Tuesday, December 6, 2011

Review: SLEEP "SLEEP'S HOLY MOUNTAIN" CD 1993

Sleep
Sleep's Holy Mountain CD 1993
Earache Records


Salah satu rilisan yang sudah hampir 20 tahun lamanya, tetapi baru saya jumpa maklumat dalam 3 tahun lepas dan memilikinya pada tahun ini. Poser betul rasanya. Seingat saya tahun 1993, saya sudah mengetahui banyak band Earache, tetapi tahap keperasanan tersebut rupanya salah. Memanglah pada tahun tersebut, maklumat lebih banyak diperolehi daripada flyers dan katalog sesebuah label.


Stoner metal, itulah label yang diberi terhadap genre muzik SLEEP, termasuklah daripada kitab online metal terkenal, metal-archived.com. Dan dari kesinambungan ulasan ringkas Celestial Season yang saya baru tulis, terasa ingin juga mengulas album stoner dari tahun 1993 ini.

Terdapat 9 lagu dalam album ini. Ada instrumental juga. Bunyi mirip kepada Black Sabbath, Count Raven, walaupun saya sebenarnya hanya mendengar sedikit Black Sabbath dan Count Raven. Apapun, saya kira kebanyakan band stoner metal akan menghasilkan bunyi yang berkisar dengan Black Sabbath. Tak tau kenapa, mungkin kerana itulah band doom metal akan turut merujuk bunyinya kepada Black Sabbath, walaupun pada saya, Black Sabbath bukannya doom metal.

Mungkin pertimbangan saya terhadap doom metal mestilah memiliki muzik yang sangat berat dengan vokal yang sangat growl. Apapun, saya memang merasakan susah untuk melabel sesuatu genre muzik.


Berbalik kepada album ini, semestinya ramai yang bersetuju bahawa band ini telah terlepas pandang. Album ini bagus, gabungan gitar yang saya kira hebat juga terutama dalam solo-solo yang mengasyikkan (mungkin gitaris tengah khayal), bass yang mendominasi, drum yang simple, dan variasi ketukan. Memang saya akui, album stoner metal terbaik yang saya dengar setakat ini ialah album ini.

Kesukaran saya, untuk memilih dan menentukan yang mana lebih berkait dengan muzik sebegini: progresif rock? doom? sludge? psychedelic rock? Atau stoner rock memang telah diiktiraf sebagai satu genre? Saya mesti mendapatkan pendapat rakan saya, Faizal (ex-Anguish) yang amat meminati muzik sebegini!

3 comments:

  1. http://pckokak.blogspot.com/2011/03/kyuss-sleep.html

    ReplyDelete
  2. Bro..do check out the band Om by the drummer and bassist and High on Fire the band of Matt Pike.. both are good

    ReplyDelete