Friday, January 7, 2011

Review: IMMORTALIS "INDICIUM DE MORTUIS" LP 1991

IMMORTALIS
"Indicium de Mortuis" LP 1991
Morbid Music


immortalis: immortal
indicium: distinguishing marks
de mortuis: about dead

Hahaha, thanks to latin-english translator, sekarang ni korang yang main black metal konon evil bila guna wording dalam latin. Ingat tak dulu? Sampai Nebiras pun guna "Clavicule De Solomon" dalam "The Great Rites" (1999). Haha. Evil knievel la tu zaman tu.. Sekarang dah tau apa maksud dia. Aku rasa dulu, mesti korang tanya penpal oversea untuk tau maksud dalam bahasa latin ke, french ke, french fries pun boleeyyy..

Dah la, sekarang buang dah imej evil. So, review mengarut sempena hari Jumaat, sayyidul-ayyam, yakni penghulu segala hari, hari di mana satu-satunya hari aku takde lecture sem ni, aku pun layan lagu lama nih. LP ada kat rumah, mp3 ada kat pejabat. Perfect camouflage is a must! Kat rumah jadi hiasan, kat ofis baru layan.




Pengalaman pertama bertemu dengan IMMORTALIS (dengan erti kata lain: pinjam tape member) ialah pada tahun 1992. Waktu tu memang sakan trade tape. Kitorang kat Kuantan takde la apa-apa circle pun, sama macam keadaan negeri lain. Lepak kat Kompleks Teruntum (nanti kalau aku rajin, aku cerita pasal zaman dulu kat Kuantan, asik-asik Ipoh Metal Militant, haha), main game, isap rokok sambil trade tape.

Err, cerita pasal IMMORTALIS balik la yea..

IMMORTALIS ni dari German, hanya sempat rilis satu album pastu defunct. Sebab musabab memang susah nak tau sebab aku pun tak pernah baca pasal band ni kat mana-mana zine. Pernah aku tengok ada demo diorang dan sempat kot aku download, tapi tak tau kesahihannya sebab dalam metal archives memang takde discografi lain.

Muzik diorang memang straight-forward la. Zaman tu bukan ada nak main efek la, nak lagi kalau ada clean vocal memang kena tujah dahi la sape dengor. Specialnya IMMORTALIS ni ialah dia ada elemen thrash/heavy and groovy jugak. Memang style yang aku horny la kalau dengar. Tapi kalau korang dengar mesti tak best punya. Kalau nak compare dengan sezaman, aku rasa banyak macam Swedish bands (Desultory, Afflicted, etc) dengan Sunlight-soundnya. Cuma sound guitar IMMORTALIS tidak se-Sunlight yang popla tu. Dan vocal IMMORTALIS lebih growl dari Swedish suckers!

So, kesinambungan dia, music (heavy+thrash sound+death metal sebenornya) + groove sikit - kelajuan menggila * typical 90s death metal = apa yang aku minat daaaaa.. Sudah la takat tu, add math aku mujur je lulus SPM dulu. Karang aku buat pengamiran mesti korang nampak betapa IMMORTALIS ni bermakna bagi aku. Oh ya, takde la melodic pun dalam IMMORTALIS ni. Aku pun teringat, ada sikit sound macam Hypocrisy album awal dulu.



Dan yang penting dulu, biasa la, ada cover song "Countess Bathory" dari Venom. Lagu apa lagi yang nak bawak dari Venom, bukan best pun lagu diorang. Harap imej je lebih..

Anyway, kalau ada yang berkenan nak cari rilisan ni, kena rajin mencari dan terus mencari. Kalau kat ebay, CD mungkin akan merabakkan poket anda dan membuatkan anda mencuri biskut PA anda sebab anda akan sengkek nak keluar makan pagi. Dan kalau yang mengharap nak dengar death metal jenis lama, boleh la cuba usha rilisan ni. Nak order dari label, Morbid Music dah lama takde. Paling mudah, download je, hehehe. Tak payah aku bagi link. Ianya semudah ABC sekarang ni..



5 comments:

  1. "Lagu apa lagi yang nak bawak dari Venom, bukan best pun lagu diorang. Harap imej je lebih."

    hahaha...bab ni kau setuju 100%

    ReplyDelete
  2. gila babas punya rare... tak pernah dengar pun hahaha

    ReplyDelete
  3. tapi aku rasa band malaya yang amatur memang stail DM camni... rindu pulak dengar hehehe

    ReplyDelete
  4. tadi kat opis tak berkesempatan nak dengar kuat2...ni kat rumah baru boleh layan...hehe

    lama aku tak dengar DM camgini...best pulak...

    ReplyDelete
  5. berteromber: terbalik kehidupan kita. hehe. aku kat rumah susah nak layan, nak layan, time ofis. hehe...

    sam: morbid music ada release yg rare tapi dm stail tipikal. nanti hang cuba cari JUMPIN JESUS..

    ReplyDelete