Monday, October 24, 2011

Review: EUCHARIST "A VELVET CREATION" CD

Eucharist
A Velvet Creation
Regain Records


Kali pertama saya mendengar band ini ialah melalui 7"EP mereka, "Greetings Immortality" (1992, Obscure Plasma). Waktu itu melalui tape trading dengan Fadzil Muzikbox. Sudah semestinya satu medium termudah untuk mendapat rilisan baru, terutama daripada geng JB yang hampir dengan Singapura, lantas akses mereka terhadap muzik antarabangsa lebih terbuka daripada saya yang terperuk di Kuantan.

Pertama kali mendengarnya, saya dapati muzik ini terhasil dari pengaruh At The Gates dan Dark Tranquility. Semestinya ia memberi kesimpulan bahawa Eucharist adalah antara band terawal terkenal dengan bunyi Gothenburgnya.

"A Velvet Creation" adalah usaha terawal oleh mereka dalam kerjaya seni walaupun tidak lama bertahan. Album ini diterbitkan pada tahun 1993 di bawah label Sweden yang terkenal dengan rilisan awal In Flames "Lunar Strain", iaitu Wrong Again Records (WAR). Namun begitu, copy di tangan saya adalah hasil rilisan semula Regain Records pada tahun 2001 dengan 2 bonus track, "Wounded and Alone" dan "The Predictable End".

Muziknya, Gothenburg death metal! New wave pada waktu itu yang menjadi kegilaan ramai. Malaysia telah mampu menghasilkan copycat terbaik (ya, copycat pun masih ada yang bagus) melalui Herriot. Sayangnya, bila dinamakan "wave" sudah tentu kita dapat merasai bahawa tren ini tidak kesampaian jauh.

Antara perbezaan yang saya sukai dalam Eucharist ialah vokalnya lebih kedengaran "dark" di samping muziknya yang melodic. Tetapi secara keseluruhan, pakej dalam album ini boleh didapati dan ditawarkan dengan mudah oleh band lain seperti In Flames dan troop Gothenburg-sound yang terkemudian. Oleh itu, Eucharist adalah sedikit tenggelam dalam lautan Gothenburg-sound yang lain.

Meskipun begitu, kewujudan dan usaha Eucharist sejak awal 1989 perlu diiktiraf. Dan tak silap saya, buku Swedish Death Metal ada menayangkan flyer mereka.

1 comment: