Friday, December 2, 2011

Review: CELESTIAL SEASON "ORANGE" CD 1997

Celestial Season
Orange CD 1997
Big Bloke Records



Sebuah rilisan yang dah lama, kira-kira 14 tahun yang lalu. Pernah saya membuat sedikit ulasan mengenai 7"EP band dari Holland ini. Secara umumnya, band yang berunsurkan death/doom metal dari Holland memang banyak menarik perhatian saya suatu masa dahulu. Faktanya, Holland banyak band yang bagus, tetapi agak kurang mendapat perhatian label besar seperti Relapse, Osmose dan Nuclear Blast. Sebab itulah, label Displeased Records dari Holland juga berperanan untuk menaikkan band tempatan mereka. Celestial Season adalah salah satu daripada band tersebut.

Entah mengapa kebanyakan band yang saya gali dan minati akan bertukar corak muziknya. Begitu juga dengan Celestial Season (diringkaskan sebagai C.S.). Daripada salah satu band pelopor genre doom/death dari Holland, C.S. telah banyak berubah kepada groove/stoner metal bermula pada tahun 1995 dengan rilisan "Sonic Orb" EP, selepas mereka mengeluarkan album kedua, "Solar Lovers" juga pada tahun yang sama. Bayangkan mungkin dalam masa beberapa bulan di mana "Solar Lovers" masih mempunyai elemen doom telah dioverwrite dengan "Sonic Orb". Begitu mudah dan cepat perkembangan yang dicapai (perkembangan ini bukan bermaksud kejayaan, tetapi merujuk kepada perubahan arah muzik yang saya labelkan sebagai "progress").


"Orange" merupakan album pertama selepas transisi mereka ke arah groovy/stoner metal. Bila disebut tentang stoner, saya tidaklah begitu arif tentang rujukan band lama. Kecuali beberapa band yang boleh saya buat perbandingan ialah Black Sabbath (semestinya!), Cathedral, Sleep, dan mungkin ada elemen progresif rock yang boleh didengari dalam album ini.

Lagu-lagunya tidaklah sesedap mana. Bukanlah sesuatu yang saya boleh dengar setiap kali saya membuka PC saya. Namun begitu, mungkin ada sesuatu dalam stoner metal yang membuatkan kita asyik dan tidak hairan namanya "stoner". Cuma mungkin orang yang betul menghayati stoner metal inilah yang dapat menjelaskan apa perasaan itu. Dan saya bukanlah orang tersebut.


Cuma beberapa track daripada album ini yang masih dapat memikat hati, sebagai contoh, "Daisy's Lunch" dan "The Orleans Capsule". Muziknya didominasi oleh bass yang tidak begitu ekstrim. Mungkin itu boleh membuatkan kita terhangguk-hangguk kecil semasa melayan album stoner metal.

Secara keseluruhan, "Orange" merupakan satu cubaan yang berani dari Celestial Season dan ianya bersambungan dengan 2 buah album lagi, "Chrome" dan "Lunchbog Dialogues". Insya-Allah saya akan ceritakan yang lain-lain itu kemudian.

Stoner.. Genre penuh pelik..

No comments:

Post a Comment