Friday, October 21, 2011

Ramai pelajar hampa...

Sekadar mengambil isi penting daripada Berita Harian bertarikh 19 Oktober 2011..


Ramai lepasan matrikulasi tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke IPTA tahun ini berikutan tempat yang terhad, terutama selepas lima universiti penyelidikan mengurangkan pengambilan pelajar ijazah sarjana muda secara mendadak sehingga 45 peratus.

Punca lain adalah kerana ketidakseimbangan pengambilan pelajar matrikulasi berbanding dengan tempat yang disediakan oleh 20 IPTA, menyebabkan kebanyakan mereka tidak mendapat tempat, terumbang-ambing dan tidak mempunyai pilihan belajar di universiti swasta yang memerlukan kos tinggi.
..
Ini bermakna kita-kira 12,000 pemohon tidak mendapat tempat di IPTA tahun ini dengan kebanyakan mereka lepasan matrikulasi.
..
Bagi mengatasi masalah itu, Razali (Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim) mencadangkan Kementerian Pengajian Tinggi mengarahkan universiti awam atau universiti swasta GLC (UTP, UNITEN dan MMU) mengambil semua pelajar lepasan matrikulasi yang tidak mendapat tempat bagi sesi 2011/2012.


Saya berpeluang untuk mengajar pelajar matrikulasi KPT pada ambilan pertama mereka pada tahun 1999. Pengajian selama 3 semester (setahun setengah). Pada ambilan kedua (2000), wujud kontroversi di mana pengambilan dibuat berdasarkan result trial SPM masing-masing, dan prestasi pelajar sangat merosot pada waktu itu. Pelajar merasakan seolah-olah mereka "tikus makmal" yang dijadikan bahan ujikaji oleh pihak Kementerian.

Saya jangkakan bahawa sistem matrikulasi sekarang telah banyak ditambahbaik. Tidak menyangka masih timbul permasalahan sebegini. Seingat saya dahulu, apabila matrikulasi di bawah setiap universiti (tiada matrikulasi KPT), alhamdulillah, sebelah kaki dikatakan telah menjejaki menara gading.

Dengan senario sebegini, matrikulasi tidak menjanjikan apa-apa.

Saya percaya para cendekiawan kita telah memikirkan yang terbaik untuk sistem matrikulasi.

Kemungkinan persepsi pelajar perlu diubah bahawa:

  1. matrikulasi TIDAK menjanjikan kemasukan pelajar ke universiti untuk first degree.
  2. usaha gigih adalah sangat perlu! Sistem meritokrasi telah mendominasi, jadi berubahlah!
  3. jangan berharap pada bantuan kerajaan untuk mencapai status pelajar universiti. Saya hairan dengan cadangan untuk mengarahkan universiti GLC mengambil lebihan pelajar yang tidak dapat memasuki IPTA! Sangat tak masuk akal!
  4. pelajar perlu kuatkan iman! Gagal masuk universiti bukan bermaksud gagal terus. Sekarang ada banyak pilihan. Boleh masuk diploma sebagai laluan ke peringkat ijazah sarjana muda.

Sekadar hiasan, tempat saya menjalani matrikulasi dulu..

3 comments:

  1. setuju...camner nak dapatkan kualiti kalau pengambilan pelajar atas dasar paksaan...

    zaman aku dulu rasa macam susah nak masuk U....tapi sekarang ni macam berlambak2 pulak lulusan U...

    ReplyDelete
  2. UTP dah buka permohonan. Sila apply.

    ReplyDelete
  3. berteromber: sekarang ni, fokus lebih untuk produce knowledge workers in order to achieve status negara maju. definition of k-workers: minimum diploma as academic qualification. so, quantity is the top priority over quality. lulusan u dah berlambak, tapi kerja pun tak reflect quality, ability dan job requirements. entahlah, just my dua sen

    Dr. Ben: semoga UTP terus cemerlang!

    ReplyDelete