Tuesday, September 20, 2011

Review: FAITH OR FEAR "PUNISHMENT AREA" CD 1999

Faith Or Fear
Punishment Area CD 1989, Reissue 1999
Century Media



Satu daripada band lama thrash metal dari New Jersey, USA. Sudah semestinya band ini tenggelam berbanding "The Big 4", begitu juga sinonim "Bay Area". Saya kurang mengetahui keadaan geografi di USA, mungkin ianya lebih ke arah timur, berbanding Bay Area di sebelah California. Entahlah, saya kurang arif tentang kedudukan bandar-bandar di USA.

Meskipun begitu, Faith Or Fear (F.O.F) boleh dikatakan band "underdog" yang pernah mempunyai nama dalam persada thrash metal antarabangsa. Album yang dapat dikeluarkan hanya satu ini, Punishment Area, oleh Combat Records pada 1989. Selepas itu, mereka pernah mengeluarkan 4 track demo dan selepas itu, pengasas band, Chris Bombeke telah menarik diri, dan berakhirlah sejarah F.O.F.

Apa yang menarik mengenai album ini?

Pada saya, ianya setaraf dengan apa yang thrash metal pada waktu itu tawarkan. Apabila kita merujuk kepada thrash metal USA, saya meletakkan pemberat terhadap kompleksiti dan kepelbagaian tempo berbanding dengan thrash metal Eropah (Sodom, Destruction, Kreator). Dan F.O.F menawarkan semua itu, tanpa gagal. Tiada lagu yang saya dapati lemah strukturnya (dengan mengambilkira produksi pada zaman itu dan tren semasa itu).

Saya mengambil contoh lagu bertajuk "Darkside", yang mana kepelbagaian corak riff dan solo telah ditunjukkan. Elemen thrash metal USA dapat dikesan dengan jelas dalam lagu-lagu F.O.F. Lagu seperti "Time Bomb" pula menawarkan riff permulaan yang mengingatkan saya terhadap Exodus (walaupun lagunya tidak sesedap mana).

Secara keseluruhan sebagai pendengar muzik biasa, saya meletakkan minat yang sederhana terhadap album ini. Meskipun band ini mempunyai kemahiran dalam menghasilkan irama thrash metal, namun tiada X-factor yang jelas di dalam album ini yang boleh ditonjolkan. Meskipun begitu, untuk sebuah band yang agak underrated, album ini jelas menunjukkan kelangsungan sesebuah band bukan bergantung sangat pada kemahiran yang dimiliki.

3 comments:

  1. sebagai seorang poser...aku memang tak pernah dengar album ni walaupun dulu selalu nampak kasetnya kat kedai kaset...

    ingatkan ni band AOR...thrash rupa2nya...iskh..iskh...

    ReplyDelete
  2. haha.. sama la.. dulu mmg banyak nampak sebab tak ramai yg beli. sekarang bila dengar balik, mcm ok laa...

    ReplyDelete
  3. kureng la depa ni. Ada originality dan technicality tapi lack of punch.

    ReplyDelete