Tuesday, November 29, 2011

Zakat daripada BIMB

Tarikh : 22 November 2011
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, KIPSAS

Alhamdulillah KIPSAS dapat lagi duit zakat daripada BIMB untuk diagihkan kepada pelajar/ asnaf di KIPSAS. Terima kasih..

Monday, November 28, 2011

Tokoh Ma'al Hijrah 1433H/2011

Sekalung tahniah buat Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin di atas anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 2011 Malaysia, khas dari kami di KIPSAS.

Prof. Shukor memang tidak asing bagi warga kerja KIPSAS dan Pahang secara umumnya.

Beliau adalah antara yang terlibat dalam penubuhan Kolej Islam Pahang (KIP) dahulu. Dalam waktu KIP masih merangkak, beliau terlibat dengan syarahan secara sambilan, berulang dari UKM ke KIP, menabur bakti untuk membangunkan KIP.

Kini, beliau masih dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengurus KIPSAS, satu badan yang bertanggungjawab dalam hal dalaman, terutama akademik dan pembangunannya. Pernah dicadangkan untuk menjadikan Prof sebagai Ahli Lembaga Pengarah (yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Pahang) tapi masih belum direalisasikan.

Sepanjang saya terlibat dengan Prof sebagai ahli dalam mesyuarat Lembaga Pengurus, Prof adalah insan yang moderate dan humble dari segi percakapan, namun pendirian beliau amat tegas. Sangat berpandangan jauh dan ciri intelligent ada terdapat dalam setiap butir perkataan yang dikeluarkan. Pengalaman beliau sewaktu menyandang sebagai Naib Canselor USIM dicurahkan ke KIPSAS walaupun dalam konteks 2 organisasi yang berbeza (IPTA dan IPTS).

Kini beliau masih lagi menyandang Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), pejabat beliau masih di USIM, dan saya kira setiap kali dijemput ke majlis dianjurkan KIPSAS, beliau sedaya-upaya cuba memenuhinya.

Tahniah saya ucapkan kepada Prof!

Review: PATHOGEN "LUST OF EVIL"

Pathogen
Lust of Evil kaset EP
Afterlife Productions



Saya tidak berkesempatan untuk membuat ulasan demo ini ketika saya mula-mula mendapatnya. Agak sibuk dengan kerja dan keluarga.

Pathogen muncul dari Filipina. Sebuah negara yang tidak kurang hebatnya dalam scene metal Asean. Saya masih teringat mendapat demo Ebwa di pertengahan 90-an dahulu. Tidak dilupakan, band kult black metal Deiphago turut datang dari Filipina. Tapi saya masih rasakan kekurangan kualiti dalam aspek sound dan recording band Filipina.

Pathogen memainkan death metal dengan mood yang klasik. Keseluruhan struktur lagunya amat mengingatkan saya terhadap Braindead (Malaysia) pada album mereka. Nampaknya saduran bunyi Braindead amat jelas, dan juga satu lagu Braindead, "Rites of The Tyrant" turut direkodkan semula oleh Pathogen dan dimuatkan dalam kaset EP ini.

Pada saya, secara keseluruhannya EP Pathogen ini tidak mempunyai sebarang faktor-X untuk dipuji. Terutama sekali dalam gelombang metal di mana kebanyakan band ingin bermain old-school death metal, Pathogen tidak mempunyai sesuatu yang dibanggakan. NAMUN BEGITU, Pathogen memiliki tahap brutaliti yang agak baik, vokalnya sangat mengingkatkan saya terhadap Morbid Angel, Hate Eternal, Braindead, Krisiun, dan bagi mereka yang memang "kaki" band death metal sedemikian, Pathogen adalah untuk anda! Kaset dicetak profesional ini dijual dengan harga RM10 (Malaysia) kalau tak silap saya. Sila hubungi Afterlife Productions (http://www.afterlifeprod.com ) atau email: afterlifeprod@yahoo.com

Friday, November 18, 2011

Jerantut Revisited Part 1

Pada hari Ahad, 13 November 2011, saya membawa abah dan mak pergi menziarahi Ustaz Ramli yang terlantar sakit, katanya sejak malam pertama Raya Aidilfitri Ustaz telah sakit. Sakitnya sakit orang tua, gout, jantung. Akibatnya, makan makanan bersantan (lemang) di pagi raya.

Ustaz Ramli merupakan seorang Ustaz di Sekolah Menengah Jerantut (SMJ) di sekitar tahun 70-an. Apabila abah mengajak saya menjadi supir ke Jerantut, saya tidak menolak.

Jerantut merupakan daerah yang banyak memberi pengalaman manis kepada saya. Antara sebabnya ialah:

a) Abah Guru Besar di SMJ sewaktu saya dilahirkan pada 70-an (meskipun jauh lebih muda dari En. Nasarudin)! Beliau berkhidmat bermula tahun berapa saya kurang pasti, tetapi pada tahun 1983, kami berpindah ke Pekan di mana abah menjadi Guru Besar Sekolah Menengah Ahmad, Pekan sehingga hujung tahun 1984). Jadi, saya membesar hampir 6 tahun di Jerantut!

b) Saya bersekolah di SMK(A)TAHAP Jerantut bermula 1989 hingga 1991. Kenakalan saya banyak diajar di situ, tetapi alhamdulillah, masih dibatasi hukum agama yang diterapkan. Jadi, banyak pengalaman berasrama saya alami selama 3 tahun di situ, yang penting ialah perkenalan dengan dunia underground metal banyak bermula di Jerantut.

Jerantut banyak sejarah. Dan abah merupakan seorang sejarahwan. Beliau mempunyai daya ingatan yang cukup hebat! Setelah 20 tahun meninggalkan Jerantut, saya sudah terlupa jalan akibat perkembangan yang pesat. Abah? Beliau ingat banyak jalan, sehinggakan jalan dari Jerantut ke Kuala Tembeling, melalui kampung yang beliau ingat lagi namanya.

Dan ketika bersembang dengan Ustaz (tujuan asal adalah untuk menziarahi), mereka berdua dilihat banyak mengenang kembali nostalgia zaman bekerja di SMJ. Ingat saja mereka terhadap nama bekas pelajar mereka yang nakal di sekolah, dengan cerita kenakalan di zaman 70-an.

Ustaz Ramli tidak banyak bercerita. Uzur sangat gayanya.

Namun begitu, kehadiran seorang bekas kerani abah, tak ingat dah namanya (ya Allah pelupanya saya!) menghangatkan kembali cerita mereka di SMJ. Saya cuma tersenyum mendengar di tepi mereka (mentaliti masih berpegang "budak-budak jangan masuk campur cerita hal orang tua").

Balik daripada rumah Ustaz Ramli, saya membawa abah mencari ikan sungai di Kuala Tembeling. Saya pernah sampai ke Taman Negara (dah Hulu Tembeling), tetapi mengikuti jalan darat yang telah berturap. Tiada rasa thrill. Zaman dulu, waktu saya bersekolah di SMK(A)TAHAP pun, ke Taman Negara mesti melalui Kuala Tembeling.

Sebabnya?

Ke Hulu Tembeling (Taman Negara, Kg. Pagi, Kg. Bantal) mesti menaiki bot. Di Kuala Tembelinglah disediakan perkhidmatan ini.

Beberapa gambar yang diambil sepanjang lawatan semula (revisited) ke Jerantut.

Gambar SMKATAHAP daripada Google Maps, betul-betul di Jalan Kg. Temin, daripada Temerloh ke Jerantut.
Abah sangat suka pergi Pekan Sehari (Pekan Sari cakap mudahnya). Di Jerantut, barangan kampung memang segar. Saya sempat beli kulat sisir. Banyak di sini berbanding Kuantan kerana di sini, pokok getah masih banyak. Di Kuantan, pokok getah tiada.


Sampai dah pukul 11, dah banyak gerai tutup.

Demi sesuap rezeki. Nak zoom takut apa kata orang.

Akan Datang: Part 2.. Bagaimana keadaan Kuala Tembeling dan Sungai Pahang?

Langsuir Rehearsal 12/6/1994


Apabila Dr. Ben menyebut tentang band obscure, saya secara berseloroh telah menyebut betapa Malaysia pun apa kurangnya. Kita pernah ada band Mutilation "Massacre On Bodies" yang agak terkenal dengan bunyi Carcass (saya telah kehilangan demo originalnya!). Siapa pernah dengar band noisecore dari Perak bernama Obnoxious? Demonya hampir 50 buah lagu, tetapi siapa ada demonya? Dan saya menyebut tentang Infernal Flame, band UTM dianggotai oleh Dr. Ben sendiri dan kalau tak silap saya, bersama Dark Lord Araya apa nama entah yang memegang jawatan bassist dalam The Eastern Cruelty. Saya pernah menonton persembahan Langsuir di Penang dengan Dark Lord Araya Yeanz Bathory Sodom Kreator Megadeth, kecil saja orangnya (juga kalau tak silap).

Secara peribadi, saya tidak sukakan bunyi Infernal Flame, dan saya tidak meminati sangat black metal. Jadi rehearsal Infernal Flame saya sebutkan kemudian.

Kisah rehearsal Langsuir ini pendek. EGP (Evil Grinder Prod./ East Gothic Prod.) telah mengeluarkan semula demo Langsuir "Occultus Mysticism" dalam bentuk profesional (rujuk cerita lama). Setelah berjaya dikeluarkan, kami memikirkan apa seterusnya untuk Langsuir. Saya kurang terlibat dalam pemikiran itu sebenarnya sebab masih menyambung pengajian. Jadi saya hanya mendengar cerita daripada Azli (pengasas EGP) dengan Lan (vokalis Langsuir).

Menurut ceritanya, Langsuir pernah menaruh harapan untuk EGP meriliskan album mereka. Mungkin disebabkan kacau-bilau dengan kes royalti demo yang diulangcetak itu, maka harapan EGP untuk terus mengeluarkan rilisan Langsuir tidak kesampaian. Namun begitu, Dr. Ben telah memberi satu salinan rakaman lagu baru Langsuir yang ketika itu (kalau tidak silap) dirakamkan di studio Black Widow (di PJ mungkin) bertarikh 12 Jun 1994. 4 lagu baru sebagai teaser untuk rakaman Langsuir, follow up kepada demo mereka.

Azli telah memberi saya dubbing rehearsal tersebut, dengan pesanan "jangan bagi kat sesiapa pun dengar". Saya sangat menjaga amanat tersebut, di inlay kaset tersebut saya nyatakan sebagai "No Trade, No Spread". Dan selepas hampir 17 tahun mungkin, ini kali pertama saya kongsikan bersama Dr. Ben, ahli kumpulan itu sendiri.

Saya menggunakan software Audacity untuk mencuba. Hasilnya tidak seberapa baik, saya biasa gunakan Soundforge untuk kerja mengedit bunyian analog ke digital. Tapi apabila didengar berulang kali, inilah bunyi rehearsal sebenar! Raw!

Dengan kebenaran diberikan oleh Dr. Ben, anda boleh download rehearsal tersebut (format .rar daripada server mediafire, 4 lagu keseluruhannya).

DOWNLOAD DI SINI!

Thursday, November 17, 2011

Penggunaan perisian open-source

Saya bukanlah seorang tech-geek.
Tapi perasaan ingin mencuba tetap ada.

Cuma sejak mempunyai anak yang ramai, masa untuk saya betul explore software amat terhad. Dulu pernah cuba software music. Mungkin bakat tak ke mana, jadi bila Drumkits From H*ll tak dapat hasilkan sesuatu, saya terus give-up.

Baru-baru ini mencuba Audacity untuk convert beberapa lagu analog. Masih susah untuk menggunakan Audacity, tapi kena terus mencuba! Saya juga sedang menunggu kebenaran Dr. Ben untuk share link hasil conversion tersebut.

Bercakap tentang open-source, saya juga masih dalam peringkat percubaan untuk uBuntu, Joomla dan Open Office. Sekadar untuk mendapatkan pengalaman.



Wednesday, November 16, 2011

Di antara objektif dan subjektif..

Kelebihan soalan objektif:
Mudah dan cepat ditanda, sesuai sekiranya subjek anda berada di penghujung minggu peperiksaan dan marking period singkat, ada kebarangkalian pelajar diberi carrying mark walaupun jawapan salah tapi masih ada kena-mengena (selagimana berkaitan dan tidak melanggar skima jawapan), sesuai untuk pensyarah yang mempunyai ratusan pelajar.

Kelemahan soalan objektif:
Mengambil masa yang lama untuk dibentuk, lebih sukar sekiranya ingin mematuhi Jadual Spesifikasi Ujian, absolute loss sekiranya pelajar salah menjawab.

Kelebihan soalan subjektif:
Mudah dibentuk, sesuai untuk pensyarah yang suka buat soalan last minute, pelajar ada peluang mendapat hatta setengah markah sekiranya jawapan salah tapi masih ada kena-mengena, sesuai untuk pensyarah yang pelajarnya sedikit.

Kelemahan soalan subjektif:

Mengambil masa yang lama untuk menanda, perlu pembacaan yang teliti untuk mengelakkan bias/ tidak bertanggungjawab/ tidak beretika.

Saya biasa menggunakan kedua-dua jenis soalan dalam pembentukan item penilaian. Sakitnya sekiranya terdapat jawapan sebegini...

Monday, November 14, 2011

KIPSAS dan MyQuest


Alhamdulillah, KIPSAS mendapat rating 4-star dalam penilaian MyQuest yang telah dijalankan oleh MOHE. Terdapat 3 kolej swasta yang berjaya mencapai tahap tertinggi 6-star, laporan boleh dibaca di sini atau sini.

Apakah itu MyQuest?

Saya ceduk sedikit info.

MyQuest is an evaluation system that was developed by MOHE as an instrument to evaluate the current performance of private colleges in Malaysia in terms of students, programmes, graduates, resources and governance, with the aim of encouraging a higher standard of education.

As well as being a means of evaluation for MOHE, the system was also intended to be a useful tool in helping colleges drive further improvement by providing clear indicators and benchmarks.


Mungkin banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki di KIPSAS. Dan petunjuk juga bahawa kami perlu lebih bekerja kuat. Yang penting, niat untuk mendidik perlu ada pada semua pengajar di KIPSAS, kerana Allah, perlu diteruskan.

Pada saya, terlalu banyak cabaran dalam dunia pengajian tinggi sekarang, terutama di kalangan kolej swasta. Survival, kualiti, modal intelektual, dan banyak lagi, perlu digembeleng, diadun sebaik mungkin. Aspek survival kena jaga, kurangkan kualiti tak menjadi juga. Kalau sekadar melahirkan graduan yang tidak mampu menjadi modal intelektual semata-mata untuk menjaga survival juga tidak menjadi.

Seumpama ketupat yang En. Berteromber buat, jalinan daun mesti seia dan sekata, baru lengkap. Samalah dalam menghasilkan manusia, kena digabungjalin sebaik mungkin.

Thursday, November 10, 2011

The great power of demand and supply.. Part 4

Yah, tshirt Napalm Death pada harga EUR800.00!!

Review: SWALLOWED "SWALLOWED" EP 2010

Swallowed
Swallowed Cassette EP 2010
Emptiness Productions


Saya tertinggal keluaran 7"EP mereka!

Pada awal keluaran demo mereka, saya telah membaca ulasan bahawa muzik mereka lebih bertepatan dengan funeral doom, agak kurang sambutan sekarang ini agaknya kecuali ada juga beberapa band daripada label Southern Lord yang menarik minat saya. Saya telah menyasarkan untuk memesan 7"EP mereka, tetapi ini juga adalah ketinggalan berbanding keutamaan lain.


Baru-baru ini saya menghubungi semula Samu, vokalis/gitaris untuk Swallowed. Beliau memberitahu bahawa 7"EP telah habis dijual tetapi dikeluarkan semula oleh label Samu sendiri, iaitu Emptiness Productions.

Setelah memainkan track pertama, saya merasakan seolah-olah saya sedang mendengar Thergothon "Strems From The Heaven", Disembowelment, SunnO))), Ea, dengan dicampurkan elemen laju, dan kadang kala kesan gitarnya seolah-olah band ini bukan bermain doom metal. Agak unik dan berat lagunya, memang sesuai untuk peminat Modar (bagi rujukan kita di Malaysia).


Tiada melodi yang indah untuk dilayani dalam album ini. Ia tidak mengandungi sebarang unsur gothic langsung. Ia memang total doom!! Sudah lama saya mencari semula bunyi sebegini. Bak kata Boboiboy, TERBAEKKK!!!

Wednesday, November 9, 2011

Review:OPETH "HERITAGE" CD 2011

Opeth
Heritage CD 2011
Roadrunner Records



Sejak kebelakangan ini saya mula menggali semula CD Opeth. Mungkin setelah sekian lama tak melayan progresif death metal. Album terakhir "Watershed" (2008) telah lama tidak dipasang. Setau saya juga, selepas itu mereka banyak mengeluarkan rilisan bukan album, contohnya DVD "The Roundhouse Tapes", dan Live di Royal Albert Hall (bukti muzik metal diterima dan diiktiraf profesionalismanya), dan beberapa single dan Boxed Set. Semuanya tidak saya ikuti, memang terakhir sekali ialah "Watershed" itulah.

Saya mungkin tidak akan menceritakan album ini secara teknikal. Ini kelemahan bagi orang yang buta muzik seperti saya.


Yeah, let's do something for true musicians appreciate us, not for some geeks like devourmentovsouls blogspot! they just suck!!

Setelah 3 track pertama (track pertama lebih berbentuk intro), saya merasakan bahawa kebanyakan elemen death metal telah mula menyurut dalam Opeth. Lebih baik saya katakan bahawa muzik dan liriknya lebih menekankan kepada pertunjukan skil, tiada lagi melodik progresif death metal. Saya membayangkan seolah-olah mendengar My Dying Bride yang terkini, tiada keserasian antara lirik dengan muzik sebagaimana lazimnya muzik "biasa" tonjolkan.

3 track berikutnya telah menyebabkan saya hilang fokus. Saya mula mencari kerja lain untuk dibuat selain daripada mendengar album ini dengan teliti. Mungkin disebabkan pengetahuan yang terhad dalam muzik yang progresif, saya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan dan minat terhadap album ini.


Di separuh track ke-7, saya telah menamatkan CD ini. Saya jangkakan Opeth masih lagi mengekalkan, walaupun sedikit growl, elemen death metal. Tapi jangkaan saya ternyata meleset. Mungkin track ke-8 hingga ke-10 ada, tapi saya sudah tak mampu untuk meneruskan pendengaran saya.

Opeth "Heritage" mungkin sesuai untuk pendengar dan peminat muzik teknikal progresif yang tegar, mungkin seperti rakan saya, Faizal ex-Anguish, yang kini berada di JB, album ini memang untuk anda!


Saya ditakdirkan tidak mengumpul gitar sebegini...

Undetaker zine dari Jerantut, Pahang

Sewaktu menyelongkar kotak lama di rumah, terjumpa semula zine yang agak saya sayangi ini. Saya kira ini zine pertama saya miliki secara langsung daripada editornya. Yang lain seperti VFTE, saya fotostat daripada rakan. Memang waktu itu, pantang ada zine, kami akan bagi pinjam sesama rakan di Kuantan. Kalau zine itu bagus, kami akan beli setiap seorang, seperti Karakatuar, Krenmaut, Thy Unholy Abyss, di antaranya.

Masalah dengan zine Undertaker ini ialah, ianya bukan zine yang sebenar. Ia hanya menterjemahkan interview dengan band besar seperti Morbid Angel, Carcass, Morgoth dan Napalm Death yang sumbernya entah dari mana (saya kira daripada majalah besar waktu itu seperti Metal Maniacs mungkin), disusun dan diolah mengikut acuan tempatan, dan sangat menarik minat saya.

Pada waktu itu, saya masih di sekolah agama di Jerantut. Senior saya yang telah mula menjerat saya dengan Disharmonic Orchestra (yang terus menjadi minat saya sehingga kini), dan beliau jugalah yang memperkenalkan fanzine ini.

Saya tidak pernah berjumpa dengan Judd (editor dan ahli kepada band underground Jerantut terawal, Mausoleum, memang takkan dijumpai dalam mana-mana sumber termasuk metal-archives.com!). Saya cuma pernah menelefon beliau sekali sewaktu tape trading menjadi kegilaan. Saya terus terputus hubungan dengan scene metal Jerantut apabila melanjutkan pelajaran ke Melaka.

Melihat kembali kepada zine ini betul-betul menyegarkan segala nostalgia di zaman sekolah dulu..

Memang obscure.. haha

Only for Jerantut's scene, RM3.00. Apa barang metal boleh dapat dengan RM3.00 sekarang?

Pernah ada cubaan menukar geran nama zine ni kepada nama lain, tapi sindiket ini sempat ditumpaskan.

Mausoleum, dari Jerantut. Sungguh rare.. Lepak arked Mara memang jumpa la geng ni..

Interview Mausoleum..


Review ditulis tangan, cult!! Scene Jerantut memperkenalkan saya kepada band doom/death UK..

Review: CONVULSE "WORLD WITHOUT G*D" CD 2010 (REISSUE)

Convulse
World Without G*d CD 2010 Reissue
Relapse Records


Salah satu daripada want list saya sejak sekian lama, tapi tak pernah kesampaian untuk memperolehi cetakan pertama (Thrash Records) diakibatkan harga pasaran yang tak masuk akal dalam 7-8 tahun kebelakangan ini. Pada penghujung 2009, saya mendapat tahu bahawa Relapse akan mengeluarkan semula album ini dengan bonus track. Keterujaan saya menunggu berbaloi setelah hampir 2 tahun. Ini kerana terlalu banyak keutamaan lain yang telah didahulukan.


Convulse, band dari Finland yang sangat berpengaruh dalam arena old school death metal. Seangkatan dengannya ialah Xysma, Disgrace, Purtenance dan banyak lagilah. Masalah Convulse ialah perubahan mendadak dalam genre muziknya setelah album ini dikeluarkan pada tahun 1992. Pada tahun 1994, album "Reflections" telah mengubah segala persepsi terhadap Convulse. Diwaktu itu, black metal telah meningkat naik, dan band yang berubah dari death metal ke death n roll, atau groovy, dikecam hebat sebagai "untrue" tanpa memikirkan elemen progresif yang mungkin diterapkan ke dalam hala tuju band masing-masing.

Dengan erti kata lain, peminat metal kental telah menolak perubahan ini secara total! Lihat saja Celestial Season, Xysma, hanya sedikit saja yang mampu menelan muzik mereka.


Berbalik kepada Convulse. Tajuk album ini seolah-olah band ini secara total adalah black metal, tidak percaya pada tuhan, dan berupaya untuk memberi gambaran negatif terhadap keseluruhan scene metal. Saya tidak menyangkal, memang liriknya menggambarkan ahli kumpulan ini ateis. Namun begitu, ianya tidak seteruk yang disangka kerana tiada kutukan dan cacian terhadap tuhan dalam lagunya. Ia lebih kepada eksplorasi dalaman diri dalam menegakkan fahaman masing-masing (yang sudah tentunya salah!), tapi saya pernah melihat lirik yang lebih dahsyat.

Jadi, album "World Without G*d" adalah manifestasi kepercayaan mereka. Saya tidak mahu mengulas panjang dan saya tidaklah mendalami lirik mereka.

Tetapi muziknya bagus. Itu saja yang saya mampu katakan. Ianya satu trademark death metal lama dari Finland. Finland tidak menekankan kepada kelajuan. Kebanyakan old school death metal dari Finland adalah dalam kelajuan sederhana. Riffing gitar memang mempunyai kepelbagaian. Sebab itulah, pada saya, tidak mustahil langsung sekiranya band Finland mengubah kepada death n roll yang lebih groovy, kerana elemen groove itu memang terdapat dalam album awal mereka.

Convulse, Xysma dan Disgrace, ketiga-tiga band ini memberi impak yang besar dalam melihat kepelbagaian muzik mereka.