Sunday, April 17, 2011

it's a homage-to-pearl-jam weekend!!

Weekend ni panas sgt kat Kuantan.
So, aku tak bawak keluar sangat family weekend ni.
Dalam masa duduk kat rumah, dah lama tak layan Pearl Jam.
Seriously, aku bukan fan. Album yang paling aku minat pun "Ten", "Vs" dengan "Vitalogy".
Precisely, aku suka Gossard dengan Abbruzzese. Vedder memang one of a kind during that time.
Until Creed, Hootie... semua macam nak buat vocal macam Vedder.


Lama tak layan kapok sambil cover lagu2 nih.. Minggu ni.. LAYANNN!!!

State of Love and Trust unplugged (rules!!!)


Black unplugged (takhta!!)

Friday, April 15, 2011

Say no to EXAM!!

"It takes 15 trees to produce the amount of paper that we use in write one exam. Join us in promoting the noble cause of saving trees. SAY NO TO EXAMS."

Satu joke sms regarding anti-examination clan/school of thought yang aku terima dari bos aku semalam.

Dalam jangkamasa 5-7 tahun kebelakangan ni, dah banyak aku dengar tentang keperluan untuk memansuhkan/ meminda kebanyakan amalan pengajaran dan pembelajaran (PnP) dalam pengajian sekolah di Malaysia. Seingat aku juga, dalam tahun 2004 aku pernah attend course (anjuran non-Bumi) yang mana instructornya bermatian untuk menghapuskan examination sekolah di Malaysia. Juga dalam era itu, keperluan untuk tidak menghasilkan student yang terlalu exam-oriented telah mula disuarakan dalam akhbar tempatan.

Err.. ok.. Memang kita terlalu exam-oriented. Malaysia values students from their results, results do not always indicate performances. Results may vary from actual performances. Student yang dapat 20A dalam SPM diangkat dan dijulang sebagai permata negara. Does she really that "wisdom" to honor all the praises? Ada yang berpendapat, ya. Ada yang berpendapat tidak. Student 20A, 21A, 22A, semua exam-oriented punya hasil. Student akan pulun habis-habisan, mak ayah hantar tuition, subscribe to Score A punya program yang memakan ratusan ringgit.

Adakah student tersebut akan perform dalam kerja nanti? Mungkin tak payah sampai waktu kerja. Adakah student tersebut akan perform di peringkat degree? Masters? PhD?

Sebut pasal exam-oriented, satu pemandangan biasa di kolej aku ialah, student akan bermatian buat nota, sebelum final exam masing-masing bawak nota menghafal semua perkara kalau boleh untuk dihafal. Lepas exam? Nota bersepah, diterbang angin, the worse, nota yang mengandungi ayat al-Quran pun dibiarkan. Aku rasa kalau makcik cleaner kat kolej aku ni rajin, kutip sampah tu, study, makcik tu pun dapat score dalam program diploma.

So, what say you? Exams? No exams?

Waktu Malaysia dikecohkan dengan isu keperluan untuk mengurangkan exam-oriented, aku sempat bersembang dengan wakil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia dan aku ajukan isu ini. Tanya beliau, "sekiranya kita tak ada peperiksaan, apa kaedah kita nak menilai pelajar-pelajar "kita"?"

Nah, apa kaedah untuk kita nilai?

Kebanyakan hujah untuk memansuhkan exam-oriented telah mengambil amalan daripada negara US, UK, Australia, New Zealand. Mereka telah lama takde exam-oriented untuk menilai performance student. Betul ke? Aku pun tak tau sebab aku tak pernah pegi oversea, muahahahaha!!!

My 2 cents:

a) Berkenaan dengan pendapat wakil Lembaga Peperiksaan Malaysia. Betul!! Aku setuju. Kita sudah bersedia ke dengan mekanisme menilai student kita bagi menggantikan exam? Berapa ramai lagi school drop-out dalam negara kita? Mentally, student kita dah bersedia ke? Cikgu macamana? Ibubapa macamana? Laluan ke peringkat matrikulasi, ijazah dah bersedia? Sistem pra-sekolah kita? Tadika kita? Sistem meritokrasi ke peringkat degree pun menyenakkan pelajar Bumi untuk bersaing sebaik mungkin dengan bangsa lain.

The point is, bagi aku, mentally, Malaysians are not prepared for this kind of reformation. Jangan dibandingkan dengan Australia, Jepun, UK, rakyat Malaysia masih potong queue kat junction, masih meludah merata-rata, masih buang sampah merata-rata. Budak kecik disuap dengan cerita hantu, ustaz bertugas hanya penghalau hantu dan jin, remaja terperangkap dengan hedonisme! So, we are not ready!!!

b) Bagus ke tiada exam-oriented? Aku hidup dalam dunia exam. Masa kecik sampai besar exam. Sekarang pun buat exam untuk student aku. Exam covers the learning outcomes yang ditetapkan untuk program aku. Exam jugak trains students to be punctual, ethically answering what should be answered. So, without exam, macamana aku menilai learning outcomes? Sahsiah? Etika?

Boleh! Aku boleh buat. Buat macam MLVK, terampil or tak terampil. Selagi tak puas hati, student akan setelkan semua assignment yang aku nak. No final exams!! Just hands-on assignments. Selagi aku tak puas hati, ko tak boleh grad!

Tapi, bagus ke? Aku tak tau. Macam aku cakap, aku hidup dalam dunia exam.

Last but not least, pendapat aku ialah mindset kita kena berubah. Both ada pros and cons. Selagi mentaliti rakyat Malaysia tak diubah, selagi itu kita takut kepada perubahan.

sekadar gambar hiasan
For those who have had experiences with overseas' learning structure, please share..

Monday, April 4, 2011

Cikgu ambil nyawa

"Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu."

read on: harian metro

Al-Fatihah untuk arwah murid yang baru berumur 7 tahun.
Personally, aku rasa budak umur 7 tahun ni bukannya pandai sangat nak mencuri
Masa aku 7 tahun, pernah aku pegi kedai tengok takde orang jaga.
Takde terniat nak mencuri pulak walaupun line clear gila..
The point is, 7 years old is still corn year (setahun jagung).
Tak perlu nak mengajar sampai membelasah gitu.

Bagi mereka yang separuh kehidupan belajar di asrama,
mungkin anda pernah merasa bagaimana di belasah, kekadang tanpa ada sebab munasabah.
Tumbuk, cedok, sparring, rumble, semua dah merasa.

Tapi semua tu dari senior, dari guru?
Hanya pelempang paling kuat aku pernah merasa (di samping kena mencangkung ramai-ramai depan pusat sumber).. Itu semua pengajaran pada aku..

Kes ini mem"psycho"kan aku utk hantar anak ke boarding school..

Sunday, April 3, 2011

Polish PANDEMONIUM: Masih hidup dan menendang (Still alive and kicking!)

Masihkah anda semua ingat band 90s dari Poland?



Selain daripada Vader, Imperator, Behemoth dan Damnation (sebahagian senarai), PANDEMONIUM juga pernah mewarnai scene underground. Teringat lagi satu ketika di mana zine menerajui sumber maklumat di dunia ini, aku tersangat suka dengan Holocaust zine (Tomasz, yang juga owner Pagan Records kalau tak silap aku) dan melalui zine itu, aku mengenali PANDEMONIUM dengan demo 1992 berjudul "Devilri".

Dah lama tak mendengar perkembangan atau secubit berita daripada band ni. Kebetulan malam ini terbaca daripada link mana ntah, berkenaan dengan band. Tinjauan awal mendapati bahawa band ini telah merilis 3 album!

Pendengaran selanjutnya dibuat melalui myspace diorang. Masih meletakkan sedikit lagu lama yg lebih berunsur black/death with a doomy touch. Bukan bagi orang yang sukakan kepantasan dan brutality. Lebih kepada mereka yang inginkan layanan kepala dalam muzik yang sememangnya terkenal dengan evilness.

Terdapat promo demo 2010 yang mana anda boleh dengar secara streaming. Menarik struktur lagu yang baru sebab simple dan boleh layan. Tak heavy mana, tak original mana pun. Tetapi aku akan menjadikan rilisan mereka sebagai target selepas ini.

Oh ya, demo "Devilri" akan dirilis dalam bentuk LP (duhhh!!) oleh godz.ov.war productions. Mungkin dah ada dalam list mereka, make sure to google.

Review: XYSMA "SINGLES" EP 1997


Xysma
Singles EP 1997
Spinefarm Records


Ok, Finnish might be once producing good death metal bands, PURTENANCE, DEMIGOD, DEMILICH, CONVULSE, LUBRICANT, DISGRACE, were all Finnish bands that once ruled the earth (err, well, I said once right?). XYSMA was one of them.

I remember to first time reading about XYSMA in Isten zine, that was when they released "Above The Mind of Morbidity" EP in 1990. Their "Yeah" LP was released in 1991 under Comeback Records. The name was so catchy that XYSMA is quickly been well-known for this release. Of course, their early years were more into death grind style, zines were comparing them with Carcass, enhancing their name in the scene back then.

The reason I dig XYSMA simply because of their "Yeah" LP, which became one of my favorite Finnish band. Although I was not in good shape financially back in 1990s to buy their LP, I managed to get to hear them by tape trading, good enough!

After few years, I heard that most of the Finnish bands were changing their styles into rock music. DISGRACE was one of them that I managed to hear, but I've never heard about XYSMA since "Yeah" although reviews were saying bad things about them. Last thing I heard was they've been signed under Relapse for their 1996 "Lotto". This was one of my sought after release, and managed to get it in Thai-pressed cassette format, also, good enough!!

With advanced technology, we managed to get broke by ebaying. Haha!
And I managed to get their "Singles" EP, a release that I've never thought to find.

"Singles" is a single, that's it.
Musically, it's XYSMA! It's rock, it's psychedelic, it's whatever you want to say..
It's happening, it's easy-listening.

To say that this is my favorite probably will be a lie. But as I say easy listening, I really mean it!
How long can you take hearing fast and brutal music without having the have your ears relaxed?
Enough and stop torturing! It's time to be king and listen to XYSMA ~..~

Tracklist:
  1. Honest Love
  2. King
  3. Sure About You
  4. Can't Take My Eyes Off You (Frankie Valli cover)
  5. I Can't Stand It (Lou Reed cover)
  6. Drive My Car (The Beatles cover)
  7. Sure About You (Original-version)



Friday, April 1, 2011

Meh menyepak bola..

Khamis, 31 Mac 2011, KIPSAS vs Bomba, lepas hampir 8 bulan tak turun padang, tetap gumbira

Gumbira di tengah padang