Sunday, January 16, 2011

Review: FURBOWL - Adv. Tape 1992


Dah past midnight, baru lepas layan National Security kat TV2. Nak expect apa lagi malam-malam minggu gini? Isteri dan anak dah tidur belaka, penat main pasir kat Teluk Cempedak tadi. Nak layan movie midnight TV3, cerita macam haram. Belek kaset lama, terjumpa la advance tape FURBOWL nih.

Nak review ke hape, mende dah jadi sejarah dekat 20 tahun. Begitu cepat masa berlalu..

Uniknya tentang FURBOWL (also appeared in Devourment of Souls issue 1) ialah waktu mula berkenalan. Aku in touched dengan Kentha from LEUKEMIA (Sweden). In fact, itu pertama kali aku berhubungan dengan band oversea. Second contact, terus aku bagi satu tape dengan band Malaysia. Seingat aku, masa tu tahun 1992. Bagi tape cikai je, third time dia reply, sound aku pasal bagi tape Sony dah berkarat dan dah didubbed berkali-kali. Rosak JVC hi-fi dia katanya. Terus aku senyap.. hehe


So, nak cerita dari LEUKEMIA, aku mengenali FURBOWL. Kentha tu la yang recommend. Aku contact la drummer dia, Max Thornell. Good guy, Swedish scene masa tu tengah naik gila. Dan bila dapat respon yang cukup positif, memang automatik rasa best gila band tu, walhal takde la best mana pun muziknya.

FURBOWL ni, mainnya style Swedish dm la, standard Sunlight Studio punya hasilan. Gitarnya kasar, drum lebih relax, groovy je muzik FURBOWL ni. Vocal pun takde la growl beria, just mild growl sesuai dengan umur yang tak berapa nak suka dengan brutal death sekarang nih. Selepas advance tape ni, diorang release "Those Shredded Dreams" CD/LP bawah Step One Records. Aku rasa tak berapa well-distributed album ni. Mungkin Step One tidaklah segah Nuclear Blast atau Relapse atau Osmose, mahupun French Holy Recs yang betul-betul diberi perhatian pada waktu tu.

"Those Shredded Dreams" dah lama sold out and became rarities today. By the way, in 2009, Vic Records dah re-released album ni dengan bonus track. Ada lagu dari demo dan live version termasuk lagu dari Carnage "The Day Man Lost". Diorang tak pusing jauh, Leukemia, Afflicted, Carnage, Hearse, semua circle Swedish yang popular la time tu (Dismember dan Entombed dah ke depan..).

Kalau nak cari jugak album ni, kena korek dalam ebay la. Susah sikit untuk cari first pressed dan kalau jumpa mungkin agak mahal. Kadang-kadang fikir tak berbaloi dengan album yang ada 6 tracks je. Lagipun, selain dari Vic Records punya re-released version, ada pulak die-hard mana ntah release album ni dalam bentuk 3-LP. Ntah apa la banyak sangat sampai 3-LP, tak faham...

Lepas tu, aku jugak ada dapat advance tape untuk second album diorang, "The Autumn Years" yang direlease bawah Black Mark Productions pada tahun 1994. Dan dengan melandanya demam trendy bm waktu tu, aku rasa telah banyak menyulitkan penerimaan muzik death metal yang groove. Nak lagi, time tu jugak wujudnya NWOSDM, dengan Gothenburg-style menjadi pojaan ramai.. Dark Tranquility, Ceremonial Oath, In Flames dah mula naik.. huhu..
So, untuk yang pernah menjadi worshipper of Sunlight sounds, kena la cari album ni. Takpe, beli je 3-LP macam kat bawah ni....

3 comments:

  1. pun tak pernah dengar... tau nama je.

    ReplyDelete
  2. kondisi kasetnya masih macam baru...lu simpan dlm peti besi eh?...heheh...

    aku satu demo tape pun tak simpan...kotak kaset anak2 buat main jadi kereta...hancus semua...

    ReplyDelete
  3. kiai ibrisam: tak penah dengar, mp3 ada sekarang.. hehe.. download je..

    tuan haji nasaruddin: kaset tu takde la terjaga jugak.. mujur tak kena banjir je..

    ReplyDelete