Friday, January 7, 2011

Review: AMORPHIS "SKYFORGER" CD 2009

Amorphis
"Skyforger" CD 2009
Nuclear Blast


Semua angkara tengah mencapai status ISO 9001-2000 dalam acara penyimpanan (dan penyorokan) CD, godek dan terjumpa CD ni yang aku tak pernah nak bagi pendengaran yang secukupnya. Nama AMORPHIS tak lagi menjadi satu keasingan dalam persada metal duniawi. Bermula seawal 1991 dengan demo "Disment of Soul", melalui fasa pembangunan yang jarang diterima oleh kebanyakan mat metal kental, aku cuba ikut sedaya upaya. Tapi sekarang pikir balik, tak payah la sedaya upaya nak follow, tak larat dah wehh..


Umum tau bagaimana "Elegy" (1996) telah memeriahkan AMORPHIS dengan perubahan berbanding predecessor "Tales From The Thousand Lakes" (1994). Pasi Koskinen telah mengubah dominasi growl vocal sebagaimana dalam 2 album sebelumnya. Masuk pulak style hardcore dalam jeritan dia. Memang satu setting point yang baik untuk menunjukkan progress dari Esa Holopainen dan Tomi Koivusaari, 2 ahli setia dalam AMORPHIS sejak tahun 1990 lagi.

Err, nak cerita pasal "Skyforger" je kan...

"Skyforger" lain daripada sebelum ni, iaitu "Silent Waters" (2007). Lain yang macamana? Pada aku, "Skyforger" ada agresif lebih sikit. Kurang mellow dan lembik macam dari "Am Universum" (2001) dan "Far From The Sun" (2003). Kenapa agaknya? Adakah dengan penyertaan Tomi Joutsen telah mengubah lagi corak pembikinan muzik AMORPHIS? Rata-rata review telah memberi komen yang positif untuk album ni, begitu juga dengan "Eclipse" (2006) dan "Silent Waters" (2007).

Aku pulak? Memang pada aku AMORPHIS best dari segala aspek. Kelebihan Tomi Joutsen ialah pada variasi vokal yang dimiliki, boleh membawa kepada keliukan, melankoli, dan terus meningkat ke bunyi death metal ala time "Tales..." (1994) dulu. Contoh boleh didengari dalam track "Majestic Beast". Lepas tu, track berjudul "My Sun", terus terlentok.

Pada aku, gabungan cemerlang antara Esa Holopainen dengan Tomi Koivusaari tidak boleh disangkal. Aku berharap depa berdua takkan berpisah sebab tanpa diorang, memang AMORPHIS tak mungkin jadi AMORPHIS dah.


Pasal lirik pulak, korang kena gosok dada... Takde dehh.. AMORPHIS tak main lirik ganas dan darah dan hantu setan ni. Even pernah lirik dalam "The Way" album "Tuonela" (1999) menyatakan "The Devil has shown me the way", tapi perlu dihighlightkan bahawa kebanyakan album, lagu serta lirik AMORPHIS adalah saduran dari kitab-kitab Finland lama.. So, ibu-ibu bapak-bapak jangan risau kalau anak anda dengar lagu AMORPHIS.

Production album ni memang terbaik as always. Walaupun "Elegy" (1997) antara album faveret aku, tapi pada aku production "Elegy" sangat teruk. Ini kali, memang terbaik. Composition lagu dan recording wise memang pristine, haicecece.. nampak sangat ke biasnye?



   Overall, up the AMORPHIS!

2 comments:

  1. depa ni dah dalam different league. Bukan "Metal" seperti biasa. Well done walaupun aku tak minat dah sejak Karelian.

    ReplyDelete
  2. tak minat dah sejak Karelian? lama tu boh.. sekarang bukan music je dan universal. metal pun dah universal. whichever league pun, masing2 just define. tu yang tak larat nak cater music sekarang.

    ReplyDelete