Wednesday, November 9, 2011

Review: CONVULSE "WORLD WITHOUT G*D" CD 2010 (REISSUE)

Convulse
World Without G*d CD 2010 Reissue
Relapse Records


Salah satu daripada want list saya sejak sekian lama, tapi tak pernah kesampaian untuk memperolehi cetakan pertama (Thrash Records) diakibatkan harga pasaran yang tak masuk akal dalam 7-8 tahun kebelakangan ini. Pada penghujung 2009, saya mendapat tahu bahawa Relapse akan mengeluarkan semula album ini dengan bonus track. Keterujaan saya menunggu berbaloi setelah hampir 2 tahun. Ini kerana terlalu banyak keutamaan lain yang telah didahulukan.


Convulse, band dari Finland yang sangat berpengaruh dalam arena old school death metal. Seangkatan dengannya ialah Xysma, Disgrace, Purtenance dan banyak lagilah. Masalah Convulse ialah perubahan mendadak dalam genre muziknya setelah album ini dikeluarkan pada tahun 1992. Pada tahun 1994, album "Reflections" telah mengubah segala persepsi terhadap Convulse. Diwaktu itu, black metal telah meningkat naik, dan band yang berubah dari death metal ke death n roll, atau groovy, dikecam hebat sebagai "untrue" tanpa memikirkan elemen progresif yang mungkin diterapkan ke dalam hala tuju band masing-masing.

Dengan erti kata lain, peminat metal kental telah menolak perubahan ini secara total! Lihat saja Celestial Season, Xysma, hanya sedikit saja yang mampu menelan muzik mereka.


Berbalik kepada Convulse. Tajuk album ini seolah-olah band ini secara total adalah black metal, tidak percaya pada tuhan, dan berupaya untuk memberi gambaran negatif terhadap keseluruhan scene metal. Saya tidak menyangkal, memang liriknya menggambarkan ahli kumpulan ini ateis. Namun begitu, ianya tidak seteruk yang disangka kerana tiada kutukan dan cacian terhadap tuhan dalam lagunya. Ia lebih kepada eksplorasi dalaman diri dalam menegakkan fahaman masing-masing (yang sudah tentunya salah!), tapi saya pernah melihat lirik yang lebih dahsyat.

Jadi, album "World Without G*d" adalah manifestasi kepercayaan mereka. Saya tidak mahu mengulas panjang dan saya tidaklah mendalami lirik mereka.

Tetapi muziknya bagus. Itu saja yang saya mampu katakan. Ianya satu trademark death metal lama dari Finland. Finland tidak menekankan kepada kelajuan. Kebanyakan old school death metal dari Finland adalah dalam kelajuan sederhana. Riffing gitar memang mempunyai kepelbagaian. Sebab itulah, pada saya, tidak mustahil langsung sekiranya band Finland mengubah kepada death n roll yang lebih groovy, kerana elemen groove itu memang terdapat dalam album awal mereka.

Convulse, Xysma dan Disgrace, ketiga-tiga band ini memberi impak yang besar dalam melihat kepelbagaian muzik mereka.

No comments:

Post a Comment