Tuesday, March 15, 2011

Review: SADNESS "EODIPUS" PROMO TAPE 1992

Sadness
Eodipus Promo Tape 1992
Self-released



Sikit saja band yang wujud pada Switzerland yang menarik minat aku masa awal 90an. Selain daripada Celtic Frost/Hellhammer yang mendominasi influence old-school black sehingga kini, aku kira antara band yang agak dikenali dari sana ialah Samael, Alastis (masih dalam black death punya genre) dan SADNESS adalah salah satu band yang banyak direview oleh zine tempatan mahupun luar negara pada waktu itu.

SADNESS lebih kepada doom death, satu corak muzik yang agak gloomy, menyedihkan, ditambah dengan perisa wordings seperti forlorn, despair, melancholic dan seumpamanya. Muzik sebegini, pada era itu, lebih berasal daripada UK, dengan kewujudan band perintis seperti Anathema, My Dying Bride, Chapel of Rest, Paradise Lost dan banyak lagi yang underrated.

Keistimewaan SADNESS? Sebenarnya tak banyak yang boleh diperkatakan. Muziknya tidaklah sebagus mana. Elemen clean vocals dan percakapan seolah-olah macam kemestian dalam genre muzik sebegini. Tetapi pada aku, ia "membunuh" mood doom death secara keseluruhan. Aku tak faham, mesti ke ada clean vocals? Anathema, My Dying Bride, Paradise Lost, semua dah berubah dari growl kepada clean-vocal-oriented.

SADNESS basically released a demo simply called "Y" pada tahun 1991. Demo yang mengandungi 4 lagu ni lebih cenderung kepada death metal yang temponya slow. Masih tiada unsur melankolia, melodramatik sebagaimana ditonjolkan dalam promo "Eodipus" 1992. "Eodipus" lebih kepada perubahan dalam struktur lagu, vocal dan elemen perkembangan.

Sangat sukar untuk aku dapatkan demo ini pada waktu dulu. Teringat lagi untuk membeli promo tape ni, aku kena mengikat perut (USD6, approx. RM13 je dulu, tapi sangat besar nilainya). Langkah untuk mendapatkan "Y" Demo 1991 termati apabila band tersebut reply mengatakan demo tersebut telah sold out.

Kini, anda cuma perlu google "sadness y demo mediafire" atau "sadness eodipus mediafire", hahaha
Nak lagi mudah? Masuk saja: http://raf666underground.blogspot.com/

(p/s: Gua against commercial downloading!! Kalau nak download, download demo/7"EP je, haha. jangan cakap gua galakkan downloading)

Sadness website official (last updated 2003 tuhhh)

No comments:

Post a Comment