beli.

Memang cepat habis. Antara 4 keluaran EGP (Langsuir, Twilight (Gre), Negation dan Gorgon (Fra)), Langsuir paling cepat habis. Twilight yang kedua. Main macam haram, tapi sebab trend, apa yang main black metal je gerenti abis.

Oh ya, aku lupa, kami juga releasekan flyer untuk re-release demo Langsuir secara pro-printed, kertas glossy lagi. So, nak apa lagi? Meh la buku Malaysian Book of Records tu aku nak sain..

Pada waktu tu, seingat aku demo Sil-Khannas "Assassin Led By Blasphemy" dibuat secara pro-printed tapi tidaklah kertas glossy. Print murahan je, haha. Mutilation demo print atas kertas glossy, tapi bukan la pro-printed waktu tu. Lain-lain demo kebanyakannya fotostat atas kertas kaler (macam 1st pressed demo "Occultus Mysticism"- betulkan aku kalau ada pressing lain Sam)

Next post: here comes trouble..

to be continued...

1 comment: