Saturday, December 3, 2011

Review: ANATHEMA "CRESTFALLEN" MCD 1992

Anathema
"Crestfallen" MCD 1992
Peaceville



Satu rilis yang cukup kult bagi saya. Sebabnya:

a) saya memang meminati Anathema selepas "All Faith Is Lost" demo.
b) saya pernah memiliki longsleeve Crestfallen dan menjadi tarikan kepada Fathul Infectious Maggots.
c) saya memang suka pada doom/death begini.

"Crestfallen" saya kira adalah satu eksperimen besar Anathema dan Peaceville yang akhirnya membawa kepada album "Serenade" pada tahun 1993. Satu jambatan di antara demo 1991 dan album 1993. Ini tidak mengambilkira peranan EP "They Die" yang turut dikeluarkan pada tahun 1992. Memang menarik kerana lagu dalam MCD ini tidak terkandung dalam "Serenade" langsung kecuali "They Die" yang diubah tajuknya kepada "They (Will Always) Die" dalam album.

Anathema dalam era 90-an mengandungi lebih banyak elemen doom berbanding Paradise Lost dan My Dying Bride. PL dan MDB masing-masing ada bahagian lajunya, terutama dalam permainan drum. Anathema langsung tiada! Elemen gothic turut dirasai dalam keluaran ini, menjadikan "Crestfallen" satu gabungan death/doom dan gothic yang amat menjadi. Elemen melodi gitarnya memang melankolik. Vokal Darren White lebih berat, growlnya lebih memberi rasa doom/death yang sejati.



Dalam era ini juga, elemen doom/death tidak dapat dikaitkan langsung dengan doom yang sebenar. Bukanlah seperti Thergothon, Disembowelment atau Winter. Anathema adalah tetap menjadi Anathema.

1 comment:

  1. Hello Bro! Ada releases Anathema tak yang kau nak tolak? Geram pulak tengok Crestfallen ni. Kalau nak contact boleh email ke dissecting.the.euphony[at]gmail.com. Thanks!

    ReplyDelete