Saturday, June 25, 2011

Kuantan oh Kuantan Part II

Walaupun Kuantan tidak dapat melahirkan band metal yang komited dan continuous, saya masih berasa bangga dengan pencapaian band seperti Tasyim, Anguish, Brutalator. Tasyim pernah bermain di negeri luar Pahang, jangka hayat panjang, tetapi masalah komitmen menghancurkan semua. Anguish, pernah bersama Ephemeral untuk perform di Singapura. Brutalator? Pencapaiannya tidaklah setinggi Tasyim dan Anguish kerana peluang pada waktu itu agak kurang untuk bermain di gig.

Sepemerhatian saya juga, scene Kuantan banyak "dirosakkan" oleh anasir-anasir negatif yang telah dilalui oleh kebanyakan remaja. Saya kira, mungkin bermain perempuan kurang dikaitkan pada golongan metal Kuantan satu ketika dulu. Sebabnya mudah, gadis mana yang terpikat dengan mamat berambut panjang, pakaian hitam mengerikan, muka ganas, perawakan diri yang sinonim dengan "thrash". Awek ketika itu lebih cenderung untuk mengikut jejak langkah golongan GQ, yup, seluar kaler oren, siap ada buckle. Kasut legen. Rambut slope kiri kanan. Ada step menari ala 4U2C, Nico.

Bagi saya, alhamdulillah, saya diajar untuk menjauhi semua itu, walaupun rakan sekelilling dalam kelompok metal mempunyai masalah.

Ramai juga rakan-rakan yang beralih arah menyertai jemaah tabligh, malahan menjadi hafiz pun ada. Ada yang istiqamah sehingga kini, ada yang separuh jalan dan kembali ke jalan sesat. Tidaklah saya ingin menceritakan segalanya.

Berbalik kepada punca untuk mendapatkan rilisan metal di Kuantan. Kompleks Teruntum mempunyai 3 kedai kaset di bawah nama Exceed Music. Bayangkan dalam kompleks tersebut, syarikat ini sahaja mempunyai 3 kedai, semua terletak di floor yang sama, meskipun berasingan lot. Exceed pada ketika itu dianggap sebagai pembekal kaset-kaset thrash dan death metal, semua di antara kami menunggu setiap hari (bagi yang tiada pekerjaan/tak sambung belajar) dan tanpa segan silu menayangkan muka di kedai tersebut untuk melihat sekiranya ada kaset baru. Tak kurang juga untuk membeli.

Taktik kami biasa, test minimum 3 kaset, belinya 1. Tujuan? Supaya rakan lain yang berkemampuan boleh membeli kaset yang lain, di hari yang lain (sebab dia pun akan test 3 kaset lain). Begitulah kerjasama antara kami. Dan yang penting, dah beli, kami pinjam untuk dubb. Senang dengan wujudnya high-speed dubbing technology. Pinjam sejam pun sempat. Tapi tak best kalau nak beli blank tape, sama ada 60 minit atau 90 minit, Sony atau TDK (biasanya Sony sebab lebih murah berbanding TDK) sebab, kadang-kadang nak kena setkan dubbing supaya seboleh mungkin menepati seperti kaset asal. Kalau ada cut, iaitu lagu yang tak sempat nak habis di hujung Side A, maka susah nak start balik lagu tadi untuk dubb dalam Side B. Kalau player ada AMS Blank Skip, senang. Kita rewind, dan player akan stop betul-betul di awal (atau di akhir sekiranya forward) sesuatu track.

Maklumlah, kalau dengar death metal, mana kita nak cam riff satu track di tengah-tengah lagu, kecuali kalau dah dengar lama dan banyak kali.

Perkenalan saya (dan penglibatan aktif melepak di Kompleks Teruntum) dengan rakan-rakan metal underground Kuantan agak unik, tapi mungkin anda pernah mengalaminya.

Saya mula mengenali fanzine (Vortex From The East) melalui seorang brader kerja kedai gambar di Kompleks Teruntum. Tak silap saya beliau melihat saya memakai tshirt Nuclear Assault embossed iron-on self-made oleh kedai tempatan, dan bertanyakan sama ada saya ingin membeli fanzine VFTE. Saya kata ok, esok dia suruh saya datang.

Keesokan harinya saya datang, dan dia menjual kepada saya pada harga RM3. Saya rasa, mungkin ditipu juga pada waktu itu, sebab ternyata dia fotostat kat kedai sendiri, dan fanzinenya berbentuk A4 landscape. VFTE dihasilkan dalam bentuk 2-folded A4. Tapi pada waktu itu, ramai yang tidak mengira soal legit atau tidak sebab semua fanzine memang fotostat.

Perkenalan dengan rakan metal underground Kuantan akan menyusul kemudian
Begitu juga dengan kedai yang dijumpai.. (bersambung...)

6 comments:

  1. best best... teruskan... nanti sure masuk bab bagaimana Langsuyr mempengaruhi kehidupan saya hahah

    ReplyDelete
  2. ini prequel kepada post My Part of Discovery: Langsuyr. Hahaha...

    ReplyDelete
  3. "Awek ketika itu lebih cenderung untuk mengikut jejak langkah golongan GQ, yup, seluar kaler oren, siap ada buckle. Kasut legen. Rambut slope kiri kanan. Ada step menari ala 4U2C, Nico."

    - tu jam bebudak diskang...mat Bros...memang senang dapat awek....jeles beb...hahahaha...teringat kisah aku berdating...awek tu sound...lain kali awak jangan pakai baju camni eh...merujuk kepada tshirt Carcass Symphonies of sickness yg aku pakai...heheh..

    ReplyDelete
  4. hehe. kira post aku ni boleh digeneralisasikan jugak la ye. bukan aku sorang mengalaminya..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. saya pn sempat dgn zine VFTE tu.masa tu msih dlm form 4..first gig saya pegi masa tahun 1994.yg beraksi dipentas masa tu yg saya ingt, nebiras, as-sahar n ........ .(lupe heheheh).di penang..bile baca post ni teringat memori lama berebut2 baca zine VFTE n Metal terus(bro Ben).zaman tu nk dpt info psl gig pn ssh.arap flyers je...hahaha..memori btul

    ReplyDelete