Wednesday, August 24, 2011

Review: FAIR WARNING "RAINMAKER" CD 1995

Fair Warning
Rainmaker CD 1995
WEA International


Sebuah band hard rock German yang ditubuhkan pada tahun 1991, jangan disalaherti dengan prog rock FATES WARNING dari US. German bukanlah sebuah negara pengeluar band hard rock yang tersohor pada pendapat saya, meskipun beberapa yang wujud adalah yang terbaik menerusi beberapa dekad ini. Sebagai contoh, SCORPIONS, MSG, ACCEPT, WARLOCK, BONFIRE, ZENO (band asal Ule W. Ritgen, bassist dan pengasas) adalah contoh beberapa nama yang mendapat kedudukan kukuh dalam arena muzik antarabangsa.


Saya bukanlah orang yang sesuai untuk mengulas tentang scene rock, mungkin abg Nasarudin lebih sesuai untuk menceritakan pasal rock (memandangkan umur beliau yang sangat berbeza tuanya berbanding saya, haha)


FAIR WARNING merupakan band hard rock yang saya baru juga berjinak-jinak. Seingat saya sewaktu tahun 97-98, saya pernah melihat kaset album ketiga berjudul "Go" tetapi tidak pernah terlintas untuk membeli.

Mungkin usia yang semakin tua, citarasa muzik lebih berbagai, terutama yang mellow. Setelah mendownload (err...) album ini, saya rasakan SAYA MESTI BELI YANG ORIGINAL. Inilah hasilnya, satu CD Japan pressing. Kebetulan harga yang murah dan band ini (dan muzik seperti ini) sangat diterima di Jepun, jadilah untuk saya mengulas sedikit.

Secara umumnya, saya merasakan FAIR WARNING adalah satu band yang agak underrated, meskipun muziknya bagus dan ahlinya berbakat (masing-masing pernah bermain dengan band lain sebelum menyertai FAIR WARNING). Antara perbandingan sekali lalu iala BONFIRE, DEF LEPPARD, JOURNEY atau mungkin FIREHOUSE. Lagu-lagunya? Sudah semestinya berunsurkan percintaan, disusun dengan sangat baik, produksi adalah superb, satu pencarian yang wajib kepada mat rock yang inginkan rock yang melodik tanpa heaviness.


Track yang saya minati termasuklah "The Heart of Summer", "Pictures of Love", tapi terus terang, saya boleh mendengar semua lagu dalam album ini untuk beberapa pusingan (sekiranya ada masa), menunjukkan lagu-lagu dalam album ini boleh diterima sebagai halwa telinga saya secara peribadi.


3 comments:

  1. video klip tu melodi memang cheesy habis

    ReplyDelete
  2. cis!!!...hahaha

    bagi aku Fair Warning ni lebih pada AOR...ko kalau dah start boleh layan AOR memang tandanya ko dah tua...hahaha...

    tapi aku tak berapa follow sangat dorang ni...

    ReplyDelete
  3. aku still tak faham tentang AOR, album-oriented rock ke? apa dia ni? adakah satu genre muzik? tolong explain abg nasaruddin...

    ReplyDelete