Thursday, July 7, 2011

Isu Lynas di Kuantan, Pahang

Agak kesuntukan masa sekarang ni untuk saya menulis.

Baru-baru ini, dicetuskan oleh Dr. Ben, yang menanyakan tentang isu Lynas.

Elok juga saya jelaskan pengalaman saya berkenaan dengan isu ini DALAM KONTEKS PEMAHAMAN SAYA YANG TERHAD SAHAJA. Perlu diingatkan bahawa isu ini telah menjadi isu politik, bukan isu persekitaran semata-mata. Dan apabila telah dipolitikkan dan dijadikan agenda oleh parti politik tertentu, maka saya rasa lebih selamat jika saya menghuraikan seminimum mungkin.

Anda boleh google untuk dapatkan bacaan berkenaan isu Lynas daripada banyak sumber lain, tetapi autentik ataupun tidak, ianya tetap menawarkan risiko kepada pembaca, risiko yang menentukan persepsi masing-masing, dan persepsi ini, sekiranya ditokok tambah dengan agenda politik, ia lebih menghasilkan reaksi negatif.

Jadi, seeloknya, kita bersihkan hati dan minda sebelum membaca sumber lain berkenaan dengan Lynas.

Lynas, pertama kali saya mendengar nama tersebut daripada seorang rakan yang turut bekerja di sebuah kilang milik Jepun di Gebeng, Kuantan. Memang rakan ini teman setia dari sekolah dahulu, Kutek nama panggilan manjanya. Pertama kali mendengar perkataan tersebut, saya jangkakan ejaan nama syarikat tersebut ialah "Lynase".

Sekiranya ada rakan-rakan yang bekerja di kawasan perindustrian Gebeng, sememangnya mereka telah mengetahui dengan lebih lanjut isu ini. Sudah lama ditimbulkan. Seingat saya, kami bercerita tentang Lynas di kedai kopi pada waktu melepak kami dalam 4 tahun lepas.

Kata rakan pada waktu itu, ada sebuah kilang yang akan dibuka di Gebeng, Australian company. Syarikat ini dikatakan dah puas memohon untuk dibuka kilang bagi memproses "sesuatu" di negara China, Vietnam, tetapi semuanya ditolak. Mohon kepada Malaysia, diterima, dan diletakkan pula di negeri Pahang. Dalam 14 negeri, Pahang juga dipilih.

Pada waktu itu, memproses "sesuatu" itu tidaklah saya fahami. Dan rakan saya juga tidak betul faham walaupun beliau bekerja dalam industri chemical. Yang nyatanya, kata beliau, proses tersebut akan menghasilkan sisa yang berbahaya, sebab tu syarikat tersebut tidak buat di Australia. Penjajah, mereka akan cari negara kelas ketiga, negara sedang membangun, untuk dicemarkan.

Begitulah cerita awal. Reaksi saya pada waktu itu? Marah! Sememangnya marah! Manakan tidak, sisa radioaktif ditinggalkan di negeri Pahang (rules!!!).

Tetapi masa silih berganti. Rakan saya telah berhenti kerja, dapat kerja di Arab Saudi selama 3 bulan, balik Kuantan, menganggur tiga bulan, kahwin, dan sehingga sekarang telah mendapat anak. Tiada lagi isu Lynas sepanjang tempoh itu. Andaian saya, kilang tersebut tidak jadi dibina akibat desakan masyarakat.

Saya masih tertanya juga dalam tahun 2010 kerana adik saya mendapat interview untuk bekerja di Lynas dalam bidang HR. Tapi adik saya menolak tawaran tersebut (opis cuma ada 2 orang, tak sanggup menghadapi kebosanan begitu).

Jadi, sekarang isu ini telah hangat menjadi debat ahli politik kampungan/ kedai kopi. Saya tidak berani untuk menjelaskan dengan lebih lanjut, bukan kerana saya berpihak kepada mana-mana parti.

Pendapat saya? Anda pernah mendengar konsep utilitarian dalam ilmu etika? Greatest good for the greatest number of people? Sekiranya betul kajian telah dibuat dan menunjukkan tiada risiko kilang tersebut, dan ianya berupaya menjanakan pendapatan kepada negara, peluang pekerjaan kepada masyarakat, maka silakanlah. Bukan satu, tetapi 10 kilang sekalipun saya akan bersetuju.

Masalahnya, apa berlaku sekiranya apa yang diwar-warkan kebaikan dan jaminan keselamatan kilang ini tidak betul? Siapa akan bertanggungjawab? Saya pernah terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa pemprosesan produk Lynas ini memang selamat. Apa yang tidak selamat ialah by-product daripada proses yang dijalankan. Jadi,kajian terhadap keselamatan kilang, memang la selamat sebab kilang masih belum beroperasi, tiada lagi produk sampingan yang dilepaskan.

Maka, sekiranya benar ia berbahaya, apa akan berlaku pada anak cucu Pahang kelak?

Sudah panjang tulisan saya. Konklusi saya bergantung kepada anda yang membaca. Seperti yang saya katakan, saya tidak menulis berdasarkan mana-mana political standpoint, tetapi lebih kepada pengetahuan saya yang terhad.

5 comments:

  1. mengikut survey... penduduk yang ramai membangkang kan (tanpa ideologi politik)?

    ReplyDelete
  2. lupa untuk dimasukkan. sekarang ni kalau pegi bandar kuantan memang akan ada orang yg pakai tshirt yang direka against Lynas. Ironically, so far aku jumpa hanya geng non-Malay yang pakai tshirt. nak best lagi, baru2 ni pikom pcfair di berjaya megamall, semua company rep yg terlibat di booth pakai tshirt yg sama, against lynas, stop radiation, something like that.

    survey, aku tak pasti ada dijalankan ke tidak. nak percaya pada berita arus perdana atau tak. tapi rasanya ramai yg tak berkenan kot. to conclude, rakan2 persekitaran aku memang ada on both sides, dan rata2nya based on political ideology... hmm..

    ReplyDelete
  3. isu lynas ni memang dah jadi isu politik..tu yang jadi problemnya...bila dah terpolitik...orang akan based on political ideologynya...bukan lagi apa isunya...mungkin rakyat malaysia ni masih tak matang dalam ideologi politik mereka...kalau boss kata A...tak kira apa pun isunya...secara butanya semua pun mesti sokong A...the party is always right..

    personally...aku memang bangkang...tak kira la kalau aku PAS ker Umno ker....

    ReplyDelete
  4. "Kutek nama panggilan manjanya" - hahaha

    ReplyDelete