Saturday, September 3, 2011

My side of discovery: HELLOWEEN

Kebetulan malam ini saya melayan album Helloween "Rabbits Don't Come Easy" (2003, Nuclear Blast Records). Saya tetap merasakan kelainan apabila Kai Hansen tidak lagi berada bersama mereka.

Saya tidak mengkaji sejarah Helloween secara khusus. Mungkin anda boleh mendapatkan biografi mereka daripada sumber lain. Pertemuan saya yang pertama dengan Helloween ialah melalui album kedua "Keeper of The Seven Keys Part 1" pada tahun 1987. Rekomender ialah abang saya, yang pada ketika itu mengutuk saya kerana terlalu mengagungkan Iron Maiden dengan lagu "Rime of the Ancient Mariner" yang membawa kepada 13 minit.

Ingat lagi katanya lebih kurang "Maiden main 13 minit, tapi ada break tengah-tengah. Lagu Halloween 13 minit full dengan solo". Kaset Helloween ini terus saya mainkan.

Tarikan utama saya bukanlah pada track 13 minit dalam album itu, tetapi lebih kepada track "I'm Alive", "A Little Time", "A Tale That Wasn't Right" (pada pendapat saya, lagu ballad dari band metal terbaik!), dan semestinya "Future World". Kaset tersebut mungkin cetak rompak, sebab seingat saya gambar band tidak penuh dan tiada lirik.

Dari situ bermula minat saya kepada Helloween. Waktu itu saya dalam darjah 5, tiada lagi kasetnya dijual di kedai muzik Kuantan. Pada tahun 1988, saya dikejutkan dengan album ketiga mereka, yang abang saya beli di Victoria Music Centre, Pertama Complex. Bukan kaset pressing tempatan seingat saya, dan kaset yang kedua dalam hidup saya yang mana maklumat track dan side tidak dicetak pada kertas, sebaliknya terus kepada kaset tersebut (yang pertama ialah Slayer "Show No Mercy").

"Keeper of the Seven Keys Part 2" lebih membuka mata saya terhadap kreativiti dan bakat Kai Hansen. Gandingan Hansen dan Weikath adalah yang terbaik pada saya dalam album ini. Sama ada saya bias, atau ortodoks, bagi saya Helloween adalah Hansen, Weikath dan Kiske. Konsep lagu 13 minit masih dikekalkan dalam album Part 2 ini melalui lagu "Keeper of the Seven Keys", dan saya memang lebih tertarik kepada lagu ini berbanding "Halloween" dalam Part 1.

Album keempat mereka, "Pink Bubbles Go Ape" telah membuatkan saya semakin menjauhkan diri daripada Helloween. Waktu itu, tahun 1991, saya telah berada di asrama dan lebih terpengaruh kepada muzik thrash metal yang lebih keras. Helloween saya lihat semakin lembut di dalam album keempat ini.

Namun begitu, jauh di dalam hati sebenarnya saya terkilan kerana Hansen tidak lagi berada bersama Helloween. Gamma Ray memang boleh menjadi pengganti, tetapi hanya dalam album pertama sahaja, "Heading for Tomorrow" (1990, Noise Records). Saya tidak dapat menghayati lagi Helloween walaupun dalam album "Pink.." masih ada track yang menjadi hiburan saya sehingga sekarang seperti "Number One" dan "Your Turn".

Untuk album seterusnya, "Chameleon" (1993), saya terus tidak mengikuti Helloween. Mungkin kerana kurang minat, tetapi sebenarnya juga, saya telah terjerumus dengan death metal.

Tidaklah sehingga "Better Than Raw" (1998) saya telah mengikuti semula Helloween dengan membeli kasetnya. Namun begitu, jiwa saya masih menjauhi Andi Deris.





2 comments:

  1. I beg to differ. Andi Deris pada beberapa tempat is better than Kiske.

    Tan Sri patut dengar more of the Deris album. Banyak lagu yang best.

    ReplyDelete
  2. lebih kurang macam ko...lepas Chameleon pencen dengar Helloween...start betul2 dengar balik zaman The Dark Ride...time tu baru rasa boleh tahan jugak suara Mat Deris ni...dan start dengar semula Helloween...

    dan BS punya pasal...terpengaruh jugak dengar band asal dia Pink Cream 69..

    ReplyDelete