Wednesday, June 22, 2011

Sekat muat turun muzik percuma

A copy-and-paste effort:

SKMM diminta bertindak tegas demi masa depan pengkarya

PENGGIAT industri hiburan yang terdiri daripada pemuzik dan penyanyi meminta kerajaan memandang serius masalah muat turun percuma yang berleluasa di internet. Jika masalah itu tidak dibendung, industri muzik akan berdepan zaman kehancuran tidak lama lagi.

Kebimbangan itu diluahkan beberapa artis dan pemuzik tanah air pada sidang media anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) yang menyokong tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 10 laman web dipercayai menawarkan khidmat muat turun kandungan kreatif secara haram. 


Mereka meminta kerajaan tidak melonggarkan keputusan yang sudah dibuat demi menjaga masa depan industri yang kian malap. Luah mereka lagi, sepatutnya lebih banyak laman web yang menawarkan muat turun lagu secara haram ini ditutup kerana penggiat industri kini tidak boleh cari makan. 

Mereka berkata, kehidupan pemuzik dan artis kelihatan glamor tetapi sebenarnya hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kesan daripada muat turun haram. Jika keadaan ini terus berlarutan, lebih parah lagi mereka berkemungkinan tidak mampu untuk menyara hidup keluarga.

Read more at: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekatmuatturunmuzikpercuma/Article


Ok, teringat pada zaman Battle of the Bands tahun 1986 dengan lagu "Hapuskan Lanun Cetak Rompak". I mean this thing happened with expansion of technologies. With dual deck cassette, kita boleh dubb kaset dengan mudah. Ingat tak? Mesti korang pun penah dubb kaset kan? Sekarang dengan teknologi P2P, segala benda menjadi semudah-mudahnya.

So, how can we stop the illegal or piracy in music?


Sebagai seorang bukan artis (hahahaha) dan usual pengguna, pendapat aku simple.


Lower the price of original CD WITHOUT kurangkan aspek lain. Sekarang kita boleh jumpa CD tagged "Malaysian Edition", harga dalam RM20 lebih or RM30 lebih, tapi tinjau dari atas casing tu, nampak la inlay tu sekeping, bukan booklet dah bangggg!! Sekeping tu!! Apa kejadah sekeping. Kalau kita baca yang beria menentang piracy, illegal downloads terdiri daripada artis, bukan syarikat rakaman. Kenapa? Sebab syarikat rakaman, or distributor yang menjahanamkan artis tempatan, bukan piracy sangat, bukan illegal downloads. SKMM block megaupload ke, piratebay ke, pengguna akan dapat access jugak.


So, syarikat rakaman dan pengedar mesti tau apa yang pengguna nak bila beli satu cd tu. Orang tak beli just untuk dengar. CD ada sentimental value. Pendengar nak hayati lirik, tengok gambar pada booklet, simpan booklet baik-baik. Bukan macam Metallica "Death Magnetic" versi standard Malaysia, bukak-bukak mak aih sekeping je gambar band boy. Suck man!! IT REALLY SUCKS!!!!!


Semua orang dah tau kos untuk pressing CD, so jangan nak tipu untuk mahalkan harga sebab pressing mahal. Teknologi recording pun bertambah baik, so, jangan nak kata kos recording berjuta-juta menyebabkan CD jual mahal. Syarikat rakaman kena fikir la pasal dollars and cents without having to sacrifice the artists themselves. Alih-alih jadi macam Handy Black, press and distribute CD sendiri ke kedai-kedai. Mak aii, satu kerja la pulak.


Contohi Jepun, Japanese pressing bertujuan untuk meningkatkan industri tempatan, menggalakkan rakyat tempatan untuk membeli barangan buatan tempatan. CD akan dilengkapi dengan OBI strip (walaupun takde guna sangat sebab tak faham), ada bonus unreleased tracks. Jual kat luar negara, jadi lebih mahal sebab value ada. Bayangkan jual "Malaysian Edition" dalam ebay, aku penah try woooo, susahnya nak terjual. Sebab? Kita takde strong brand internationally. Tak kira kalau band kita sign dengan Earache or Nuclear Blast pun, orang akan dapatkan pressing luar negara instead of kalau SRC dapat licensed untuk local pressing.


Segala view, tohmahan aku ni based on my lack of interest in buying local pressing CDs, only some are really good, most of them pressed as a cough at stairs (melepaskan batuk di tangga). Segala view juga berdasarkan perception as a consumer, not as a band member or artists (hahahaha again!).. 

So, damn you yang jual CD mahal-mahal tapi inlay sekepingggg!!! DAMN YOUUU!!!

4 comments:

  1. setuju!!! Vote Hafiz for Kuantan MP!!

    gua bayar streamyx mahal2...tapi x leh dload..wtf!!!!!

    ReplyDelete
  2. Bukan macam Metallica "Death Magnetic" versi standard Malaysia, bukak-bukak mak aih sekeping je gambar band boy

    hahahaha! aku ingatkan aku sorang je yg menyampah

    ReplyDelete
  3. bagaimana pula yang underground rilis? Menyebabkan piracy berleluasa juga ke?

    ReplyDelete
  4. underground.. nama pun underground dr..
    pada hemat saya (nada bila bercakap dgn org yang maqam lebih tinggi), kena differentiate between underground dgn mainstream. underground, you cannot aim for profits, once you are becoming mainstream, then it'll be profit oriented.

    underground releases should ENCOURAGE spreading the music to gain platform in the industry.. haha..

    ReplyDelete