Wednesday, November 9, 2011

Review:OPETH "HERITAGE" CD 2011

Opeth
Heritage CD 2011
Roadrunner Records



Sejak kebelakangan ini saya mula menggali semula CD Opeth. Mungkin setelah sekian lama tak melayan progresif death metal. Album terakhir "Watershed" (2008) telah lama tidak dipasang. Setau saya juga, selepas itu mereka banyak mengeluarkan rilisan bukan album, contohnya DVD "The Roundhouse Tapes", dan Live di Royal Albert Hall (bukti muzik metal diterima dan diiktiraf profesionalismanya), dan beberapa single dan Boxed Set. Semuanya tidak saya ikuti, memang terakhir sekali ialah "Watershed" itulah.

Saya mungkin tidak akan menceritakan album ini secara teknikal. Ini kelemahan bagi orang yang buta muzik seperti saya.


Yeah, let's do something for true musicians appreciate us, not for some geeks like devourmentovsouls blogspot! they just suck!!

Setelah 3 track pertama (track pertama lebih berbentuk intro), saya merasakan bahawa kebanyakan elemen death metal telah mula menyurut dalam Opeth. Lebih baik saya katakan bahawa muzik dan liriknya lebih menekankan kepada pertunjukan skil, tiada lagi melodik progresif death metal. Saya membayangkan seolah-olah mendengar My Dying Bride yang terkini, tiada keserasian antara lirik dengan muzik sebagaimana lazimnya muzik "biasa" tonjolkan.

3 track berikutnya telah menyebabkan saya hilang fokus. Saya mula mencari kerja lain untuk dibuat selain daripada mendengar album ini dengan teliti. Mungkin disebabkan pengetahuan yang terhad dalam muzik yang progresif, saya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan dan minat terhadap album ini.


Di separuh track ke-7, saya telah menamatkan CD ini. Saya jangkakan Opeth masih lagi mengekalkan, walaupun sedikit growl, elemen death metal. Tapi jangkaan saya ternyata meleset. Mungkin track ke-8 hingga ke-10 ada, tapi saya sudah tak mampu untuk meneruskan pendengaran saya.

Opeth "Heritage" mungkin sesuai untuk pendengar dan peminat muzik teknikal progresif yang tegar, mungkin seperti rakan saya, Faizal ex-Anguish, yang kini berada di JB, album ini memang untuk anda!


Saya ditakdirkan tidak mengumpul gitar sebegini...

5 comments:

  1. ..Gua ada double CD album The Roundhouse Tapes yang dibeli dari Dr Ben..Muzik macam ni memang makanan gua..:0)

    ReplyDelete
  2. aku dah dengar...bunyi ala2 progressif rock 70an...rasanya kena dengar banyak kali untuk hadam...tu pun kalau ko larat nak mendengarnya berulang2 sampai hadam...heheh...

    tapi try bukak balik track no 4...Slither...Rainbow abis lagu ni...katanya tribute to Dio...padanlah bunyi Rainbow...ni aku dengar sekali dah hadam...huhu


    btw..."Saya ditakdirkan tidak mengumpul gitar sebegini" - hahaha...kita serupa.

    ReplyDelete
  3. Opeth dah masuk kategori art-rock dah sekarang.

    ReplyDelete
  4. dia punya musical direction agak menarik cuma lambat sikit nak melekat..

    ReplyDelete
  5. memang totally takde langsung yang mengaitkan opeth dengan death metal dlm album ni.Agak mengecewakan(coz i'm totally a metalhead). Tapi sesekali kalo drive kereta dari Terengganu balik ke kampung di Maran,layan juga.huhu.

    ReplyDelete