Friday, April 15, 2011

Say no to EXAM!!

"It takes 15 trees to produce the amount of paper that we use in write one exam. Join us in promoting the noble cause of saving trees. SAY NO TO EXAMS."

Satu joke sms regarding anti-examination clan/school of thought yang aku terima dari bos aku semalam.

Dalam jangkamasa 5-7 tahun kebelakangan ni, dah banyak aku dengar tentang keperluan untuk memansuhkan/ meminda kebanyakan amalan pengajaran dan pembelajaran (PnP) dalam pengajian sekolah di Malaysia. Seingat aku juga, dalam tahun 2004 aku pernah attend course (anjuran non-Bumi) yang mana instructornya bermatian untuk menghapuskan examination sekolah di Malaysia. Juga dalam era itu, keperluan untuk tidak menghasilkan student yang terlalu exam-oriented telah mula disuarakan dalam akhbar tempatan.

Err.. ok.. Memang kita terlalu exam-oriented. Malaysia values students from their results, results do not always indicate performances. Results may vary from actual performances. Student yang dapat 20A dalam SPM diangkat dan dijulang sebagai permata negara. Does she really that "wisdom" to honor all the praises? Ada yang berpendapat, ya. Ada yang berpendapat tidak. Student 20A, 21A, 22A, semua exam-oriented punya hasil. Student akan pulun habis-habisan, mak ayah hantar tuition, subscribe to Score A punya program yang memakan ratusan ringgit.

Adakah student tersebut akan perform dalam kerja nanti? Mungkin tak payah sampai waktu kerja. Adakah student tersebut akan perform di peringkat degree? Masters? PhD?

Sebut pasal exam-oriented, satu pemandangan biasa di kolej aku ialah, student akan bermatian buat nota, sebelum final exam masing-masing bawak nota menghafal semua perkara kalau boleh untuk dihafal. Lepas exam? Nota bersepah, diterbang angin, the worse, nota yang mengandungi ayat al-Quran pun dibiarkan. Aku rasa kalau makcik cleaner kat kolej aku ni rajin, kutip sampah tu, study, makcik tu pun dapat score dalam program diploma.

So, what say you? Exams? No exams?

Waktu Malaysia dikecohkan dengan isu keperluan untuk mengurangkan exam-oriented, aku sempat bersembang dengan wakil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia dan aku ajukan isu ini. Tanya beliau, "sekiranya kita tak ada peperiksaan, apa kaedah kita nak menilai pelajar-pelajar "kita"?"

Nah, apa kaedah untuk kita nilai?

Kebanyakan hujah untuk memansuhkan exam-oriented telah mengambil amalan daripada negara US, UK, Australia, New Zealand. Mereka telah lama takde exam-oriented untuk menilai performance student. Betul ke? Aku pun tak tau sebab aku tak pernah pegi oversea, muahahahaha!!!

My 2 cents:

a) Berkenaan dengan pendapat wakil Lembaga Peperiksaan Malaysia. Betul!! Aku setuju. Kita sudah bersedia ke dengan mekanisme menilai student kita bagi menggantikan exam? Berapa ramai lagi school drop-out dalam negara kita? Mentally, student kita dah bersedia ke? Cikgu macamana? Ibubapa macamana? Laluan ke peringkat matrikulasi, ijazah dah bersedia? Sistem pra-sekolah kita? Tadika kita? Sistem meritokrasi ke peringkat degree pun menyenakkan pelajar Bumi untuk bersaing sebaik mungkin dengan bangsa lain.

The point is, bagi aku, mentally, Malaysians are not prepared for this kind of reformation. Jangan dibandingkan dengan Australia, Jepun, UK, rakyat Malaysia masih potong queue kat junction, masih meludah merata-rata, masih buang sampah merata-rata. Budak kecik disuap dengan cerita hantu, ustaz bertugas hanya penghalau hantu dan jin, remaja terperangkap dengan hedonisme! So, we are not ready!!!

b) Bagus ke tiada exam-oriented? Aku hidup dalam dunia exam. Masa kecik sampai besar exam. Sekarang pun buat exam untuk student aku. Exam covers the learning outcomes yang ditetapkan untuk program aku. Exam jugak trains students to be punctual, ethically answering what should be answered. So, without exam, macamana aku menilai learning outcomes? Sahsiah? Etika?

Boleh! Aku boleh buat. Buat macam MLVK, terampil or tak terampil. Selagi tak puas hati, student akan setelkan semua assignment yang aku nak. No final exams!! Just hands-on assignments. Selagi aku tak puas hati, ko tak boleh grad!

Tapi, bagus ke? Aku tak tau. Macam aku cakap, aku hidup dalam dunia exam.

Last but not least, pendapat aku ialah mindset kita kena berubah. Both ada pros and cons. Selagi mentaliti rakyat Malaysia tak diubah, selagi itu kita takut kepada perubahan.

sekadar gambar hiasan
For those who have had experiences with overseas' learning structure, please share..

2 comments:

  1. kat australia rasanya masih ada exam, especially engineering. Kalau engineering takde exam takut2 nanti buat rumah roboh pulak hahah

    ReplyDelete