Friday, October 7, 2011

Steve Jobs died at age 56..

Pagi tadi masa dengar radio sewaktu memandu, saya terdengar dalam sinar.fm berkenaan kematian pengasas Apple Inc, Steve Jobs. Petang tadi dalam THR Pantai Timur, saya mendengar sekali lalu bagaimana seorang pengguna menelefon DJ menceritakan bagaimana kesan produk Apple (iPhone sebagai contoh) ke dalam hidupnya hasil penangan inovatif Steve Jobs.

Berikut merupakan ringkasan sedikit berkenaan beliau yang diceduk dari sumber lain..

The highlights of Jobs's career trajectory are well-known: a prodigy who dropped out of Reed College in Oregon and, at 21, started Apple with Wozniak in his parents' garage. He was a multimillionaire by 25, appeared on the cover of Time magazine at 26, and was ousted at Apple at age 30, in 1984.

In the years that followed, he went into other businesses, founding NeXT computers and, in 1986, buying the computer graphics arm of Lucasfilm, Ltd., which became Pixar Animation Studios.

He was described as an exacting and sometimes fearsome leader, ordering up and rejecting multiple versions of new products until the final version was just right. He said the design and aesthetics of a device were as important as the hardware and software inside.

In 1996, Apple, which had struggled without Jobs, brought him back by buying NeXT. He became CEO in 1997 and put the company on a remarkable upward path.
.. READ MORE..

Umumnya, saya tidaklah suka untuk menceritakan perihal yang dah mati (refer post Gary Moore, hehe). Namun begitu, sedikit kesan Steve Jobs dalam hidup saya masih ada saya ingat:

1987, ketika saya masih main bola, BMX, ayah saya telah membeli sebuah komputer Apple Macintosh. Agak unik sebab pada masa itu juga kami ada sebuah komputer IBM. Memang tidak banyak aplikasi pada waktu itu. Seingat saya juga, Apple Macintosh seperti gambar di bawah adalah yang kedua ayah saya beli setelah yang pertama rosak.


Di samping itu, ceritera mengenai sifat keusahawanan beliau memang diketahui umum. Saya sedang berkira-kira untuk membeli buku terakhir beliau, Inside Steve's Brain, tetapi saya fokuskan dulu kepada "Good Boss, Bad Boss" (sequel kepada "The No Asshole Rule") oleh Robert I. Sutton. Baru bulan ini berkira nak beli, tapi sangkut pulak dengan kepentingan lain.


Berita juga mengatakan Tim Cook (current Apple Inc. CEO) tidak berupaya mengatasi karisma Jobs. Ucapan beliau dalam pelancaran iPhone 4S baru-baru ini telah menyebabkan saham Apple Inc. jatuh.

R.I.P..

1 comment:

  1. aku tak pernah guna brand Apple...tak pernah mampu nak beli iphone maupun ipad...paling hampir pun beli ipod made in china...

    apa2 pun dia memang genius...

    "Only the good die young. All the evil seem to live forever"

    ReplyDelete