Tuesday, October 18, 2011

Review: MUSSORGSKI "IN HARMONY WITH THE UNIVERSE" CD

Mussorgski
In Harmony With The Universe CD 1995
Morbid Madness Productions


Semuanya akibat daripada tren! Black metal dan gothic adalah pencetus kepada banyak muzik yang bersifat ambient sebegini. Baik Monumentum ke Endura ke Mortiis, kebanyakan saya tidak dapat menerima dengan hati yang terbuka. Walaupun saya cuba untuk digest isi kandungan muzik sebegini.

Mussorgski yang berasal dari Poland tidaklah ambient sebagaimana yang dimaksudkan di atas. Namun begitu, keunikan Mussorgski ialah penggunaan programming/drum machine agak metal dan laju dengan background muzik ambient. Hasilnya, bunyi drum seolah mendominasi keseluruhan performance Mussorgski. Setidaknya itulah yang saya tumpukan sepanjang hampir 48 minit album ini dimainkan.

Album ini sebenarnya banyak memberi nostalgia kepada saya sewaktu pertengahan 90-an dulu. Ini antara album yang selalu bertukar tangan oleh geng-geng Kuantan. Tak tau bagaimana pada waktu itu ada hamba Allah yang terdetik untuk memiliki CD ini. Saya pun baru tahun ini (setelah hampir 16 tahun) berpeluang memilikinya.


Ulasan ini juga memberi pengetahuan baru kepada saya bahawa band ini masih wujud dan baru meriliskan album pada tahun 2011 ini berjudul "Chaos and Paranormal Divinity" di bawah naungan Eastside. Saya masih tidak berpeluang mendengar album terbaru ini, namun berdasarkan line-up mereka, saya yakin muziknya masih berkitar seperti ini.

No comments:

Post a Comment