Tuesday, October 25, 2011

Laporan audit dedah LPKP ambil masa lebih 700 hari selesai kes, aduan

Cedukan dari utusan.com.my pada hari ini (25/10- yeay gaji masuk!!)

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.

Menurut laporan itu, tempoh tersebut bermula dari tarikh tangkapan sehingga tindakan amaran, pembayaran kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen yang boleh diselesaikan dalam masa sehari.

Perkara tersebut dikesan menerusi semakan terhadap 486 kes tangkapan dari tahun 2008 hingga Mei 2010, menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, semakan juga mendapati LPKP mengambil masa antara 41 hingga 756 hari untuk menyelesaikan 123 daripada 257 aduan, yang mana bertentangan dengan piagam organisasi iaitu 30 hari bagi urusan pengendalian aduan.

Jabatan Audit Negara turut mendapati ada kelemahan lain dalam LPKP seperti tidak mengambil tindakan pendakwaan, prosedur kerja penguatkuasaan tidak dipatuhi dan pengurusan fail serta dokumen yang tidak teratur.

Sehubungan itu, jabatan tersebut mengesyorkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang ditubuhkan 31 Januari lepas bagi menggantikan LPKP di Semenanjung Malaysia, memperbaiki kelemahan LPKP tersebut bagi memastikan penguatkuasaan dan pengurusan yang cekap dan teratur. — BERNAMA



Post ini tidaklah berniat untuk mencari kesalahan, apa lagi berbaur politik. Saya ingin berkongsi pengalaman di waktu LPKP mula ditubuhkan di bawah MECD (kalau tak silap). Semua lori perdagangan yang berdaftar ada cop/pelekat LPKP untuk dihubungi (toll free number dan sms). Pengalaman isteri saya dan rakan beliau yang sedang memandu pulang dari KL ke Kuantan dan berhadapan dengan lori yang cukup laju sehinggakan barangannya (tong tangki air rumah) terbang sehinggakan sedikit lagi mengenai kereta yang dinaiki oleh isteri saya. Pemandu terus pergi kerana tidak perasan. Isteri saya sempat mengambil nombor plat lori terbabit dan sms ke LPKP.

Dukacitanya, sms jawapan menunjukkan bahawa plat lori tersebut tiada dalam pendaftaran.

Sehingga kini apabila saya melihat lori yang sama ada bercop ataupun mempunyai pelekat LPKP, saya yakin bahawa cop/pelekat tersebut hanyalah sekadar hiasan, yang boleh dibeli atau dibuat di mana sahaja (pelekat boleh didapati di kedai murahan, pasar malam dan kedai aksesori kereta).

Jadi, pendedahan terhadap kelemahan LPKP ini membuktikan bahawa "Lembaga" tersebut hanya sekadar nama yang tidak berfungsi apa-apa. Semoga dengan pendedahan ini, LPKP dapat diperbaiki fungsinya.

2 comments:

  1. setiap tahun ada jer lapuran audit cenggini...tapi tak pernah pulak dorang keluarkan laporan apa tindakan susulan yang setiap jabatan dah ambik untuk improve...

    bila cakap keje gomen lembap...ada yg marah...tapi itu lah realitinya...pengalaman aku berkerja gomen dan swasta ni memang berbeza tahap mentalitinya...

    aku pernah berurusan ngan KWSP...dan staff dia hilangkan borang aku...bila komplen kat bossnya...dahla tak mintak maaf...dia backing staffnya dgn alasan staff tu tension pasal baru eksiden...tu yang tak boleh tumpukan perhatian...iskh...adakah tension staff dia tu problem aku...tu patutnya dia yg kena pandai manage staff dia...dan tak pasal2 aku pulak kena lagi sekali ambik cuti pegi KWSP isi borang semula...grrr!!!

    kalau situasi sama berlaku kat opis aku...(swasta dan co. cina)...staff dah tentu2 kena bambu...dan kita akan tolong hantar borang kepada pelanggan kerana kita tak nak menyusahkan pelanggan dan mintak maaf pasal ni mmg salah kita...

    isks...panjang pulak luahan hati ni...luahan hati rakyat yg tak merasa dpt elaun rumah dan cola...hahaha...

    ReplyDelete
  2. haha.. takpe bro.

    tahan la tu swasta, bonus bulan2 still ada (kot)..
    aku ni, jasad swasta, roh kerajaan.
    time kerajaan ada bonus dan segala kemudahan, kitorang mana ada. tapi kerja mcm swasta.. lagi susah. terasa macam pondan.. huhu

    anyway, kwsp di kuantan sepanjang pengalaman aku kat sini, tak pernah ada problem. ada la jabatan yg ok, mostly didn't meet expectation.

    ReplyDelete