Wednesday, August 24, 2011

Review: FURBOWL "THOSE SHREDDED DREAMS" CD 1992

Furbowl
Those Shredded Dreams CD 1992
Step One Records


Sebagaimana yang telah saya ulas secara ringkas mengenai promo tape mereka, FURBOWL mempunyai sejarah yang agak menarik dalam kehidupan saya.

Sejarah ini yang membuatkan saya sentiasa mencari setiap rilisan mereka, dan saya berjaya setakat ini untuk memperolehi kedua-dua album penuh mereka.


Seperti yang telah saya ceritakan dalam post promo tape mereka, album pertama mereka ini, "Those Shredded Dreams" tidaklah dipasarkan dengan meluas dahulu. Tidaklah sehingga wujudnya kegilaan terhadap "first press CD" yang menyebabkan harga untuk album pertama ini menjangkau ratusan ringgit Malaysia. Mujurlah saya dapat beli CD ini dengan harga yang dapat diterima akal.

Album ini mengandungi HANYA 6 tracks! Agak mengecewakan bagi mereka yang terpaksa membayar harga tinggi dan ekspektasi untuk menerokai alam Swedish death metal yang sederhana dalam aspek brutality. Bagi mereka yang mnghargai harta Swedish ini, sudah semestinya 6 tracks tidak kisah, janji first pressed.


Muziknya telah saya jelaskan dalam ulasan promo tape mereka. Secara keseluruhan, judul lagu dalam album ini ialah 1) Damage Done, 2) Nothing Forever, 3) Razorblades, 4) Desertion, 5) Sharkheaven, dam 6) Those Shredded Dreams. Dalam durasi sepanjang 30 minit, anda disajikan dengan death metal yang groovy, tidak terlalu growly, tiddak ada brutality sangat, cukup rasa untuk yang mencari bunyi Swedish DM yang sederhana laju.

Dan seperti biasa, apabila berada di dalam klan yang mempelopori Swedish DM, album ini ada sentuhan Michael Amott sebagai gitaris solo jemputan untuk lagu "Damage Done" dan "Nothing Forever". Saya masih tertanya, bagaimana scene Sweden sebenarnya sebab dilihat mereka sangat kooperatif sesama band. Mungkin pada waktu itu, Sunlight Studio menjadi pusat untuk menyatukan semua metalheads.

Oh ya, album ini juga diproduce oleh Micheal Amott, dan BUKAN dirakamkan di Sunlight Studio, sebaliknya di Lach n at Forest Studio (seolah nama rekaan). Ini mungkin menjelaskan mengapa album ini kurang promosi dan penerimaan di peringkat awal.

3 comments:

  1. hang kena baca buku Swedish Death Metal la Tan Sri!

    ReplyDelete
  2. beb...kalau aku ada album2 Roxette 1st press...adakah ianya diaggap harta bernilai swedish jugak?...

    heheh...

    ReplyDelete
  3. masih mencari ruang membaca buku sebegini. huahua.. agak payahnya bekerja di ipts yang menekan kehidupan bersosial begini..

    sebelum cerita tentang roxette, cerita dulu la apa itu AOR bro!! gua lama dah tak faham AOR ni

    ReplyDelete