Saturday, June 25, 2011

Kuantan oh Kuantan Part I..

Kuantan, the capital city of Pahang.

Located facing the South China Sea, saya rasa kehidupan saya di Kuantan agak nyaman.
Of course, ada simple hiccups in terms of development affected by political decisions, tapi saya bukanlah orang yang sesuai untuk elaborate perkara tu.

Kehidupan metal saya di Kuantan, antara perkara yang ingin dikongsi bersama..

Kuantan, bukanlah satu persada yang boleh dibanggakan dalam menghasilkan band rock/metal tempatan.

Tak banyak band/zine yang wujud dari mula saya kenal metal. Antara yang dianggap legend di Kuantan ialah Slap Death dan Brutalator. Itu era hujung 80an dan awal 90an. Bukan seperti Ipoh dan JB, banyak menghasilkan band rock dan metal yang berjaya kekal lama. Dr. Ben dan Encik Berteromber lebih arif, malahan saya rasakan kebanyakan peminat muzik keras di Malaysia turut bersetuju. Paling jauh pun kumpulan rock yang berjaya ialah Massa Scarecrow dengan lagu "Patahnya Sayap Malam". Tupun lagu tu aje yang diterima oleh masyarakat kita.

Kompleks Teruntum. The legend...

Di awal 90an, elemen thrash metal telah berkembang dengan pesat di Kuantan. Portnya tak lain tak bukan, Kompleks Teruntum. Waktu itu, memang tiada tempat lain untuk show off, Kompleks Teruntumlah satu-satunya tempat melepak. Tahun 89 dan 90, menular satu trend dari entah siapa, iaitu memakai pakaian hitam dengan logo band-band thrash metal, dan semuanya DIY. Pernah saya lihat tshirt Mortal Sin dengan "T"nya dipendekkan agar tidak menyerupai salib. Kiranya masih ada kesedaran dengan sensitiviti keagamaan pada waktu itu, dibandingkan dengan remaja yang memakai pakaian "Budweiser" atau "Jack Daniels", tanpa menyedari mereka membantu dalam pemasaran sesuatu yang haram.

Berbalik kepada asal-usul saya di Kuantan. Saya memang dilahirkan di Kuantan. Sebenarnya pada waktu itu, abah saya bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Menengah Ahmad, Pekan. Pekan sebenarnya bandar asal-usul kami. Abah saya daripada Kg. Ganchong, Pekan. Mak pula? Asalnya daripada Cina Singapura yang terlalu menginginkan anak lelaki, tetapi diterima anak perempuan. Menurut ceritanya, masyarakat Cina merasakan "suwey" untuk memiliki anak perempuan semata-mata. Lalu mak pun diberi kepada seorang guru di Endau, Rompin (masih dalam jajahan takluk Pahang), yang akhirnya turut terdampar di Kg. Ganchong, Pekan. Jadinya, Kg. Ganchong adalah titik tolak kepada kehidupan kami sekeluarga.

Kami berpindah mengikut kepada kenaikan pangkat abah, daripada Guru Besar di SM Ahmad, kepada Pegawai Pendidikan Daerah Raub, akhirnya sebagai Ketua Penolong Pengarah (Unit Kurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (sekarang Jabatan Pelajaran Negeri).

Saya cuma berpeluang untuk keluar dari Kuantan bila memasuki SMK(A) TAHAP, Jerantut pada tahun 1989. Masih lagi dalam negeri Pahang, berbanding abang saya yang menyertai SDAR Seremban untuk meneruskan pengajian Tingkatan 1 pada tahun 1987. Di situ, saya banyak didedahkan dengan situasi metal sebenar, akan diceritakan kemudian.

Tahun 1992, saya telah berjaya meninggalkan Pahang bila menyertai MRSM Jasin, Melaka. Agak bebas dibandingkan di Pahang kerana rata-rata guru besar di Pahang mengenali abah, dan menghadkan kenakalan saya jika berada di sekolah dalam negeri Pahang. Saya juga pernah menyertai Sekolah Menengah Sains Sulltan Ahmad Shah (SEMSAS) selama sebulan dalam Tingkatan 4 sebelum menyertai MRSM Jasin.

Kenapa saya ingin menceritakan segala hal yang tiada kena-mengena dengan anda semua, dengan menggunakan bahasa yang standard?

Kerana pertama kali sepanjang kehidupan saya di Kuantan, saya menjumpai satu kedai yang sangat menarik perhatian saya sewaktu menunggu kelahiran puteri ke-4 kami... (bersambung...)

2 comments:

  1. Kenapa saya ingin menceritakan segala hal yang tiada kena-mengena dengan anda semua, dengan menggunakan bahasa yang standard?

    Kerana pertama kali sepanjang kehidupan saya di Kuantan, saya menjumpai satu kedai yang sangat menarik perhatian saya sewaktu menunggu kelahiran puteri ke-4 kami... (bersambung...)

    - bila nak jawab ni?

    ReplyDelete
  2. Hijrah masa demo a pilgrimage to nowhere berasal dari Kuantan kan?

    jarang betul aku jumpa anak cikgu beso jadi mat rock...hahaha...

    ReplyDelete