Thursday, September 1, 2011

Kemaslahatan Umum: Sikap di jalan raya

Malam tadi laporan Ops Sikap 24 di Buletin Utama menunjukkan purata kemalangan yang melibatkan kematian (fatality) ialah seramai 24 orang di Malaysia. Satu angka yang mengerikan dan meningkat daripada 22 orang dalam Ops Sikap 22.

Adalah penting untuk kita kaji semula apa itu Ops Sikap..

Mengikut usaha CnP (copy and paste) daripada wiki:

Ops Sikap (Operation Attitude) (formerly Ops Statik) is a traffic safety operation carried out by the Royal Malaysian Police to ensure safety on all roads in Malaysia during festive seasons such as Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Christmas Day and Chinese New Year. This operation began in 2001 and also involves the collaboration of the Malaysian Road Transport Department (JPJ), Commercial Vehicle Licensing Board (CVLB) and the National Anti-Drugs Agency (NADA).

Among the main objectives, including:

-to ensure safety on all roads in Malaysia during festive seasons.
-to reduce road accidents during festive seasons.
-to monitor all accident area prones in expressways, federal roads, state roads, municipal waste, eh, roads and other roads.


Umumnya, pada hemat saya yang dangkal, peningkatan jumlah kemalangan dan kematian boleh disimpulkan diakibatkan daripada:

a) peningkatan jumlah penduduk Malaysia.
b) peningkatan jumlah pendapatan per kapita penduduk Malaysia.
c) peningkatan jumlah kuasa beli pengguna Malaysia.
d) peningkatan jumlah pengangkutan di jalan raya (terutama motosikal).

Ini merupakan antara perkara yang mungkin terlepas pandang oleh pihak berkuasa di dalam menangani angka kemalangan yang semakin meningkat. Malam tadi juga ada pakar dalam keselamatan jalan raya menyatakan keperluan untuk Kerajaan Malaysia tidak berlembut terhadap pesalah lalu lintas.

Menurut kajian daripada www.transport-links.org:

Results also show that the highest fatality rates (deaths per 10,000 motor vehicles)
worldwide occur in African countries, particularly Ethiopia, Uganda and Malawi whilst fatality risk (deaths per 100,000 population) is highest in a disparate group of countries including Thailand, Malaysia, South Africa and Saudi Arabia.


Secara peribadi, saya melihat pemandu di Malaysia perlukan lebih banyak ujian, termasuk ujian psikologi, tapi kementerian mana yang akan bertanggungjawab? Kementerian Pengangkutan Malaysia mungkin telah penuh portfolionya. Bayangkan untuk Ops Sikap sahaja berapa banyak badan kerajaan yang terlibat, masih tidak menurun kadar kemalangan.

Saya tidak menyalahkan badan kerajaan, melainkan kepada diri rakyat Malaysia sendiri. Kita masih jauh untuk mencapai status negara maju, kerana mentaliti kita sebagai pemandu pun tidak dapat dibaikpulih.

Saya tidak banyak mengembara ke luar negara, terutama ke negara maju untuk melihat dan menilai mentaliti pemandu di sana. Seingat saya, di Singapura, undang-undangnya ketat dan pemandu agak berhemah. Di Indonesia, memang jalannya sesak teruk, pemandu agak kurang berhemah, tetapi diimbangkan oleh sikap tolak ansur. Bayangkan saya pernah menaiki kenderaan di Bandung, pemandu teksi tersebut cuba untuk melintas sebuah jalan utama yang sangat sesak, untuk menuju ke lorong berhadapan, lebih kurang macam berada di simpang empat. Tiada masalah untuk pemandu tersebut mengesot sikit demi sedikit, dan terus semua kenderaan lain berhenti memberi laluan. Di Makkah dan Madinah (mungkin di negara Arab secara keseluruhan) pemandunya memang kasar sesuai dengan sifat Arab. Tetapi hon menjadi keutamaan. Semuanya dihon sebagai amaran.

Dalam konteks mikro, saya mengulas pemandu di Kuantan sahaja, sudah cukup menggambarkan mentaliti kebanyakan rakyat Malaysia dalam memandu.

Di samping peningkatan yang berlaku, di sini mungkin sedikit senarai penurunan yang berlaku menyebabkan peningkatan kadar kemalangan:

a) penurunan akhlak/sikap positif/etika pemandu
b) penurunan pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak (terutama remaja)
c) penurunan kesedaran tentang KEMATIAN.
d) penurunan pemantauan dan keseriusan pihak berkuasa
e) penurunan kualiti jalan raya (Maafkan saya, mungkin di sesetengah tempat, jalanraya baru dibina tetapi beralun, mengundang kecelakaan. Item ini mungkin tidak relevan kerana saya tiada pengetahuan mengenai kejuruteraan pembinaan, hanya penilaian berdasarkan pengalaman sebagai pemandu)
f) penurunan kualiti kenderaan (Nasib baik Kerajaan telah menetapkan pengeluar kereta tempatan akan dipasang airbag. Tetapi semestinya untuk yang dilengkapi airbag, harganya berbeza. Bagaimana dengan rakyat yang tidak berpendapatan tinggi dan tidak mampu membeli kenderaan yang dilengkapi airbag? Adakah: rakyat tidak mampu = kereta murah + tiada airbag + tiada harga nyawa mereka?

Ya Allah, bukakanlah hati pemandu Malaysia supaya kami semua lebih berhati-hati di jalan raya. Jadikanlah kami masyarakat Muslim memiliki minda bertaraf dunia. Amin

1 comment:

  1. kat Australia pemandu sabar dan menghormati pejalan kaki. No rush.

    Walaupun pemandu US tak sebaik Australia, tapi much better than Malaysian.

    Itulah pemerhatian saya Tan Sri.

    ReplyDelete