Saturday, August 20, 2011

Review: BAPHOMET "TRUST" CD 1994

Baphomet
Trust CD 1994
Massacre Records


Selain daripada quartet death metal tersohor daripada NY, USA, Baphomet merupakan satu nama yang agak familiar dengan muzik keras. Di waktu era IRC, Soulseek, mp3 trading (lebih kepada downloading) telah memperkenalkan saya terhadap band Baphomet daripada German ini. Ekspektasi awal: Ini semestinya satu album yang hebat! Dengan album yang dirilis di bawah Massacre, sebumbung dengan Afflicted "Dawn of Glory" yang saya ingat sangat, menyumbang kepada peningkatan ekspektasi awal itu tadi.

Namun tidaklah saya beri tumpuan pada waktu itu.


Sehingga kini, saya dapat membeli satu copy album ini dengan harga berpatutan. Saya menjangkakan alunan thrash metal oleh Baphomet mempunyai pengaruh daripada otai hebat dari German seperti Sodom, Destruction dan Kreator, ataupun Deathrow. Ternyata jangkaan saya meleset sama sekali.


Thrash metal yang ditawarkan oleh Baphomet tidaklah boleh saya labelkan sebagai thrash metal kental. Namun begitu, setiap orang akan memiliki definisi tersendiri untuk thrash metal, jadi saya tidak ingin melabelkan muzik mereka secara total. Dengan kombinasi thrash, sedikit sentuhan death metal dan heavy metal, saya dapat membuat kesimpulan terhadap keseluruhan penyampaian dalam album ini.

Terus terang saya katakan, saya agak kurang meminati kombinasi thrash, death dan heavy. Bagi saya, ia seolah-olah groovy yang tidak menjadi. Baphomet "Trust" mempunyai elemen "heaviness" tetapi dengan vocal yang lebih kasar, dalam dan kurang ada keaslian, menjadikan Baphomet seolah-olah tidak selari dengan definisi "German thrash metal" yang ada dalam persepsi saya.

Namun begitu, pertimbangan saya mungkin berubah sekiranya saya dapat mendengar 2 album sebelum ini, iaitu "No Answers" (1991) dan "Latest Jesus" (1992).

3 comments:

  1. Nyaris aku ingatkan Baphomet US.

    ReplyDelete
  2. aicece.. mentang2 berada di sana skrg.. bila nak balik malaysia tan sri?

    ReplyDelete
  3. err...bila awak nak review LP Sanisah Huri yang awak kata nak pinjamkan kat kita tu...

    ReplyDelete