Friday, November 18, 2011

Jerantut Revisited Part 1

Pada hari Ahad, 13 November 2011, saya membawa abah dan mak pergi menziarahi Ustaz Ramli yang terlantar sakit, katanya sejak malam pertama Raya Aidilfitri Ustaz telah sakit. Sakitnya sakit orang tua, gout, jantung. Akibatnya, makan makanan bersantan (lemang) di pagi raya.

Ustaz Ramli merupakan seorang Ustaz di Sekolah Menengah Jerantut (SMJ) di sekitar tahun 70-an. Apabila abah mengajak saya menjadi supir ke Jerantut, saya tidak menolak.

Jerantut merupakan daerah yang banyak memberi pengalaman manis kepada saya. Antara sebabnya ialah:

a) Abah Guru Besar di SMJ sewaktu saya dilahirkan pada 70-an (meskipun jauh lebih muda dari En. Nasarudin)! Beliau berkhidmat bermula tahun berapa saya kurang pasti, tetapi pada tahun 1983, kami berpindah ke Pekan di mana abah menjadi Guru Besar Sekolah Menengah Ahmad, Pekan sehingga hujung tahun 1984). Jadi, saya membesar hampir 6 tahun di Jerantut!

b) Saya bersekolah di SMK(A)TAHAP Jerantut bermula 1989 hingga 1991. Kenakalan saya banyak diajar di situ, tetapi alhamdulillah, masih dibatasi hukum agama yang diterapkan. Jadi, banyak pengalaman berasrama saya alami selama 3 tahun di situ, yang penting ialah perkenalan dengan dunia underground metal banyak bermula di Jerantut.

Jerantut banyak sejarah. Dan abah merupakan seorang sejarahwan. Beliau mempunyai daya ingatan yang cukup hebat! Setelah 20 tahun meninggalkan Jerantut, saya sudah terlupa jalan akibat perkembangan yang pesat. Abah? Beliau ingat banyak jalan, sehinggakan jalan dari Jerantut ke Kuala Tembeling, melalui kampung yang beliau ingat lagi namanya.

Dan ketika bersembang dengan Ustaz (tujuan asal adalah untuk menziarahi), mereka berdua dilihat banyak mengenang kembali nostalgia zaman bekerja di SMJ. Ingat saja mereka terhadap nama bekas pelajar mereka yang nakal di sekolah, dengan cerita kenakalan di zaman 70-an.

Ustaz Ramli tidak banyak bercerita. Uzur sangat gayanya.

Namun begitu, kehadiran seorang bekas kerani abah, tak ingat dah namanya (ya Allah pelupanya saya!) menghangatkan kembali cerita mereka di SMJ. Saya cuma tersenyum mendengar di tepi mereka (mentaliti masih berpegang "budak-budak jangan masuk campur cerita hal orang tua").

Balik daripada rumah Ustaz Ramli, saya membawa abah mencari ikan sungai di Kuala Tembeling. Saya pernah sampai ke Taman Negara (dah Hulu Tembeling), tetapi mengikuti jalan darat yang telah berturap. Tiada rasa thrill. Zaman dulu, waktu saya bersekolah di SMK(A)TAHAP pun, ke Taman Negara mesti melalui Kuala Tembeling.

Sebabnya?

Ke Hulu Tembeling (Taman Negara, Kg. Pagi, Kg. Bantal) mesti menaiki bot. Di Kuala Tembelinglah disediakan perkhidmatan ini.

Beberapa gambar yang diambil sepanjang lawatan semula (revisited) ke Jerantut.

Gambar SMKATAHAP daripada Google Maps, betul-betul di Jalan Kg. Temin, daripada Temerloh ke Jerantut.
Abah sangat suka pergi Pekan Sehari (Pekan Sari cakap mudahnya). Di Jerantut, barangan kampung memang segar. Saya sempat beli kulat sisir. Banyak di sini berbanding Kuantan kerana di sini, pokok getah masih banyak. Di Kuantan, pokok getah tiada.


Sampai dah pukul 11, dah banyak gerai tutup.

Demi sesuap rezeki. Nak zoom takut apa kata orang.

Akan Datang: Part 2.. Bagaimana keadaan Kuala Tembeling dan Sungai Pahang?

2 comments:

  1. jerantut ni aku teringat kan stesen keretapinya...dulu pernah melepak kat sini masa camping ke taman negara...

    btw...cantik gambo...pakai SLR ker?..heheh..

    ReplyDelete
  2. Sama la pernah sekolah SMKATAHAP. 94-97. Tak dan laa kan.

    ReplyDelete