Monday, November 28, 2011

Tokoh Ma'al Hijrah 1433H/2011

Sekalung tahniah buat Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin di atas anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 2011 Malaysia, khas dari kami di KIPSAS.

Prof. Shukor memang tidak asing bagi warga kerja KIPSAS dan Pahang secara umumnya.

Beliau adalah antara yang terlibat dalam penubuhan Kolej Islam Pahang (KIP) dahulu. Dalam waktu KIP masih merangkak, beliau terlibat dengan syarahan secara sambilan, berulang dari UKM ke KIP, menabur bakti untuk membangunkan KIP.

Kini, beliau masih dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengurus KIPSAS, satu badan yang bertanggungjawab dalam hal dalaman, terutama akademik dan pembangunannya. Pernah dicadangkan untuk menjadikan Prof sebagai Ahli Lembaga Pengarah (yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Pahang) tapi masih belum direalisasikan.

Sepanjang saya terlibat dengan Prof sebagai ahli dalam mesyuarat Lembaga Pengurus, Prof adalah insan yang moderate dan humble dari segi percakapan, namun pendirian beliau amat tegas. Sangat berpandangan jauh dan ciri intelligent ada terdapat dalam setiap butir perkataan yang dikeluarkan. Pengalaman beliau sewaktu menyandang sebagai Naib Canselor USIM dicurahkan ke KIPSAS walaupun dalam konteks 2 organisasi yang berbeza (IPTA dan IPTS).

Kini beliau masih lagi menyandang Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), pejabat beliau masih di USIM, dan saya kira setiap kali dijemput ke majlis dianjurkan KIPSAS, beliau sedaya-upaya cuba memenuhinya.

Tahniah saya ucapkan kepada Prof!

1 comment:

  1. insyaAllah Tan Sri Muhammad Hafiz Dato' Hj Yaakub pulak in 20 years.

    ReplyDelete