Tuesday, October 11, 2011

The Thing 2011

Saya agak ini mungkin post pertama berkenaan dengan movie. Bukan saya tidak mengikuti tetapi bolehlah dikatakan begitu juga sebenarnya.

Cuma baru-baru ini saya terperanjat dengan trailer dan iklan "The Thing" (2011), satu movie yang dikatakan prequel atau mungkin re-make untuk "The Thing" (1982).

Sesiapa kaki karya John Carpenter pasti mengetahui dengan lebih arif tentang movie ini. Saya pula? Seingat saya, filem ini saya tonton pada tahun 1982, di rumah sepupu saya kalau tak silap. Waktu itu, apa lagi mediumnya selain daripada video VHS (eject ke atas). Kurt Russell, memang dikenali pada waktu itu dengan hasil lakonannya "Escape From New York" (1981).




Ketika itu, "The Thing" amat saspen dengan efek yang ganas, pelik akibat daripada makhluk asing yang meresap dalam peneroka di Antartik. Memang sangat teringat lagi makhluk asing yang menyebabkan kepala tercabut, keluar pula kaki 8 macam labah-labah. Itulah scene yang paling saya ingat.

So, setelah hampir 30 tahun, saya jangkakan "The Thing" 2011 lebih memberi kesan yang dramatik dan ganas. Mesti ditonton...

2 comments:

  1. aku ingat2 lupa The Thing ni...tapi Kurt Russell zaman "Escape From New York" memang hero aku..

    ReplyDelete
  2. The Thing ori memang kvlt! Tengok sekali lagi pun takpe.

    Dah tengok versi baru ni sila rebiu.

    ReplyDelete