Sunday, September 4, 2011

Review: AT THE GATES "SLAUGHTER OF THE SOUL" CD1995,2002

At The Gates
Slaughter Of The Soul CD 1995/2002
Earache Records


Agak lama saya tak mendengar band ini, antara pencetus death metal ala-Gothenburg, atau lebih dikenali sebagai Gothenburg Death Metal, atau juga New Wave of Swedish Death Metal (NWSDM). Banyak betul gelaran diberi, bersesuaian dengan Sweden sebagai negara pengeluar band death metal old-school. Seingat saya, perubahan terhadap dunia death metal di Sweden amat memberi kesan kepada gelombang metal sedunia.

Lihat saja bagaimana At The Gates yang mula dikenali dengan "Garden of Grief" demo (kemudian dirilis dalam bentuk EP dan MCD). Secara peribadi, demo ini tidak menarik perhatian saya kerana lebih tertarik kepada death metal yang biasa seperti Dismember, Entombed, Carnage, etc. Saya hanya membeli kaset album mereka yang pertama sahaja iaitu "The Red In The Sky Is Ours", itupun kerana tertarik dengan tajuk yang panjang. Tiada track di dalam album tersebut menjadi pujaan.

Seingat saya juga, Dark Tranquility memainkan peranan dalam kesinambungan menyebarkan Gothenburg Death Metal. Saya kira waktu itu Soilwork masih lagi kanak-kanak, Gardenian, Eternal Tears of Sorrow (Fin) masih lagi terkial belajar bermain gitar. "A Moonclad Reflection", 7"EP mereka pada tahun 1992 telah membuka lebih banyak mata terhadap Gothenburg death metal. Perhatian telah teralih daripada Stockholm (popular dengan Sunlight Studio) kepada Gothenburg. Maka lahirlah era baru dalam death metal Sweden.

Dan kembali kepada At The Gates, sengaja saya membeli CD terakhir mereka, "Slaughter of the Soul", versi re-released 2002 dengan 6 track bonus.

Secara keseluruhan, sebenarnya saya sukakan track pertama, "Blinded by Fear". Itu sahaja yang terbaik daripada At The Gates secara keseluruhan, kerana track tersebut mengandungi elemen thrash, death dan melodic, catchy, sesuai dengan halwa telinga saya. Mungkin track tersebut juga menjadi penyebab saya membeli CD ini. Walau bagaimanapun, At The Gates harus diberi pujian kerana mereka masih mengekalkan rentak Gothenburg yang sama sehingga album yang terakhir ini. Berbeza dengan Dark Tranquillity dan In Flames yang, pada saya, tersasar jauh daripada rentak awalan mereka.

Sama ada berubah itu progresif atau tidak, saya jangkakan apa yang terbaik kepada saya maka saya dapat terima. At The Gates, saya dapat menerima mereka di hujung hayat mereka sebagai studio band (sekarang mereka bergabung semula tetapi lebih kepada live dan touring band). Selain daripada ini (Dark Tranquillity dan In Flames terutama sekali), saya sudah tidak berupaya untuk mendengarnya.

4 comments:

  1. At the Gates pada aku the best of all the Gothenborg Death Metal.

    The Red tu silap produksi - dalam buku Swedish Death Metal ada komen pasal ni. Eh, Tan Sri takde lagi buku ni ye? Isshhh rugi... ;)

    ReplyDelete
  2. Hehe.. Dr. Ben suka membakar perasaan insan marhaen macam saya. Insya-Allah saya akan beli bulan ni.. Cuma takut tak lepas KDN..

    ReplyDelete
  3. zaman2 ni yang best dari sweden pada aku cuma Roxette ajer...hahaha...

    ReplyDelete
  4. tgk je dokumentari at the gates `flames of the end 3 dvd`... cerita detail dr mula smp abis sejarah band ni

    ReplyDelete