Monday, October 24, 2011

Review: JUMPIN' JE**S "THE ART OF CRUCIFYING" LP 1991

Jumpin' Je**s
The Art of Crucifying LP 1991
West Virginia Records



Mungkin ada yang masih mengingati sedikit berkenaan dengan band ini. Pertemuan saya dengan band ini agak unik, saya tidak pernah mendengar berkenaan nama band ini. Berbeza dengan Immortalis yang bernaung di bawah syarikat yang sama dan pernah saya dengar di awal 90-an dahulu.


Pertama sekali saya mendengar band ini ialah sewaktu saya singgah di bundle Kuantan di awal 90-an dahulu. Saya berjumpa dengan longsleeve band ini dalam condition yang amat baik, seolah-olah baru. Saya tak kenal nama, tapi copyrightnya ada menunjukkan Morbid Records, itu label underground yang saya pernah dengar dari Jerman. Lantas dengan harga RM5 saya memiliki longsleeve itu dan tidak pernah saya pakai disebabkan namanya.


Saya telah menjual longsleeve ini pada insan bernama Awang, iaitu anak kepada MB Pahang. Pernah saya kecek untuk beli semula dengan harga RM200, tetapi ditolak oleh beliau. Saya terlupa satu perkara, beliau anak MB. RM200 tidak begitu besar untuk menjual semula longsleeve yang pernah menjadi milik saya. Oh ya, saya jual pada dia dengan harga RM30 kalau tak silap.


Selesai dengan kisah pertemuan. Kali ini saya berpeluang untuk memiliki LP album Jumpin' J***s setelah sekian lama mencuba mendapatkan dalam bentuk CD. Secara umumnya, death metal JJ agak membosankan sekiranya diperdengarkan berulang kali. Saya lebih memilih Immortalis atau Autopsy berbanding dengan ini. Susunan lagunya agak kurang elok berbanding dengan Immortalis, namun begitu, agresifnya tetap ada.


Dan semestinya, tiada track yang agak catchy untuk dijadikan favorite. Semuanya hanya setakat boleh didengari, tetapi sebagai satu khazanah death metal antarabangsa, ini antara album yang perlu dimiliki! Sangat obscure!



No comments:

Post a Comment