Sunday, June 5, 2011

Dari mana korang tau adanya band tu PART 1

Post yang agak kurang ada isi.
Sesuai untuk mengisi kekosongan perasaan sendiri (sebab sen takde nak beli amorphis baru, kena tunggu bulan depan.. arghhh!!!)

Aku rasa, zaman myspace, fb, twitter and so on and so forth, the thrill to discover new bands is lesser, hassle-free, semua di hujung jari. Bukak satu myspace, dah ada link friends untuk kita lawati/discover band-band lain.

Macamana pada tahun 80-an? Early 90-an?

Aku punya pengalaman discovery..

a) Dari abang. Abang aku sekolah SDAR, Seremban. Lebih expose kepada scene metal sebab Seremban-KL lebih dekat. Time dia cuti, dia la yang perkenalkan aku pada Metallica, Slayer, Death Angel, Wild Dogs, Helloween, macam-macam lagi. Aku di Kuantan, agak kurang terdedah kerana kedai kaset yang kurang, dan purchasing power yang terhad.

b) Dari kawan. Masa sekolah rendah, aku naik bas pegi sekolah. Dalam bas, ramai budak sekolah menengah yang already exposed. Dari diorang aku discover band-band dan aku kirim duit kat diorang tolong beli kaset (aku takleh pegi bandar sorang-sorang, maklum la, tak mumaiyiz lagi).

c) Dari majalah. Bukan Metal Hammer, Bukan Metal Maniac. Bukan jugak RIP or Hit Parader. Dari majalah Ujang (melalui kartunis Li dan kartun Manjalong, aku discover banyak artwork death metal yang menarik perhatian. Antaranya: Death Leprosy:1988, Sacred Reich Surf Nicaragua:1988, dan banyak lagi) dan majalah Gelihati (of course through lukisan Gayour, bersama banyak cartoonmentary, word aku create sendiri, yang cerita tentang muzik rock/metal)

Itu antara source aku dulu. Tapi jika disusur semula sejarah dan kenangan itu, memang satu perkara yang aku tak boleh nak lupakan...

No comments:

Post a Comment