Friday, August 12, 2011

Review: ANATHEMA "A NATURAL DISASTER" CD 2003

Anathema
A Natural Disaster CD 2003
Music For Nations

Umum mengetahui, Anathema asalnya daripada genre death/doom, dan antara yang terawal di kalangan band British yang berpindah kepada genre alternative rock. Baiklah, My Dying Bride mungkin tidak sesuai untuk dikatakan alternative rock, MDB masih mengekalkan elemen "darkside" dalam muzik dan vokal yang boleh meremangkan bulu tengkuk budak kecil. Imej mereka pun masih kehitaman. Paradise Lost? Bolehlah dikatakan sedikit elemen rock, ditambah dengan imej bersih Nick Holmes, Aaron dan Gregor.



Tapi bagi saya Anathema lain dan cukup istimewa. Perubahan mereka ke arah muzik yang melengkapi lanskap penuh dengan elemen kebungaan, cinta dan jiwang. Mungkin saya terlebih menilai, ditambah dengan lirik yang berbaur kesedihan, keseorangan dan cinta itu sendiri. Namun begitu, mendengar Anathema di abad ke-21 berbeza dengan MDB atau Paradise Lost.

Album "A Natural Disaster" bukanlah yang terkini, dan bagi saya bukanlah yang depresif dan terbaik daripada mereka. "We're Here Because We're Here" lebih menarik perhatian saya berbanding yang ini. Walau bagaimanapun, Anathema tetap Anathema, dan keseluruhan album ini memberi kesimpulan bahawa Anathema berada pada landasan yang kukuh dan kemungkinan untuk mengubah ke landasan genre lain adalah mustahil.

Bagi saya, di samping lirik yang amat puitis, tune yang menarik perhatian adalah seperti "A Natural Disaster" dan "Electricity". Elemen melankolik dan depresif, vokal bersih tanpa growl dan penggunaan vokal wanita membuatkan kita terbuai dengan ayunan lembut daripada band yang pernah satu masa terkenal dengan doom metal dengan muzik garau.




Anathema memang sepatutnya berada sejajar dengan band prog rock lain, saya memberi gambaran seperti Porcupine Tree dan In The Woods (bukan dalam album pertama). Saya merasakan Anathema terlalu "mellow" tetapi dalam bentuk yang boleh menarik perhatian. Kekalkan Anathema!!!

1 comment:

  1. ramat mat Metal tak dengar sebab mereka macam dah keluar dari kelompok Metal.

    ReplyDelete