Thursday, October 20, 2011

Review: ENTRAILS "THE TOMB AWAITS" CD 2011

Entrails
The Tomb Awaits CD 2011
Dark Descent Records


Saya dapat rasakan tren sekarang menuju semula ke arah old school death metal. Senario di Sweden juga tidak terkecuali dalam mengikuti tren semasa, walaupun mereka pernah (dan masih) mempelopori bidang muzik dalam banyak sub-genre metal dan bukan metal. Band sekarang ini telah banyak wujud mendokong falsafah (dan muziknya sekali) death metal lama.


Saya bukan seorang pemuzik, justeru saya tidak pernah menekankan kepada skil gitar mahupun drum dalam menilai sesuatu rilisan. Satu kelemahan agaknya, tetapi pada saya, saya melihat kepada sesuatu yang unik dan catchy, enak dalam pendengaran saya.

Entrails, dari Sweden juga, mungkin satu band yang saya cuba untuk hadam dalam setahun dua ini. Namanya agak tersohor dalam era "renaissance old school death metal" sekarang.


Namun begitu, setelah diselidiki saya dapati bahawa Entrails telah lama ditubuhkan, seawal tahun 1990. Mungkin bukan di Stockholm yang menyebabkan jangka hayat band ini tiada kelangsungan. Kebangkitan band old school death metal sekarang telah membuka peluang semula kepada Entrails untuk merilis 2 demo, iaitu "Reborn" (2008) dan "Human Decay" (2009), terus membawa kepada album pertama mereka, "Tales from the Morgue" (2010) dan di genggaman saya ialah "The Tomb Awaits" (2011) keluaran label US, Dark Descent Records.

Selain dari logo yang memang mengingatkan kita terhadap g*dfather of death and roll, Entombed, muzik Entrails juga berkisar dalam kelompok yang sama. Entombed, Dismember, Grave dan Unleashed mungkin merupakan rujukan terbaik untuk menggambarkan keseluruhan bunyi yang boleh didengari dalam album ini.


Untuk mencari keunikan dalam album ini merupakan sesuatu yang mustahil. Seperti yang kita mungkin sedia maklum, Swedish Death Metal tidak menawarkan apa-apa kelebihan dan keunikan, pada saya ia hanya menduduki carta pada 2 dekad lalu tatkala tiada lagi negara lain yang membawa branding death metal cara tersendiri.

Baiklah, jangan disebut mengenai Pan-Thy-Monium, Opeth, Ophtalamia, Katatonia. Mereka adalah segelintir daripada band Sweden yang lari dari tagline "Swedish Old School Death Metal".

Walaupun tiada banyak kelebihan dan keunikan, saya dapati album ini sesuatu yang enjoyable bagi memperingati "the heydays of Swedish Death Metal". Track "Eaten By The Dead", sebagai contoh, sangat mengingatkan saya terhadap riff Entombed dan Dismember dalam era Clandestine dan Like an Everflowing Stream. Manakan tidak, baik bunyi gitar, mahupun beat drum, semuanya memang old school! Tambahan pula lirik yang bersifat agak straight-forward, intermediate gory, memang sesuai dengan label old school death metal!

Secara kesleluruhannya, saya merasakan pembelian saya untuk CD ini tidak merugikan. Ia didatangi dengan pakej yang lengkap dengan sticker, memang old school!

2 comments: