Tuesday, December 6, 2011

Review: SATYRICON "THE SHADOWTHRONE" CD 1994

Satyricon
The Shadowthrone CD 1994
Moonfog Productions


Saya tidak sukakan sangat muzik black metal, tetapi ada beberapa pengecualian yang saya masih dengar dahulu sehingga sekarang. Satyricon adalah salah satunya. Bermula dengan album "Dark Medieval Times" (1994) sehingga "Nemesis Divina" (1996 - terbaik!), selepas itu saya sudah tidak mengikutinya. Mungkin kerana perubahan dalam arah tuju muzik black metal waktu itu. Tetapi 1994 merupakan satu remark yang besar dalam dunia muzik black metal! Sehubungan dengan itu, Satyricon telah menambat hati saya.

Satyricon saya kira bukanlah berstatus cult sangat, bukanlah terletak di kalangan Bathory, Mayhem, Darkthrone, Absu dan lain-lain sekapal muziknya. Namun begitu, kemunculannya dari Norway tepat pada masa dan tempat. "The Shadowthrone" merupakan album kedua yang dihasilkan pada tahun yang sama dengan album pertama. Mungkin disebabkan oleh Satyr yang memiliki kemahiran dan semangat untuk menghasilkan opus, di samping keluaran menggunakan labelnya sendiri, Moonfog Productions, membuatkan band ini tampak aktif.

Sekali lagi, saya tidak mengikutinya dalam aspek perkembangan band. Begitu juga dengan muzik yang dimainkan oleh Satyricon di awal penubuhannya. Black metal tidaklah kedengaran original, terutama dalam tahun 1994 - 1998. Perkembangan ketara dapat dilihat sekiranya ada penggunaan keyboard untuk menambah suasana ambient, seram dan melodik dalam muzik genre ini.


"The Shadowthrone" tidak ketinggalan. Muziknya agak sebu, black metal yang tipikal. Ada keyboard mengiringi beberapa lagu. Gitarnya seperti black metal biasa, teknik permainan yang menghasilkan bunyi setaraf Darkthrone "Soulside Journey". Agak kuat pengaruh Norwegian Black Metal sehinggakan semua band ingin menghasilkan muzik yang sedemikian.

Secara keseluruhan, album "The Shadowthrone" tidak layak menduduki takhta atau masuk ke dalam carta album black metal yang baik. Titik.

No comments:

Post a Comment