Monday, August 22, 2011

Magika The Movie (KRU Studio)

Seingat saya pada waktu awal KRU dikomersialkan di awal 90-an, underground scene pun mula berkembang, dan antara geng metal dan rap adalah sesuatu yang tiada sehaluan. Saya masih ingat bagaimana saya melipat kaki seluar jeans ketika keluar ke bandar pun dikutuk oleh rakan-rakan kerana seolah-olah mengikut trend GQ (seluar oren/striking, berbuckle, kasut lagoon, atau entah apa nama formalnya). Teringat juga saya, fesyen tersebut mula diperkenalkan, kalau tak silap, oleh Zainal Abidin melalui album "Hijau"nya.

Bukannya saya ingin mengisahkan tentang fesyen.

Malam tadi selepas selesai terawih, saya bersama anak ke-3 menonton Astro Citra yang menayangkan Magika keluaran KRU Studio, tak silap saya tahun 2010. Memang telah saya dengar lama mengenai cerita ini. Nak tengok mudah saja, cari saja dalam mediafire nescaya ada.

Tapi saya tidak pernah tergerak hati untuk menontonnya. Malam ini, di samping melipat kain baju, tak sangka saya akan menonton sehingga tamat.

Apa yang menarik perhatian saya ialah lagu-lagu di dalam album ini, hampir kesemuanya enak didengar. Pilihan utama saya, semestinya dalam scene Mawi bergaduh dengan Ziana Zain, diiringi lagu "Siapa Lebih Berkuasa" (kalau tak silap).

Bagi saya, lagu ini mirip kepada genre power/heavy metal yang catchy dan easy listening. Saya lihat, isteri saya pun agak setuju dengan kehebatan lagu yang dicipta oleh Edry KRU ini. Genre ini masih menjadi halwa telinga saya, walaupun saya sudah berpatah arang dengan raja power metal di hati saya iaitu STRATOVARIUS. Didengari lagi track ini, mengingatkan saya kepada band seperti STRATOVARIUS, atau AVANTASIA. Tapi itu hanya pendapat saya yang dangkal sahaja..

Mungkin anda ada pendapat sendiri..

3 comments:

  1. ni pop metal namanya. Suara Ziana Zain kadang ada macam King Diamond hahaha

    ReplyDelete
  2. kalau tak pasal ko zaman2 trade cdr dulu...takder la aku nak terpengaruh sangat nak dengo Stratovarius,Avantasia,Sonata Arctica,Angra tu semua...

    tapi walaucamnopun...NICO > KRU ....heheh...

    ReplyDelete
  3. haha.. ada impak jugak cdr-trading kita.. aku pun terus layan dokken, ratt..

    ReplyDelete