Wednesday, December 28, 2011

Review: IMMOLATION "MAJESTY AND DECAY" CD 2010

Immolation
Majesty and Decay 2010
Nuclear Blast Records


Sebenarnya sudah lama saya tidak mendengar Immolation. Sewaktu awal penubuhan mereka, demo mereka adalah di antara terawal saya dengar, waktu itu saya aktif dengan tape trading. Album pertama mereka, "Dawn of Possession" adalah di antara yang paling saya gemari, cukup lengkap album tersebut untuk menggambarkan apa death metal cara US sebenarnya.


Meskipun begitu, saya kurang mengikuti perkembangan Immolation selepas itu. "Failures for G*ds" (1999) adalah antara yang saya miliki, tetapi sebelum itu, "Here in After" (1996), Close to a World Below (2000), Unholy Cult (2002), Harnessing Ruin (2005) tidak saya miliki atau cari. Selepas itulah, Shadows in the Light (2007), Immolation kembali bermain dalam radio saya.

Album "Shadow in the Light" tidak banyak menarik perhatian saya. Death metal yang ditawarkan agak hambar dan sekadar mid-paced sahaja. Walau bagaimanapun, setelah mendapat mood kembali dengan "Majesty and Decay", saya rasa macam perlu digali semula semua rilisan Immolation. "Majesty and Decay" saya rasakan lebih laju dan bertenaga berbanding "Shadow in the Light". Muziknya lebih tersusun rapi, aspek kepantasan muzik memang dikekalkan daripada lagu ke-2 (The Purge) sehingga ke-12.

Bagi saya, selain daripada muzik yang baik ditunjukkan dalam album in, Immolation juga terkenal dengan tshirtnya yang melampau mahal kerana susah dijumpai. Sama seperti Bolt Thrower, Immolation hanya menjual tshirt dalam gig, tanpa ada distributor tetap. Oleh itu, hanya mereka yang hadir pada gig Immolation sahaja berupaya memiliki (dan menjual semula dengan markup harga yang tinggi) tshirt mereka.

No comments:

Post a Comment