Wednesday, November 9, 2011

Undetaker zine dari Jerantut, Pahang

Sewaktu menyelongkar kotak lama di rumah, terjumpa semula zine yang agak saya sayangi ini. Saya kira ini zine pertama saya miliki secara langsung daripada editornya. Yang lain seperti VFTE, saya fotostat daripada rakan. Memang waktu itu, pantang ada zine, kami akan bagi pinjam sesama rakan di Kuantan. Kalau zine itu bagus, kami akan beli setiap seorang, seperti Karakatuar, Krenmaut, Thy Unholy Abyss, di antaranya.

Masalah dengan zine Undertaker ini ialah, ianya bukan zine yang sebenar. Ia hanya menterjemahkan interview dengan band besar seperti Morbid Angel, Carcass, Morgoth dan Napalm Death yang sumbernya entah dari mana (saya kira daripada majalah besar waktu itu seperti Metal Maniacs mungkin), disusun dan diolah mengikut acuan tempatan, dan sangat menarik minat saya.

Pada waktu itu, saya masih di sekolah agama di Jerantut. Senior saya yang telah mula menjerat saya dengan Disharmonic Orchestra (yang terus menjadi minat saya sehingga kini), dan beliau jugalah yang memperkenalkan fanzine ini.

Saya tidak pernah berjumpa dengan Judd (editor dan ahli kepada band underground Jerantut terawal, Mausoleum, memang takkan dijumpai dalam mana-mana sumber termasuk metal-archives.com!). Saya cuma pernah menelefon beliau sekali sewaktu tape trading menjadi kegilaan. Saya terus terputus hubungan dengan scene metal Jerantut apabila melanjutkan pelajaran ke Melaka.

Melihat kembali kepada zine ini betul-betul menyegarkan segala nostalgia di zaman sekolah dulu..

Memang obscure.. haha

Only for Jerantut's scene, RM3.00. Apa barang metal boleh dapat dengan RM3.00 sekarang?

Pernah ada cubaan menukar geran nama zine ni kepada nama lain, tapi sindiket ini sempat ditumpaskan.

Mausoleum, dari Jerantut. Sungguh rare.. Lepak arked Mara memang jumpa la geng ni..

Interview Mausoleum..


Review ditulis tangan, cult!! Scene Jerantut memperkenalkan saya kepada band doom/death UK..

4 comments:

  1. Rasa pernah baca tapi tak ingat.

    Krenmaut ada?

    ReplyDelete
  2. aku zine pertama yang aku dapat ialah nathias isu pertama

    ReplyDelete
  3. zine pertama aku adalah Aedes...dan aku masih simpan Krenmaut...heheh...

    ReplyDelete
  4. krenmaut, aedes, nathias isu awal semua habis dek banjir. rupanya bila majalah kena lumpur, dah kering jadi keras mcm papan yek. termasuklah koleksi pedang setiawan aku. huhu..

    btw, ada tak usaha untuk convert zine lama2 kepada pdf ke, apa ke?

    ReplyDelete