Friday, January 7, 2011

Review: TERSERAH/TERLARANG - TERSPLIT

TERSERAH/TERLARANG
"TERSPLIT" SPLIT CD 2009
PISSART RECORDS/GRIND COMBATANT SYNDICATE/SUKMA RECORDS


Sekarang kerap pulak dapat (beli) CD yang dalam kategori crust/grindcore/punk/hardcore ke ntah apa ntah. Sebenarnya ada pensyarah muda kat kolej aku ni yang into this kind of music dan dia tau aku pun into this kind of music (what kind of music actually eh?). So dari dia la aku dapat pasal GRAVE DANCERS dan beberapa band Indon lain. Typical trend di kalangan umur 20-an kot untuk refer music dari Indon, although in my opinion they got "something" berbanding dari Malaysia bands.

So, TERSERAH = nama band Jakarta Selatan. TERLARANG = nama band Malaysia (Kuala Kangsor yop!). Satu keunikan untuk menamakan split album diorang sebagai TERsplit. Musically, takde apa yang mengimpresskan aku. Sound quality agak baik, tak pelik dengan kemudahan teknologi recording yang ada zaman sekarang. Kalau tahun 1990, bunyi macam gini memang aku salute sambil bogel. Sekarang dah ada band yang release demo dengan sound mengalahkan full-length. Mudahnya la sekarang.

Untuk aku review dan ulas split CD ni dengan detail, agak kurang adil sebab crusty punk/hardcore/grindcore bukan aku punya main interest. Aku lagi suka dengar Hanafie Warren sekarang ni. Tapi di antara TERSERAH dan TERLARANG, dari segi ukuran ke'grindcore'an atau ke'hardcore'an, TERSERAH lagi TERSERLAH. TERLARANG agak kalah dari segi vocalnya. Begitu juga dengan kelajuan muzik, TERSERAH lebih menepati piawaian crust/grindcore/hardcore yang ada dalam otak aku ni.

Pada aku, kira dengar sekali dua kali. Mungkin ada bias sebab aku dah cakap tadi, ni bukan major interest aku. Mungkin korang patut nilai sendiri. Nak beli, aku pun tak tau kat mana. Korang cek la sendiri kat myspace berikut:

PISSART RECORDS/GRIND COMBATANT SYNDICATE/SUKMA RECORDS

Oleh itu, TERSERAH kepada korang untuk menilai rilisan ni.

5 comments:

  1. tak suka? Meh trade dengan aku... Predicate Not Defined baru dah dengar?

    ReplyDelete
  2. belum.. nak jugak.. plus bentara promo satuuuuu!!! haha

    ReplyDelete
  3. cun email aku thebentara*@gmail.*com (buang *)

    ReplyDelete
  4. Hanafie Warren terbaik oo...

    Yang Hanafie Warren tak nak trade ker?...

    ReplyDelete
  5. haha hanafie warren mp3 je..
    malu laa sayaaa...

    ReplyDelete