Sunday, June 26, 2011

Kuantan oh Kuantan Part III

Lepas saya didedahkan dengan fanzine VFTE, saya masih belum melibatkan diri dengan scene underground Kuantan. Kebanyakan pendedahan saya dapat, selain daripada abang yang belajar di SDAR, ialah melalui rakan-rakan di SMK(A) TAHAP. Sebelum itu, mainstream memang dah ramai orang layan. Metallica, Megadeth, Anthrax, King Diamond, Sodom, Metallica, dah tetapi belum ramai orang sekeliling saya yang saya kenal betul-betul hardcore peminat metal keras.

Pernah satu ketika, di asrama sekolah tersebut, diadakan gotong-royong. Aktiviti wajib pada setiap hari Sabtu pagi, sebelum kami dibenarkan bergilir keluar ke bandar Jerantut. Giliran adalah mengikut jantina, kalau minggu ini perempuan, maka lelaki dilarang sama sekali keluar ke bandar, hatta balik kampung.

Pada waktu itu, antara kerja yang biasa diagihkan mengikut group daripada Form 1 hingga Form 5 (bercampur, tapi biasanya Form 1 la yang kena kerja keras) adalah surau (kawasan, dalam surau, tandas surau), toilet (arggghhh, paling tension kalau group saya kena. Tak sanggup sental kotoran kekuningan yang memang takkan hilang walaupun dibasuh dengan klorox), kaki lima, dewan makan, dan banyak lagi. Masih saya teringat senior saya yang ditugaskan membersihkan surau dengan selambanya menggunakan peralatan audio surau untuk memasang kaset Anthrax "State of Euphoria".

Pada waktu itu, saya telah memiliki kaset Anthrax tersebut (dibeli pada harga RM10, kaset dubb daripada LP dari sebuah kedai di Campbell, bukan Victoria). Bila saya mendengar lagu "Be All, End All", saya bertanya pada diri sendiri, ada ke pelajar sekolah ni layan Anthrax?

Sembang punya sembang, ternyata ada beberapa orang senior setahun dua atas saya yang memang layan thrash metal. Waktu itu, dengan decentnya saya cuba merapati mereka untuk melihat apa lagi minat mereka. Tetapi tak jauh dari thrash, Metallica, Testament, Anthrax.

Pada saya di Tingkatan 2, barulah seorang senior saya, Razin Ibrahim namanya (smart orangnya, tidah tahu ke mana dia sekarang), memperkenalkan saya kehidupan underground. Diperkenalkan saya dengan budak Jerantut bernama Judd yang mempunyai band bernama "Mausoloum", dan Judd ini juga menghasilkan satu fanzine main-main bernama "Undertaker". Fanzine ini dijual kepada rakan-rakan saja nampak gayanya sebab ianya dihasilkan dalam Bahasa Melayu dan interview semuanya dengan band-band besar yang dialihbahasa. Saya kira, ianya diceduk dari mana-mana magazine.

Daripada Razin jugalah saya mengenali dan meminati DISHARMONIC ORCHESTRA, mungkin antara band pertama yang saya betul-betul syok.

Maka dari situlah, saya berjinak-jinak dengan zine, flyers, dan berhubungan dengan rakan-rakan underground lain di Malaysia. Juga saya telah mendapat flyer seorang rakan Kuantan, Azril (dulu dikenali sebagai Kerry Brutal Schizo, satu gelaran nama yang sangat kelakar kalau difikirkan sekarang, tetapi dulu ianya perkara biasa).

Saya menghubungi Azril melalui surat daripada Jerantut. Dulu tiada internet, handphone dan sebagainya. Saya berpesan, sekiranya jumpa saya di Kompleks Teruntum, memakai sama ada baju Nuclear Assault, atau Testament, atau Malevolent Creation, tegurlah saya.

Dan pada satu ketika, saya pulang ke kampung dan berjalan seorang diri di Kompleks Teruntum, beliau telah menyapa saya. Dan daripada beliaulah, saya mengenali rakan-rakan Kuantan lain yang meminati muzik keras ini.

Oh ya, Azril baru mendapat anak ke-2 beliau ada pagi tadi. 26/6/2011. Perangai? Masih sama macam dulu.

(bersambung...)

3 comments:

  1. Tampak dr.ben beria benar menyebabkan timbul rs segan utk menulis dah..haha

    ReplyDelete