Tuesday, February 15, 2011

It's 15th of February 2011!!

Tarikh tu tak signifikan sangat dalam kehidupan aku pada tahun-tahun lalu.
Cuma pada tahun 2011, kita digemparkan dengan live IRON MAIDEN di Singapore.
Dah banyak blog menceritakan perihal Maiden, dan aku rasa tak perlu lagi aku cerita detail.
Lagipun knowledge tentang Maiden agak kurang berbanding deaf-angel atau krenmaut.

Discovery aku terhadap Maiden?
Agak unik, I have to refresh back in the year of 1987, masa tu aku di Kg. Ganchong, precisely kat Kg. Pulau Rusa. Kampung yang cukup permai satu masa dulu, still miss the smell of the sungai and paya dekat rumah arwah tok aku. Waktu raya, seorang sepupu telah memasang kaset Headbangers, dengan lagu Iron Maiden "2 Minutes to Midnight" di corong speaker kereta ayahnya (seorang yang amat garang dan ditakuti oleh kami waktu kecil, namun tidak pernah sekalipun menghindar kami dari hobi meminati muzik sehingga kini).

Since then, aku terpaut dengan Maiden. Lambat? Memang lambat, dengan ukuran pada waktu itu aku lebih kepada Search, Wings, Burnmarks, Desire, Junction dan lain-lain rock kapak seangkatan. Tahun itu juga aku mengenali Wild Dogs "Reign of Terror", Death Angel "Frolic Through The Park", even Slayer "Show No Mercy" pun baru la tahun tu aku didedahkan.

Berbalik kepada Maiden, aku memang suka. Tapi disebabkan minat mendalam pada rock, kebanyakan simpanan aku dihabiskan ke kaset rock. Simpanan daripada wang saku yang mak berikan. Pernah aku membayar Lefthanded "Keadilan" di sebuah emporium bernama Pahang Emporium (now defunct) dengan menggunakan duit syiling sejumlah RM7.50, harga standard kaset Melayu.

Kalau nak kira kaset Maiden aku (keluaran EMI, kotak and kaset kuning), hanya ada Piece of Mind sampai Seventh Son, then No Prayer, then era Blaze ada la jugak beli tape. Selain daripada itu, singles? 7"EP? Other merchandises? Terus terang, takde. Kecuali ada la saputangan "key" yang jalur-jalur dengan tema "Somewhere In Time" dibeli di sebuah kedai rock di Kompleks Teruntum, pernah juga aku pegi Kompleks Pertama untuk menempah tshirt Maiden dengan tema "Maiden Japan" dengan sticker iron-on. Ya, tema "Maiden Japan" ditampal pada tshirt merah... ganasss gitu.

Banyak lagi tempuhan dan nostalgia aku tatang berkenaan Maiden. Mungkin selepas tamat hari esok, aku garap satu per satu.

Insya-Allah lepas Subuh aku bertolak ke Johor Bahru. Perasaan? Mungkin biasa saja sebab personally aku dah agak kurang dengan gig/konsert. Mungkin faktor umur? Mungkin faktor bosan?

Malam ni aku bermalam di rumah bonda kerana senang untuk anak-anak aku terus ditinggalkan sehari bersama nenda masing-masing. Wife terpaksa berkursus untuk 2 hari, so aku jaga anak malam ni. Bosan? Aku sort and susun balik harta aku kat rumah..

Tepi sikit la abah, adik nak tido dah ni....

Rasa macam nak pakai yang ni esok..
Semoga Allah melindungi perjalanan pergi dan balik hamba-Nya ini..

No comments:

Post a Comment