Sunday, April 3, 2011

Polish PANDEMONIUM: Masih hidup dan menendang (Still alive and kicking!)

Masihkah anda semua ingat band 90s dari Poland?



Selain daripada Vader, Imperator, Behemoth dan Damnation (sebahagian senarai), PANDEMONIUM juga pernah mewarnai scene underground. Teringat lagi satu ketika di mana zine menerajui sumber maklumat di dunia ini, aku tersangat suka dengan Holocaust zine (Tomasz, yang juga owner Pagan Records kalau tak silap aku) dan melalui zine itu, aku mengenali PANDEMONIUM dengan demo 1992 berjudul "Devilri".

Dah lama tak mendengar perkembangan atau secubit berita daripada band ni. Kebetulan malam ini terbaca daripada link mana ntah, berkenaan dengan band. Tinjauan awal mendapati bahawa band ini telah merilis 3 album!

Pendengaran selanjutnya dibuat melalui myspace diorang. Masih meletakkan sedikit lagu lama yg lebih berunsur black/death with a doomy touch. Bukan bagi orang yang sukakan kepantasan dan brutality. Lebih kepada mereka yang inginkan layanan kepala dalam muzik yang sememangnya terkenal dengan evilness.

Terdapat promo demo 2010 yang mana anda boleh dengar secara streaming. Menarik struktur lagu yang baru sebab simple dan boleh layan. Tak heavy mana, tak original mana pun. Tetapi aku akan menjadikan rilisan mereka sebagai target selepas ini.

Oh ya, demo "Devilri" akan dirilis dalam bentuk LP (duhhh!!) oleh godz.ov.war productions. Mungkin dah ada dalam list mereka, make sure to google.

No comments:

Post a Comment