Wednesday, November 16, 2011

Di antara objektif dan subjektif..

Kelebihan soalan objektif:
Mudah dan cepat ditanda, sesuai sekiranya subjek anda berada di penghujung minggu peperiksaan dan marking period singkat, ada kebarangkalian pelajar diberi carrying mark walaupun jawapan salah tapi masih ada kena-mengena (selagimana berkaitan dan tidak melanggar skima jawapan), sesuai untuk pensyarah yang mempunyai ratusan pelajar.

Kelemahan soalan objektif:
Mengambil masa yang lama untuk dibentuk, lebih sukar sekiranya ingin mematuhi Jadual Spesifikasi Ujian, absolute loss sekiranya pelajar salah menjawab.

Kelebihan soalan subjektif:
Mudah dibentuk, sesuai untuk pensyarah yang suka buat soalan last minute, pelajar ada peluang mendapat hatta setengah markah sekiranya jawapan salah tapi masih ada kena-mengena, sesuai untuk pensyarah yang pelajarnya sedikit.

Kelemahan soalan subjektif:

Mengambil masa yang lama untuk menanda, perlu pembacaan yang teliti untuk mengelakkan bias/ tidak bertanggungjawab/ tidak beretika.

Saya biasa menggunakan kedua-dua jenis soalan dalam pembentukan item penilaian. Sakitnya sekiranya terdapat jawapan sebegini...

1 comment:

  1. kalau objektif senang nak tembak hehehehehehe tapi peluang gagal adalah tinggi... kalau subjektif senang nak goreng tapi peluang keluar tajuk juga tinggi hahahahaha senang citer belajar rajin2 jer la..

    -perspektif dari sorang bekas student-

    ReplyDelete