Sunday, August 21, 2011

Kuantan oh Kuantan Part IV

Menyambung sedikit post yang dah lama terbengkalai..

Disebabkan masa yg amat terhad, biar saya jelaskan terus tujuan post ini, kira anti-climax terus.

Dalam masa saya menunggu kelahiran anak bongsu baru-baru ini, saya turun berjalan-jalan sekitar Pusat Rawatan Keluarga MUIP, maka terjumpalah sebuah kedai bundle yang bernama "Maiden Bundle".

Sesungguhnya, ini pertama kali saya melihat sebuah kedai dedicated kepada metal di Kuantan. Sudah lama saya ingin melihat perkembangan komersil metal di bandar Kuantan tetapi tidak lari daripada jualan CD-R demo band masing-masing di studio jamming.

Walaupun Maiden Bundle namanya, diusahakan oleh seorang kakitangan awam yang berusia 50-an dan peminat fanatik Iron Maiden, kebanyakan barangan yang dijual hanyalah tshirt bundle biasa, bukan band. Tshirt Maiden banyak, ingin saya ambil gambar satu per satu untuk dimuatkan dalam blog ini tetapi masa tidak mengizinkan. Tetapi semua tshirt hanya untuk display.

Saya membuat kesimpulan: kakitangan kerajaan, peminat dan pengumpul Maiden, buka kedai Maiden Bundle. Bukanlah satu perniagaan yang serius. Apatah lagi untuk menjual koleksi tshirt Maiden daripada tahun 1980-an dalam keadaan mint. Sangat mustahil..

Tapi, satu usaha yang menarik daripada abang Ariff. Up The Irons!!

3 comments:

  1. fulamak... ni kalau IRON MAIDEN nampak ni sure jadi photo collage depa for next album ;)

    ReplyDelete
  2. wow...kat area belah mana ni...kalau sesat2 ke Kuantan teringin jugak nak menyingah...

    ReplyDelete
  3. kalau tau PRK MUIP, kedai ni betul2 di bangunan belakang. tu yg push aku start post pasal Kuantan, rupanya aku pun baru discover. haha..

    ReplyDelete